Tuesday, 18 August 2009

Kelantan FC

Ada rombongan Kelantan FC dari Malaya. menginap di Etap Hotel Birmingham Airport. Alhamdulillah dapat buat bisnis dengan mereka. Masakkan mereka selama 3 hari seramai 80 orang. Terima kasih S, dia yang memberi laluan kontrak ini.

Penat sangat. Apa lagi bagi tukang masak, wife wa dan Wan. Untungnya lumayan juga.

Depa buat perlawanan persahabatan di Manchester dan Birmingham. Memang tak menang, tapi pendedahan itu sangat baik untuk mereka. Belanja sakan demo ye. Hari terakhir Jumaat, 21 Ogos tu, lepas hantar sarapan dan lunch untuk mereka, wa ke Egham. Ambil anak anak wa yang dah seminggu menginap di rumah Abg Ipo wa.

Wa lupa bawa sudu untuk makanan yang wa hantar pagi tadi, lalu wa kejo mereka yang sedang beli belah di Bicester Village. Erm ... tengah sale up to 80% you. Tapi bak kata teman wa, jika salenya 90% pon tak mampu dia nak beli nya. Hi hi hi kalau dulu wa akan kata, jangan kata tak mampu, sebab bila kita kata tak mampu maka jalan mendapatkannya akan tertutup rapat. Katakan bagaimana untuk aku mendapatkannya, maka Allah akan buka jalan seluas luasnya. Awwww mampukah wa berkata begitu lagi di saat ini?

Ehem, minggu ini juga merupakan minggu pertama wa mula membayo balik investment. Argh perit tu tuan tuan dan puan puan. Sebab gaji wa jadi semakin sempit setelah tolak segala macam. Tapi wa berazam menghabiskannya secepat mungkin. Insya Allah. Keadaan ini menjadikan wa merasa keadaan dah terdesak. Maka wa mesti buat sesuatu.

4 comments:

cik cibil said...

lu, kenapa banyak entry lu telah di schedule kan? ke lu simpan dalam draft tak publish2? dah la tak ajak pegi Merdeka Carnival.. hehehe.. kalo tak blh wa membelah sempadan Scotland-England lu know..

Dentist and Me said...

Wa simpan. Terkadang malas nak publish. Ni masih ada banyak lagi entry. Paling tak best bila nak upload gambo. Lama la cik Kiah

cik cibil said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dentist and Me said...

chop 'dara'. cuba lu compare mana lebih baik di uswitch.com

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ