Seingat wa, kami berhenti di tepi jalan antara batu 10 dn 10.1. Suhu sejuk. Telepon guna prepaid, dan sedang roaming di luar negara. Maka panggilan keluar mahupon menerima panggilan menelan biaya credit. Akibatnya, credit pada handphone wa menyusut dengan drastik sekali. Belum lagi bercerita mengenai kadar bateri HP yang menyusut kerana tak dapat caj.
Dalam sisa sisa credit yang kritikal tersebut, kami buat beberapa panggilan. Pertama kepada Abg Wahab yang sepatutnya berada dibelakang kami agar dia dapat berbuat sesuatu bagi membantu. Kedudukan kami paling penting agar dia dapat mengesan kami
Kedua wa teringat kepada Rashidi dan Azli di Birmingham, supaya top up handphone wa. Ketiga En F jika dia ada pengalaman kerosakan kereta di Holland dan keempat kepada Adeeb di Birmingham untuk menghubungi RAC (car brake down recovery provider).
Wa memang tak berapa bersedia pada perjalanan kali ini. Maka banyak perkara yang tak wa perhitungkan. Termasuk bantuan kerosakan kereta ini. Adeeb berusaha sedaya upaya daftarkan wa online. Dan dia berjaya. Namun wa kena tunggu 24 jam sebelum ia diaktifkan. Sebetolnya wa boleh call minta emergency walaupon bukan ahli agar bantuan segera dapat diberikan. Tapi wa tak terfikir kearah tersebut
Abg wahab, Badri dan Hizam datang ambil wife wa dan anak anak wa balik ke khemah. Wa tunggu di tepi jalan. Mereka minta eurocamp buat sesuatu. Mereka menghubungi polis dan sepatutnya polis datang ke tempat wa bersama tow truck dalam masa 30 minit.
Namun tak semudah itu, wa menunggu di tepi jalan dalam suhu yang agak dingin. Di sini, jika berlaku kerosakan pada kenderaan, kita tak boleh duduk dalam kenderaan atas sebab keselamatan. Maka wa berdiri di luar kereta dengan mengenakan baju reflektif yang dipinjamkan Azli. Tanda segitiga kecemasan (juga milik Azli) wa letak 50 meter dari belakang kereta wa
Jam 9:30 malam, sebuah kereta peronda polis menghampiri wa. Meraka soal jawab wa dan melakukan prosedur biasa iaitu memeriksa dokumen perjalanan dan kereta.
Rupanya, kereta polis yang sepatutnya membantu wa telah berhenti sebelum wa, kerana ada kerosakan pada mangsa yang lain. Anggota polis seorang lelaki dan seorang wanita tersebut berusaha mendapatkan bantuan tow truck dan 15 minit kemudian, kereta wa di terik ke parking hotel lebih kurang 1 kilometer dari tempat wa berhenti kereta tadi
Jam 11 Malam Abg Wahab, Badri dan Hizam sekali lagi datang dan bawa wa balik ke khemah. Sungguh ia satu pengalaman buat wa.
Hotel casino ini pula tempat wa parking kereta wa selama 1 setangah hari. Pada jam 12:50 pagi 9 April 09 kereta wa diterik ke garaj volkswagen untuk diperbaiki.
Dari kejadian ini, wa ingin nasihatkan dan beri peringatan kepada wa dan siapa yang sudi dieri ingatan tentang keperluan perjalanan ke negara eropah mengguna kereta yang berdafter di UK
1. Passport (kita jarang bawa passport, biasanya tinggal di hotel)
2. Tiket perjalanan
3. Log book kereta (plis tak tanya, mereka periksa no plat kereta sahaja secara online). Log book perlu jika kita nak write off kereta kita
4. Pastikan insurans kereta hidup
5. Plat no kereta yang ada stiker GB
6. Travel insurans
7. Car coverage (wa suggest ambil AA sebab jaringan mereka di Eropah adalah besar dan lebih efficient dari RAC)
8. Counter part driving license (lesen kertas yang diperoleh setelah kita lulus ujian memandu teori)
Sejak malam 7 April hingga kami pulang ke UK tanggal 11 April, kami tiada kenderaan, maka percutian kami setelah itu hanyalah melepak di khemah 'mewah' kami di Duinrell Park. Betapa sedihnya perasaan wa, kerana tak dapat meneruskan program percutian kami. Kereta yang sepautnya disediakan RAC pon tak ada sebab susah nak cari 7 seater (atau mereka memang tak efficient langsung)
Garaj pula tak ada spare part ditambah lagi dengan cuti easter dari Jumaat hingga Isnin, maka kereta wa memang tak siap sebelum kami pulang ke UK. Jadi kami minta RAC hantar kereta kami ke Birmingham, Alhamdulillah (wife wa, Madeehah, Aiman dan Anas naik Ford Mondeo RAC) selamat sampai ke Birmingham jam 1 pagi, sedangkan wa, Maisarah dan Amir sampai jam 2:20 pagi kerana kami naik tow truck
Di setiap kesusahan itu ada kesenangan (Surah Alam Nasrah). Wa bersyukur kami selamat. Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment