Friday, 16 October 2009

Cymru

Off we go ! ! !

This time we went to North Wales. According to my friends, Wales is different from UK. Ni yang nak tau ni apa dia bedanya.

Kami menginap di Hafan y Mor 4 hari 3 malam. Prestige caravan. Tapi macam sama je dengan Superior Plus. Jadi lu all kalau nak caravan yang beso, pilih saja Superior. Mungkin lepas ni kalau wa berkelana lagi, wa akan mencuba penginapan yang lain pula. Sebab caravan dah agak biasa. Cottage ke lepas ni.

Dikhabarkan bahawa cuaca waktu ini tidak begitu baik. Memang agak sejuk di sebelah utara ini. Maka banyaklah doa wa terima dari kengkawan wa agar percutian wa kali ini lancar dan menguntungkan. Maksudnya, cuacanya elok agar banyak benda yang dirancang dapat dilakukan. Untuk itu wa ucapkan terima kasih pada kengkawan wa yang prihatin tersebut

Semua anak wa tak sekolah pada hari ini. Dol sewa kereta. Upgrade ke estate, dengan tambahan £1 sehari. Wa ngeri juga nak bawa Sharan wa tu. Sebabnya perjalanan wa kali ini wa gambarkan agak berat. Daki gunung dengan jalan yang sempit. Apa lagi menurut kawan wa juga, Wales ini dikenali dengan negara bahagian 'lebih biri biri dari manusia'




Pemandangan sebelum melalui Snowdonia


Dipertengahan jalan ada tempat berhenti dikenali sebagai Snodonia National Park. Hanya satu dataran untuk menikmati pemandangan kawasan ini


Upacara pukul memukul gambar pon bermula






Thursday, 8 October 2009

Dol dan Enn

Hari ini sepatutnya wa keje hingga jam 10 malam. Tapi sebab wa nak pegi Stansted, maka wa mohon kepada Abg Wahab untuk membenarkan wa balik awal. Wa balik jam 7 malam.

Lepas sholat dan makan, kami (wa, Wan dan Tok Bak) berangkat ke Stansted lebih kurang jam 10 malam. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 15 minit. Wa lihat di website Stansted Airport, mereka mendarat jam 12:15 malam (dah masuk hari Jumaat). Maka sebab itulah wa plan perjalanan wa dalam ruang lebih kurang seperti itu, agar tak bayar banyak sangat parkingnya.

Alhamdulillah, wa sampai 12:15 malam. Punyalah sejuk kat luar airport ketika ini. Cepat cepat kami masuk ke dalam banggunan. Di skrin menunjukkan mereka mendarat jam 12 malam. Tunggu punya tunggu tak keluar keluar. Dekat sejam kami tunggu. Dalam hati ini dah mula fikir macam macam. Tak dapat masuk ke, kena tahan ke, beg sangkut ke. Akhirnya, setelah melihat ramai sungguh umat Malaya keluar, barulah kelihatan kelibat Enn dan Dol

Enn seperti biasa lah saiznya. Tapi Dol kurusnya. Wan kata, mak Enn senang hati Wan tak ada kat Malaya, sebab tu dia demuk, ayah Dol je yang susah hati sebab Wan tak ada kat Malaya. Wa duduk jauh sikit, nak tengok macam mana Wan dan Tok Bak menyambut anak kesayangan mereka ni. Hi hi hi senang hati bila lihat mereka dah keluar. Semua kiriman selamat

Terima kasih atas kiriman semua dari Ma Tok, Aunty I, Aunty A, Datin M, Kak R dan ramai lagi lah tak tersebut di sini. Termasuk juga duit raya untuk anak anak wa. Maka penuhlah meja makan rumah wa sehari dua ini.

Tuesday, 6 October 2009

Selamat Hari Lahir Wan

Hari ini Wan menyambut hari lahir. Kira sambutan hari lahir Wan tahun ini GLAMER sikit dari tahun lalu, sebab Wan menyambutnya di Britain, awwww ! ! !

Pepagi lagi Maisarah bisik kat telinga wa, dia kata 'Papa, hari ini birthday wan'

Dengan sepantas kilat wa ajak semua anak anak wa dan wife wa masuk bilik Wan, yang ketika itu baru habis sholat Dhuha. Tiada apa yang wa boleh beri kepada Wan, hanya nanyi lagu Happy Birthday je ramai ramai, hingga Wan pon mengalirkan air mata.

Malamnya, wife wa belanja di Restoren Abu Zyad, Coventry Road, makanan Arab. Ini merupakan kali kedua kami makan di restoren. Biasanya taraf kami hanya makan di rumah sahaja. Not too bad, makan 9 orang £37.

Untuk ingatan dan ucapan terima kasih, ingin wa coretkan di sini hadiah yang Wan terima kepada Kak Izan (kuali Tefal), Skin £20 (Wan buat beli beg tangan Clarks sebagai tanda), Mama Skin (blaus macam cashmier) tak lupa juga untuk ucapan ingatan dari adik adik wa serta menantu menantu Wan di Malaya

Tata

Saturday, 3 October 2009

Monday, 28 September 2009

Days After Eid

Sejak 1 syawal nan lalu, maka berderet lah jemputan open house. Oleh karena wa dah buat open house awal awal, maka kali ini wa senyum je lah bawa perut sambil lihat orang lain bertungkus lumus buat open house khanz. Eiiii seronoknya, tak payah lagi memikirkan bagaimana nak buat open house.

Tahun ini senarai open house telah disempitkan. Ianya merupakan suatu kemajuan hasil postmortem tahun lalu lah gamaknya. Lu all nak tau, tahun lalu, sangat letih. Setiap orang buat rumah terbuka. Hingga wa terpaksa pilih rumah nak pegi dan juga pilih rumah nak telpon pinta sorry sebab tak sempat pegi.

Wa juga lihat trend wa telah menjadi ikutan, iaitu makan di luar rumah, bagi yang ada khemah maka pasang khemah lah, bagi yang tak ada khemah mahupon tiada ruang, maka tanpa khemahlah. Wa rasa trend invented by wa ini memang best. Namun bagi orang dengan rumah yang sangat beso (macam rumah bapa sedara sepupu wife wa yang baru pindah tu, rumah dia khanz lu all, 8 kamar wa kata kat lu), haaaa tak payah lah pasang khemah, penat nak pasang dan buka nanti.

Di kala perkumpulan sebegini, maka lu all akan lihatlah betapa banyaknya upacara lip lap lip lap (pukul gambo) berlangsung. Bukan itu sahaja, pesta ini juga disertai banyak dslr bermacam ragam gitew. Paling banyak buat bisnis wa kira tentulah 'NOKIN'

Bak kata pepatah, bila D40 tak sedap, upgrade le ke D80, bila D90 pon tak sedap, ehem D300 lah pulak, awwww ! ! ! Tapi wa kata kat lu, masa wa try camera bakal haji tu, memang mantap wa kata kat lu. Ini kalau dah beli camera baik punya, mesti lah kena pandai cari hasil balik bro. Wa sarankan kepada bakal haji tu, ambik course profesional photographer bro. Balik Malaya kalu, bisnis lah.

Bagi wa yang tak reti main dslr ni, cukuplah snap je. Tapi khanz lu all, memang best melihat kembali hasil pukulan gambo ini. Kenangan thau. Apa lagi bila ia telah lama berlalu. Melihat suasana ceria sahabat handai, mendamaikan naluri gitew. Apa tah lagi bila kita berjauhan dari sanak saudara khanz.

Awww wa dah mula nak rasa sebak ni. Tak lama lagi, Wan dan Tok Bak dah nak balik. Last year dua minggu wa muram durja. Itupon abg ipo wa datang rumah wa kasi belai. Wahai kakak ipo wa di Egham, siapkanlah satu bilik di Egham untuk wa dan family menceriakan diri nanti ye, please ! ! ! Musim cuti sekolah pulak tu (mula 25 Oct 09). Kalau ke Ealing, susah pulak parking. London ni, bukan apa cik Kiah. Ia bandaraya asal gerak, kena bayo. Jadi, terpaksa kaku lah gitew kalau duit tak banyak

Insya Allah, Dol dan Enn nak datang 8 Oct ni dan balik sama ngan Wan dan Tok Bak tanggal 24 oct nanti. Diberitakan juga sepupu wa pon Insya Allah akan ke UK dalam rangka holiday ke eropah selang sehari ketibaan Dol dan Enn. Mengancam gak khanz kalau dapat lencong ke Abber, Wales.

Dzaaaaa ! ! !

Sunday, 20 September 2009

Open House

Sebelum wa meneruskan tulisan wa yang bernas kali ini, ingin wa ucapkan ribuan terima kasih kepada adik wa, Cho kerana menaja baju Melayu wa tahun ini. Ma Tok yang menaja baju raya anak anak wa. Tak lupa kepada Wan dan Tok Bak yang walau dalam kesempitan, tetap juga bagi anak anak wa duit raya, £10 sorang, juga kepada Uncle 'B' yang turut mengirimkan anak anak wa duit raya RM50 sorang (duit baru wa kata kat lu). Ok layanz ! ! !


Wa bergegas pulang dari sholat raya di Erdington, kerana kami buat rumah terbuka. Tahun ini kami memulakan langkah baru hasil dari pengalaman tahun lalu. Iaitu open house gabungan. Ada banyak kebaikan gabung ini, beban (tenaga, wang, masa tetamu nak datang pon tak menyusahkan sangat, tak banyak nak pegi rumah gitu) bagi sama rata, menu boleh buat banyak sikit.



Ahli gabungan kali ini adalah


1. Wa sefamili termasuk ibu bapa wa

2. Adik Ipo wa dari London (abg Ipo wa raya kat London)

3. Abg Wahab sekeluarga

4. Nabil, Fina dan Zahran

5. Shahrizal


Menu kami kali ini


1. Nasi Dagang serta kelengkapannya, termasuk rendang dan nasi impit (Family wa, ibubapa wa, dan adik ipo wa)

2. Cous Cous ,ntah lah macam mana ejanya, wa tak tau, kek dan kueh (family Abg Wahab)

3. Laksa Johor, coklat, kek, buah buahan, teh dan juice (Nabil, Fina, Zarhan)

4. Duit £30 (Shahrizal), hi hi hi wa tak tau nak masuk kategori mana



Kami juga buat suatu yang agak baru di sini iaitu makan dalam khemah di luar rumah. Jadi lah macam lebih kurang majlis kenduri di Malaya. Ada lah sikit suasana kenduri gitew. Khemahnya kami beli dan sampai ke rumah kami pada hari Rabu. Kami pasang pada pagi Sabtu. Nampak macam OK. Lepas ni bolehlah sewa dari kami jika ada yang nak sewa. Tak mahal £15 jer sehari.



Penat memang penat. Wa dah rasa dah tahun lalu. Cuma penat kali ini di bagi 3. Terima kasih tahap istemewa pada semua partner kami, yang bertungkus lumus menjayakan majlis gabungan ini. Tak lupa juga kepada 3 dara yang baru sampai ke Birmingham ini iaitu Cik Sheeda, Cik Sheena, dan cik Ikhlas. Sibuk mereka membantu, awwww ! ! !



Acara sebenarnya bermula jam 2 petang dan sepatutnya berakhir pada jam 7 petang. Tapi tetamu pertama kami datang pada jam 12:30 tgh dan terakhir pulang pada jam 11 malam.


Aliran tetamu pula terbahagi 2. Pertama antara jam 12:30-2 petang. kedua antara jam 5 petang hingga ke malam. Ingatkan, lepas jam 2 petang tu dah tak ada lagilah yang sudi nak datang. Bilangan tetamu kali ini wa kira melebihi tahun lalu. Tahun lalu kalau tak silap wa, sekitar 200 orang. Kali ini hampir 250 orang. Alhamdulillah, makanan cukup.





Nabil


Maisarah and her best friend


Uncle Erry Madeehah dan Aqil







S, S, M, I, wife wa, Madeehah dan Wan



Sholat Raya 1430 Hijrah

Birmingham UK beraya pada hari Ahad 1 Syawal 1430 Hijrah bersamaan dengan 20 Sep 09 setelah mendapat khabar berita dari MSD London. Kebanyakan mesjid besar di sini juga mengumumkan 1 Syawal di sambut pada hari ini. Tahun lalu ada yang sambut satu hari lambat dari kami.

Tahun ini sholat raya dilakukan di Stockland Green School Erdington Birmingham, diimamkan oleh Ustaz Zainul Rizal sementara khutbah dibaca oleh Sdr Badri.

Alhamdulillah. Moga dapat bertemu Ramadhan tahun hadapan.

berikut serba sedikit keadaan ketika itu



Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ