Wednesday, 18 March 2009

Stoke on Trent

Tahun lalu, wa pernah pergi Stoke on Trent. Masa tu, wa baru belajar belajar memandu jauh. Tak jauhpon dari rumah wa, lebih kurang sejam perjalanan. Dulu wa tak tau mana nak tuju. Hanya berpandukan kepada satnav. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan.

Kali kedua wa ke sana, wa dah ada gambaran, terutama kedai mana nak tuju. Maka kali ini wa terus menuju ke 473 King St, Stoke-on-Trent, Staffordshire, ST3 1EU‎ - 01782 326661‎ Lihat peta

Wa suka datang sini sebab kat sini ada lebih banyak pilihan, namun sedikit sahaja barangan yang dikategorikan sebagai 'second'. Walaupon begitu, kira langkah kanan gak la wa kali ini, sebab terdapat 30% diskaun. Selain itu, factory outlet Wedgwood dan Royal Doulton pon bersebelahan sahaja dengan Portmeirion ini. Wedgwood menawarkan hingga 80% diskaun dan Royal Doulton pula hingga 75%

Sampai di Wedgwood, wa minum kopi dulu. Hi hi hi uncle sepupu wa yang belanja. Lihatlah senarai harga minuman tersebut. Kalau convert kepada Ringgit Malaysia, tentu Wan akan terkejut besar ! !




Ini dalam kedai Wedgwood. Mengancam sungguh, jauh sangat bezanya dengan harga di Herrods London


Portmeirion. Dulu wa tak suka makan atas pinggan Portmeirion ni, awwww, tapi lepas beli ni, sedap pulak rasa makan guna pinggan Portmeirion ye. Percayalah kata kata wa ini





Bakal Dr Madeehah dan bakal Dr Ezyana. Nasib baik Madeehah tak buat hal. Kalau tak pasti perjalanan membeli belah wa terganggu




Borong banyak, maka tentu puas hati. Mana tak puas hati, menurut Aunty sepupu wa, harganya berkali ganda lebih murah dari harga di Malaya. Cuma, hi hi hi bagi yang berduit memang puas hati sesangat la. Berbaloi perjalanan. Bagi yang tak berapa berduit macam wa ni, puas hati sikit je, awwww ! ! !





Memborong afa tue cik Kak? Banyaknya. Ehem ...






Wa minat gak dengan mug ini, tak dapat bawa balik, bergambo pon jadilah khanz







Design ini sangat menawan qalbu. Sweet jer. Cuma berhati hati sebab saduran silver tepi pinggan dan piring itu tak tahan lasak you. Nanti basuh lelama, hilang pulak








Sebagai bukti, inilah gambo kami waktu berada di Wedgewood Stoke on Trent. Harap ia akan mengembalikan kenangan lu all yang pernah sampai sini suatu ketika dahulu. Jangan sedih, tak banyak perubahan pada struktur banggunannya. Jadi tak rugi la lu all tak ada di sini ketika ini. Errr 80% diskaun you ...



Akhirnya, inilah sebahagian dari pinggan mangkok yang wa beli. (Sebenarnya, bukan wa yang bayo, wife wa yang keluo duit. Tapi akhirnya wa dapat rejeki, sebab Aunty sepupu wa bagi kami duit sama nilai dengan seluruh belanja wa pada hari tersebut sebelum mereka berangkat ke London.) Awwwww ! ! ! Terima kasih Aunty K. Terharu gitew.







6 comments:

CS said...

Saper2 nama 'Aunty K' memang pemurah. Hooray for her.

Dentist and Me said...

Lu memang ada bakat professor melencong baik punya

Skin said...

bestnya.. abg erry dok cerita abg dy pergi wedgewood store etc.. teringin nak pergi, tp tunggulah kot bila dah ada rumah sendiri kt UK ni.. nk letak brg pun dah bnyk dah ni.. hehehe.. nnt nk pergi lagi tunggulah kami ye..

Anne said...
This comment has been removed by the author.
G'Zain said...

Salam Doc Aji,
Lu wat wa nangis beb dinner set dia wow very the English and country agak-agak bila lu nak balik nanti wa nak ngirim boleh tak? Harga dia berapa beb...

Dentist and Me said...

Gee ...

nak kirim sebelum wa balik pon boleh , satu kotak shipping GBP20, takes about 6-8 weeks to reach you in Malaya

Harga dia nanti wa check. Kalau ada orang Malaya nak mai lagi ke Stoke on Trent wa khabarkan

Cuma sale nya tak menentu

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ