2 minggu nan lalu, penulis blog Pause to Reflect bertandang ke rumah kami. Adat bertandang, maka kami ke rumah beliau pula hari ini. Rumah beliau terletak di Coventry. Itulah kali pertama kami menjejakkan kaki ke bumi Coventry. Canggih gak tempat ni. Dokek yo ngan rumah wa, 40 minit drive dengan kelajuan 50 mph
Kalau wa tak khilaf, ex-jiran sebelah rumah wa di Bandar Bukit Puchong telah menetap di sini selama setahun. Waktu itu, wa terbayang bayang je mereka di sini. Ye lah khanz, kita masa tu di Malaya (nan panas itew), wa dok bayangkanlah mereka tinggal di negara sejuk setiap kali dapat email dari mereka.
Namun saat tersebut budaya blogger ini belum berkembang pesat seperti sekarang ini, maka dok bayangkan je la. Tak ado gambo nak tonton. Bila ado berito di tibi pasal UK, terbeliak lah mato den. Hi hi hi cari kot kot ado jiran den dalam tibi. Paling tidak tengok laporan suhu London di buletin utama tibi tigo.
Kira lu all ni ok la dapat banyak berito dari seluruh dunio. Cuma, kalu internet tak ado kek rumah tu, teruskan membayangkan keadaan di sini ye, awwww ! ! !
Sebenarnya, sebelum kami datang ke England ini, kami memang selalu surf internet cari blogger Melayu di UK. Hampir setiap malam baca blog mereka. Nervous gak masa memula nak mai sini. Kalau jalan sekejap sekejap tu tak apo la cik Kiah, ni nak tinggal lama, mau tak ketaq lutut.
Oleh kerana itu, dah lama kami mengenali blogger Pause to Reflect ini. Cuma depa tak kenal lah kami. Kebetulan, sepupu dia kawan BIL wa. Maka makin dekatlah terasa kami kepadanya. Begitulah, tuan tuan dan puan puan. Sungguh wa tak sangka, bahawa internet ini memang banyak kebaikannya (jika kita tahu mencungkil kebaikannya). Ramai kenalan kami juga dari internet.
Alamak, menyebok je la kenangan yang satu ini. Tapi wa terpaksa tulis gak lah, antara mereka di alam cyber yang wa anggap macam sedara mara rapat wa adalah Kay Bee Ar. Aunty Chomby salah sorang darinya. Eh panjang kalau nak ceta pasal Aunty Chomby ni. Menganggu je khanz lu all. Wa dah hilang tumpuan pada idea asal tulisan wa kali ini bila wa ingat Anty Chomby
Haaa khanz dah lupa, eh lupa la. Layanz ! ! !
Sorry wa lupa sesanggat.
Jejaka tampan yang pelupa
Birmingham
ENGLAND
...
4 comments:
Aunty Chombie tu mesti rupawan kalah Jula Juli Bintang 3. Boleh I berkenalan dengannya? Auranya menterkesimakan I aje..
tak payah susah susah nak kenal dia. bahaya dia ni. ratu lencong. tak jadi keje kang
mr dentist, wa cakap sama lu.. nnt pasti lu akan bertemu dgn wa jua.. wa bet sama lu.. hahaha!
eh kedengaran samseng sekali.. hehe..
Aunty Chombie rupa wang kata oghang Ganu. Hahaa..
Post a Comment