Friday 12 June 2009

Pengalaman tuko barang di UK

Wa ada satu cerita mengenai belibelah di UK. Namun sebelum wa meneruskannya, wa ingin buat satu kenyataan agar ia tidak mengelirukan. Begini pengakuan wa. Lihat dalam gambo dibawah ini, ingin wa nyatakan bahawa model dalam gambo di bawah ini sebenar benarnya bukanlah wa




Hampir setahun nan lalu, lebih kurang 26 Jun 2008, wa telah membeli satu katil angin. Tujuannya adalah untuk wa bawa ke camping site di timur England. Aerobed namanya. Bagus katil ini, dan kalau lu lihat juga, ada warranty selama 2 tahun. Wa beli di Argos, salah satu kedai online. Kita beli dan bayar di internet, dan ambil barang di gudang

Nak dijadikan cerita, pada Nov 2008 lalu, wa kira ada kebocoran pada salah satu bahagian katil angin tersebut. Sedih wa. Mahal tu wa beli, awwww £68 you. Wa pujuk hati wa, duit boleh cari. Nasib baik tak berhutang, kalau berhutang nak beli mende ni, lagi wa keciwa

Awal Jun 2009, wa kemas wallet wa (tebal wallet wa wa ceta kat lu). Cuma bukan duit yang banyak, kertas, bisnis kad, kad bank (no credit card ye), dan kad kad membership itu ini dsb. Termasuklah salah satunya, resit Argos you wa kata kat lu.

Wa tenung, wa lihat, wa kira, wa masih ada waktu. Lalu Hari ini, lepas sholat Jumaat wa bawa katil angin wa yang dah rosak itew, dan minta tuko dengan yang baru

Lu all nak tau, wa diberi ganti katil angin baru wa kata kat lu. Tak tanya apa apa pon. Awwww gembira nya hati wa (tapi muka depan cashier tu buat buat berkerut, konon tak puas hati lah sebab katil angin lama wa tu tak perform, pada hal, Allah sahaja yang tau perasaan wa ketika itu) Yeehaaaaaa ! ! !

Inilah bedanya di sini dengan di sana (Malaya). 2 bulan sebelum wa datang sini, wa ada beli wireless mouse. baru pakai 5 hari dah tak boleh guna, mahal gak wa beli RM65. Ingat sikit ke! Tak de la geram sebab mamat kat kedai itu kata (Ciner) kalau rosak bawa datang balik untuk ditukar dengan yang baru.

Wa bawa lah balik ke kedai itu. Dia kata, ini tak boleh diganti di sini, kena hantar ke centre. 2 minggu datang balik. Kepala hotak hang! Sampai wa berangkat ke UK malah hingga sekarang ni pon wa masih tak dapat penggantiannya. Beda khanz.

Owh, bagaimana pula dengan gelagat para pemandu F1 di dalam Kay Ell tu, kaki menyelit, what I means. Argh, geramnya I you know. Malaya oh Malaya. Tok sah ceta lagi lah ye. Nanti wa tak mo balik plak. (pada hal memang kena balik phon)

Dulu wa tak makan sangat buah buahan ini. Di sini, wa dah terbiasa makan. Crystal tu hand made you, Mark & Spenser lagi. Regenya £1. Toko tempat wa beli, car boot sale

2 comments:

CS said...

Sukacita dimaklumkan wa pernah pergi ke Argos (stetmen yg sengaja diriakkan, heheh). Anyway, kat negara tumpahnya darahku taklah terok sangat bila menukar barang yang telah dibeli. Wa ada kes klasik. Nak dengar tak? Kalau nak, wa ceritakan, kalau tak nak, wa akur.

Dentist and Me said...

ceta lah cik som ceta lah

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ