Hari ini sepatutnya wa keje hingga jam 10 malam. Tapi sebab wa nak pegi Stansted, maka wa mohon kepada Abg Wahab untuk membenarkan wa balik awal. Wa balik jam 7 malam.
Lepas sholat dan makan, kami (wa, Wan dan Tok Bak) berangkat ke Stansted lebih kurang jam 10 malam. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 15 minit. Wa lihat di website Stansted Airport, mereka mendarat jam 12:15 malam (dah masuk hari Jumaat). Maka sebab itulah wa plan perjalanan wa dalam ruang lebih kurang seperti itu, agar tak bayar banyak sangat parkingnya.
Alhamdulillah, wa sampai 12:15 malam. Punyalah sejuk kat luar airport ketika ini. Cepat cepat kami masuk ke dalam banggunan. Di skrin menunjukkan mereka mendarat jam 12 malam. Tunggu punya tunggu tak keluar keluar. Dekat sejam kami tunggu. Dalam hati ini dah mula fikir macam macam. Tak dapat masuk ke, kena tahan ke, beg sangkut ke. Akhirnya, setelah melihat ramai sungguh umat Malaya keluar, barulah kelihatan kelibat Enn dan Dol
Enn seperti biasa lah saiznya. Tapi Dol kurusnya. Wan kata, mak Enn senang hati Wan tak ada kat Malaya, sebab tu dia demuk, ayah Dol je yang susah hati sebab Wan tak ada kat Malaya. Wa duduk jauh sikit, nak tengok macam mana Wan dan Tok Bak menyambut anak kesayangan mereka ni. Hi hi hi senang hati bila lihat mereka dah keluar. Semua kiriman selamat
Terima kasih atas kiriman semua dari Ma Tok, Aunty I, Aunty A, Datin M, Kak R dan ramai lagi lah tak tersebut di sini. Termasuk juga duit raya untuk anak anak wa. Maka penuhlah meja makan rumah wa sehari dua ini.
No comments:
Post a Comment