Hari ini Wan menyambut hari lahir. Kira sambutan hari lahir Wan tahun ini GLAMER sikit dari tahun lalu, sebab Wan menyambutnya di Britain, awwww ! ! !
Pepagi lagi Maisarah bisik kat telinga wa, dia kata 'Papa, hari ini birthday wan'
Dengan sepantas kilat wa ajak semua anak anak wa dan wife wa masuk bilik Wan, yang ketika itu baru habis sholat Dhuha. Tiada apa yang wa boleh beri kepada Wan, hanya nanyi lagu Happy Birthday je ramai ramai, hingga Wan pon mengalirkan air mata.
Malamnya, wife wa belanja di Restoren Abu Zyad, Coventry Road, makanan Arab. Ini merupakan kali kedua kami makan di restoren. Biasanya taraf kami hanya makan di rumah sahaja. Not too bad, makan 9 orang £37.
Untuk ingatan dan ucapan terima kasih, ingin wa coretkan di sini hadiah yang Wan terima kepada Kak Izan (kuali Tefal), Skin £20 (Wan buat beli beg tangan Clarks sebagai tanda), Mama Skin (blaus macam cashmier) tak lupa juga untuk ucapan ingatan dari adik adik wa serta menantu menantu Wan di Malaya
Tata
No comments:
Post a Comment