Pagi ini, setelah hantar anak anak dan wife wa ke tempat masing masing, wa digerakkan oleh Allah swt untuk pulang dulu ke rumah dengan alasan nak ke toilet
Sampai di rumah wa cuba hubungi tempat keje konon nak bagi tau mereka wa lambat sikit hari ini. Wa dail banyak kali tak dapat juga. Tiba tiba wa lihat di back garden wa, ada orang berjalan. Gayanya terhendap hendap sambil melihat di kiri kanan rumah jiran wa. Pergerakannya pantas menghampiri french door belakang rumah wa.
Belum sempat dia menuruni tangga garden wa, wa ketuk cermin tingkap hingga dia melihat wa. Berderau darah wa, terfikir kalau dia terus menghampiri wa. Aksinya seperti tak ada apa kesalahan yang dia lakukan. Dia lalu angkat tangan dan berlari keluar memanjat pagar belakang rumah wa.
Macam macam yang wa fikir, hingga wa lupa sepatutnya wa boleh terus call 999. Sungguh wa tak sangka, selama ini wa rasa selamat berada di bumi Birmingham ini. Kini wa meraguinya.
Sebelum wa pergi kerja, wa pergi ke rumah jiran kiri kanan wa. Mereka suruh wa buat police report, mereka juga buat sama kerana ia juga melibatkan mereka. Sampai ke tempat keje, rakan taulan menunjuki cara buat police report. Guna telepon je. Ambil masa lebih kurang 5 minit. Langkah selanjutnya, wa mesti beli home insurans. Wa nak consider cctv
Teringat wa kepada Sopian di BBP dulu. Sebelum kami semua pulang bercuti ke kampung masing masing dia selalu akan pagar rumah dam taman perumahan kami dengan Ayat Kursi pada semua 6 dinding (depan belakang, kiri kanan dan atas bawah)
Alhamdulillah tak sempat pecah masuk. Namun akan datang wa tak tau. Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari kejahatan manusia dan jin dan dari tipu daya syaitan dan iblis. Amin ! ! !
3 comments:
Ler you ni. Why lah ketuk cermin tu? Nasib baik dia takde handgun. Kat negara omputeh ni handgun macam gula2 senang nak dpt and ramai orang carry esp pencuri. Alhamdulillah mamat tu tak bawak any gun. Baru belajar kot but you have to remmeber to call 999 first.
Speaking of pendinding, did you read the news kat Msia a few mths ago pasal pencuri yg tak dapat keluar rumah? Maybe you boleh buat camtu. Mesti gempak kat Birminghim and seluruh England.
a'ah ek SNT. cadangan bagus. pergh GEMPARK wa kata kat lu
Alhamdulillah, nasib baik tak jadi apa2. Mungkin dia bau Mama Diny punya beriyani terlampau mengancam sampai teruja nak datang dekat.
BTW, ayat kursi is about management.
Kalau nak "pendinding", pakailah CCTV, alarm, jerangkap samar dan sewaktu dengannya.
Post a Comment