Wan Tok Bak Enn dan Dol pulang ke Malaya jam 6:10 petang dari Stansted Airport. Dalam perjalanan menuju ke Stansted, kami sempat singgah di bandar Cambridge. Cantik bandarnya. Sepanjang perjalanan menuju Stansted ini hujan renyai. Jadi kami tidak singgah di mana mana
Di airport, wa lihat Syed M (sepupu wa) dah pon sampai bersama keluarga mertuanya seramai 12 orang. Wa juga lihat kawan wa Dr MK juga sampai menghantar isterinya pulang ke Malaya bercuti. Ramai umat Melayu sama sama memenuhi pesawat AirAsia ini. Kagum wa dengan sambutan terhadap kapal terbang tambang murah ini.
Sebelum ini banyak dah wa terima berita dari kengkawan wa mengatakan check-in AirAsia ini agak lurus bendul. Macam macam kejadian berlaku. Alhamdulillah Wan Tok Bak Enn dan Dol tak ada masalah. Mereka mengaplikasikan penyelesaian dari permasalahan yang dihadapi oelh kengkawan wa.
Beg dah awal awal lagi dipisahkan. Ini kerana ia tidak boleh dicampurkan dengan tiket yang dibooking berasingan. Kotak mestilah dimasukkan ke tempat khas setelah check in. Di sini ada sedikit masalah. Satu kotak direject. Alasannya, terlalu mampat hingga menggelembung. Maka ia terpaksa dibuka. Bila dah dibuka tuan tuan dan puan puan, susah lah nak masukkan balik. Jadi bayangkanlah keadaannya.
Wa ingat kami sahaja yang bermasalah. Namun, keluarga mertua Syed M lebih hebat lagi dugaannya. Adik iparnya tak boleh naik pesawat kerana hamil 28 minggu dan surat doktor yang ada padanya bertarikh lebih dari 7 hari. Ibu dan bapa mertuanya, yang dah pon lepas pemeriksaan imigresen, pon terpaksa tidak dibenarkan menaiki pesawat yang sama gara gara bertanya mengapa anaknya tak boleh naik pesawat
Passport dan baggage tag pon diambil. Dikhabarkan kepada mereka, bahawa beg mereka akan diturunkan dari pesawat. Masalahnya, tag baggage mereka (9 beg) di check in oleh adik iparnya. Oleh itu 9 beg tersebut akan diturunkan dari pesawat.
Persoalannya, mereka akan menghadapi masalah kelebihan berat saat mereka check in sekali lagi nanti di hari lain. Setelah pesawat terlewat sejam, mereka diberitahu bahawa beg mereka tak dapat dijumpai. Oleh itu beg mereka tidak akan diturunkan dari pesawat.
Untuk membolehkan dia naik pesawat, dia mesti mendapatkan surat doktor mengatakan bahawa dia selamat menaiki pesawat pada kehamilan 28 minggu. Jadi kena lah cari doktor sakit puan pula.
Wa dah nak balik, tapi kerana jam menunjukkan telah masuk waktu Maghrib, maka wa terus menuju tandas untuk berwuduk. Lalu wa terserempak dengan bapa mertua Syed M, Syed H. Terperanjat wa, sebab dia tak naik pesawat lagi, rupanya dia tak boleh naik pesawat disebabkan masalah tadi.
Lepas sholat wa jumpa mereka semula. Nasi yang Wan bekalkan untuk wa, wa bagi kepada mereka. Pihak lapangan terbang hanya memberi nama hospital iaitu Alexandra Hospital Harlow. Lalu wa guna application iPhone (Around you) maka jumpalah hospital tersebut beserta telipon dan alamatnya. Y buat panggilan dan bercakap dengan doktor bertugas, dan buat appointment.
Kami terus ke hospital, dapat surat dan kembali lagi ke airport. Di airport, Alhamdulillah 4 tiket percuma diisu untuk mereka. Lalu wa bawa mereka pulang ke rumah wa di Birmingham untuk berehat
Esok paginya, wa bawa mereka ke car boot, hi hi hi wa dah kata kat lu, kepala wa asik ingat car boot je. Petang jam 4, mereka ke Stansted menaiki bas selama 4 jam. Alhamdulillah akhirnya mereka semua selamat sampai ke Malaya.
Tak patut betul masalah ini boleh berlaku. Manusia yang buat peraturan, manusia juga patutnya ada budi bicara. Bukan tiada surat doktor, ada, cuma lebih dari 7 hari. Mereka ini adalah pelancong, yang melancong selama 2 minggu. Yang namanya melancong, tak kan nak cek doktor pulak. Kalau melancong, melancong je lah.
No comments:
Post a Comment