Saturday, 15 August 2009

Malaysia Carnival

Maka pada hari ini, berangkatlah kami 3 kereta dari Birmingham menuju ke Hertfordshire. Acara kali ini adalah Merdeka Carnival. Salah satu acara yang dibuat untuk menyambut Hari Kemerdekaan Malaya.




Inilah antara barisan pejuang

Patutnya bertolak jam 7:30 pagi, tapi biasalah jika bersama kanak kanak, terpaksa ditunda ke jam 7:50 pagi. Wa kongsi partner dengan kawan wa. Dia tinggal di Solihall. Janji nak pergi bersama sama. Bertolaklah kami ke rumah beliau.

Sampai di rumah beliau, baru wife wa teringat, dapur gas tak bawa. Apa lagi sedara sedari, wife wa terpaksa balik ambik, sementara wa dan teman wa tu jalan dulu. Tempat di tuju adalah Tun Abdul Razak Research Centre Brickendonbury, Herts lebih kurang 2 jam 15 minit perjalanan dari Birmingham.

Udah le lambat bertolak, kami juga ikut jalan dalam, makin lambatlah gamoknya. Tapi bagus gak, at least, waktu wa dan waktu wife wa sampai agak bersamaan

Sampai sana, orang dah penuh. Sejam wa lewat. Adik ipo wa call kata, orang lain dah kayo jual makanan, wa baru sampai, awwww ! ! ! No hal. Tanpa banyak bicara, kita buka gerai kita.

Menunya, Nasi Kerabu, Ayam Percik, Nasi Dagang ikan tongkol, dan ayam, Laksa Johor, karipap dan minuman. Tak menang tangan wa kata kat lu. Semua jualan habis, kecuali laksa Johor. Gerai tutup jam 5:30 petang.

Nak kata penat memang penat. Adalah sikit untung. Tapi yang lebih menarik adalah dapat berada di sana. Bukan hanya dapat berada di sana, namun dapat menjual dan dapat juga uwang. Bukan jalan dan keluar uwang semata

Terima kasih pada teman teman wa yang beri pinjam tong nasi, Rashidi, Azlihan, dan Jurie. Juga tak lupa kepada Rizalman yang memberi wa kertas bungkus yang wa gunakan untuk membungkus karipap. Rizalman dah pon pulang ke tanah air setelah tamat belajar di sini

Memula wa ingat nak terus balik Birmingham, namun wa letih, lalu wa nginap di Egham. Sambil hantar Aiman dan Anas sleep over balas, di rumah BIL wa.






Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan Maju
Rahmat Bahgia
Tuhan Kurniakan
Raja kita
Selamat bertahta


Ramai pengunjung wa kata kat lu. Mereka datang dengan pelbagai tujuan. Nostalgia. Kerakyatan. Mahupon nak makan. They really spend



Tengah masak sedap sedap, tiba tiba, gas habis. Teman wa bawa tong gas tambahan, namun malangnya kepala tong gas tu tak sama dengan kepala tong gas wa. Maka gunalah dapur gas camping, api kecik. Lambat masak. Namun lu all nak tau, akhirnya wa guna dapur BBQ tempat masak ayam percik, kejap je masak karipap tu. Angkat habis angkat habis





Persembahan budaya, ada Melayu, Cina mahupon India.





Pada waktu kemuncaknya, jam 1 tengahari, ramai sangat pengunjung.





Inilah bangguna Tun Abdul Razak tersebut. Cantik kawasan ini








Tarian naga ini turut dibawa oleh mat salleh. Terrer gak mereka ni




Beca pon ada you, wa kata kat lu. Don't play play



Saat menyaksikan pertunjukan kebudayaan Malaya. Tentu lu all tahu tarian kanak kanak dari Johor yang femes itu. Turut dibawa ke sini. Untung budak budak tu dapat jalan jalan waktu cuti sekolah ni



Dua sekawan ini, bersantai dalam imaginasi mereka



Relax baby



Tok Bak dengan kraf tangan ukiran di buahan tempatan dari Sarawak




Ramai gak masyarakat Malaya di Inggeris ini






Bila penat, tido lah kita. Best sebenarnya tido beratapkan langit biru. Apa lagi bila mata tersangatlah mengantuknya lepas pekena makanan Malaya. Udaranya phon nyaman


Inilah gerai wa. Kecik je.



Aiman menari dengan Aunty F dalam irama muzik Michael Jackson



Aiman, Syasha dan Anas



Ni salah seorang sedara wife wa. PR menetap di Newcastle. Ramai sungguh sedara wa di UK ini




Wa lufa mengafa Madeehah bad mood saat ini



Wan



Eh Dicken ada kat sinila. Terima kasih karena sudi membantu, awwww ! ! ! Sebelahnya partner wa



Tok Bak


Mereka ada banyak acara sukaneka. Wa pon ikut salah satu sukan itew. Dan wa menang, awww terrer wa.
































No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ