Sunday, 24 August 2008

Cannock Chase

Ahad 24 Aug 08, umat Malaya Birmingham telah bersetuju untuk mengadakan majlis barbeque kali kedua summer 2008. Kali ini syura memutuskan ia diadakan di Cannock Chase, 1800 saat dari Bandaraya Birmingham. Ia adalah satu taman luas yang dahulunya merupakan kem tentera sewaktu perang dunia kedua. Kami tidak bersendirian, kerana ramai warga lain juga mengambil peluang berkelah di penghujung musim panas ini dalam kelompok masing masing. Termasuklah satu keluarga Sri Langka yang tak berhenti menyanyi hingga kami rasa seperti kami terus diikuti dengan iringan muzik Bollywood sepanjang kami berada disana

Menu kegemaran umat Malaya ini adalah satay dan briani pelbagai rasa, sebab ada 6 tukang masak memasak dari rumah masing masing. Wife wa kena masak beriani. Ia diiringi dengan 3 ekor kambing aqiqah dari 3 keluarga yang tak perlulah wa sebutkan nama mereka, kerana mereka tak mahu glamer, sambil menyanyi, lagu Ramli S yang diubah liryk itew, "kami aqiqah bukan kerna namaaaaaa"



Oleh karena di sini, di tempat dan saat ini, kami dibenarkan membakar, maka kami bakarlah satay. Wa tak join bako ni sebab wa tak tahan asap, awwww ! ! ! hangit gitew. Wah kah kah, aleh macam la lu tak kenal wa.
Seperti biasanya, acara ini diikuti dengan pelbagai acara sampingan. Wa tabik spring la ngan mereka ni. Memacam aktiviti diisi terutama buat kanak kanak.







Haa perhatikanlah Maisarah, wa tak ingat dia menang ke idok, wa rasa idok





Amir steady baby






Beso sungguh khemah wa ini.







Oleh karena kami di UK, maka mestila ada nama ENGLAND dalam gambo khanz, kalau tak nanti tak tau lak kat mana ni.








Sibuk sungguh mereka membakar. Angkat habis angkat habis. Lambat tak merasa









Suatu ketika dahulu, wa beli sebuah layang layang di car boot sale. GBP1.00 je. Wa ingat senang, ghupenye payoh nye yeop.











Madeehah berpuas hati dapat duduk kat sini











Ada gak anak teman wa sambut hari jadi di sini, maka dapatlah ole ole sorang satu Pada ketika inilah Amir mencipta pelbagai ceta dan undang undang, demi menukar apa yang tidak disenanginya dengan apa yang ada pada Madeehah. Sep baik ada kakak menjaga khazanah Madeehah, yeehaaaa





Khemah wa yang beso tersebut dapat memberi manfaat kepada Muslim yang lain dengan menjadi tempat kami menunaikan sholat


Eh gambo wa ke ni. Jemur sikit je dah nak gelap kulit wa. Layang layang tak naik naik juga. Hampa sungguh sanubari wa


Dan upacara tak lengkap kalau tak pukul gambo beramai ramai.

Terima kasih pada sdr Izwan atas sumbangan sebahagian dari gambo ini.

Maka berakhirlah laporan praktikal wa kali ini.

Saturday, 23 August 2008

Selamat berpuasa

Hi hi hi lambat lagi. saja je mengader. puasa kali ini mesti wa akan terkenang suasana di Malaya. Buka puasa kat rumah mak hampir setiap hari, ermmm dengan makanan yang enak enak. Sekali dua berbuka di rumah DYJ dan Ojay (hampir setiap tahun tak miss punya wa kata kat lu). Berkumpul keluarga Aji Loan. Bukan tak mo ingat, tapi kalau ingat merana you. Kat sini, ok gak. Tapi ini pengalaman pertama wa dan famili berpuasa di tanah British. Sib baik gak ada mertua wa.



dah terlanjur wa buka topik hebat ini, maka wa dengan ini memohon maaf atas segala kesilapan lalu. Mana tau ada terguris sanubary, terkata barang sejemput dua jemput, wah kah kah, makin terok bahasa nenek wa ni wa kerjakan. Anyway, harap jumpa lagi.


May this Ramadham will make us a better Muslim.


Wassalam

...

Sunday, 17 August 2008

Cadbury World

Ntah mengapa, wa malas je nak tulis blog wa ni sejak akhir akhir ini. Wa memang rasa tak sedap, wa tak berada dalam tahap gaban. Lemah dan letih. Bosan !. Namun wa mesti gak tulis sebab wa ada aktiviti hujung minggu lalu ... Cadbury World

BIL wa datang dari Egham (ada gak orang sebut Egg Ham, awww, sebutannya Egam ye tuan tuan dan puan puan). Dol pon balik dari Stratford, keje kutip strawberry, sampai jam 8 malam, BIL wa and family sampai 8:30 mlm. Wife wa dan Ma Tok sediakan nasi kerabu. Wa bukan tak nak sediakan, wa tak nak kacau mereka je, nanti tak sesuai cara masak wa pulak khanz.

Khamis sebelum itu, kami sambut birthday Madeehah dan Anas sekali lagi.




Kek ini pon mama dia dan abang abang dan kakak dia sediakan. Wa nak mo campur resepi wa.



Maka bergambolah mereka berdua (Madeehah 11 Aug, sedangkan Anas 14 Aug, ingat tu ye kengkawan semua)


Ini adalah isipadu kek tersebut. Sudu itew kalau tak silap wa, wa beli di Mekah Al Mukarramah. Piring itu pula, kat kedai Memi, Birmingham. Corelle Made in USA, awwww ! ! !. Cik Som janganlah merapu ye. Biaser jer ni ! ! !




Madeehah main keyboard wa beli kat carboot sale, GBP0.50



Hari Sabtu, 16 Aug 08, kami berbondong bondong lah ke Cadbury World. Dekat je dari rumah, 5 minit naik kete. Jangan tak tau plak bagaimana ghupenye bila orang tanya nanti. Wa khanz tak mau malu seperti dulu, orang tanya wa tinggal kat mana, wa kata, Mersing. Orang tanya lagi owh, dekat Pulau Tioman ye? Dah pegi Pulau Tioman ke? Ek ek ek wa jawab IDOK ! ! !. Ha khanz tak enak tu. (Wa akhirnya pegi Pulau Tioman dari Subang Airport sekitar tahun 1999, kalau tak silap wa, semua keluarga belah wife wa pegi)




Ini adalah sebagian dari dalam Cadbury World ni cik Kiah. Sebenonya tak boleh pukul gambo, tapi, Melayu mana paham bahasa engrish.





Kanak kanak suka la, bagi wa biasa je. Tak yah pegi pon tak apa. Nak kira berbaloi tu berbaloi la gak, sebab dapat gak 3 coklat seorang dan satu coklat cair, naik pening wa memakannya







Kat dalam tu macam macam ada, di bahagian ini, agak menarik. Hingga hari ini wa tak tau bagaimana dia buat. Dalam gambo tak boleh digambokan. Apa punya gambo la, hingga tak boleh digambokan khanz lu all






Kat luar, Amir seperti biasa, tegak setegaknya. Anas pakai baju kesayangannya, hadiah birthday dari daddy (abang ipo wa la), one more level nintendo







Sejarah penubuhan perniagaan Cadbury agak menarik. Di saat ekonomi tak bagus, depa bawa koko dari Ghana, buat coklat. Bila bisnis berkembang, depa bina rumah, hospital, bandar, gereja untuk pekerja mereka. Ghupenya, Cadbury ini asal dari Bournville, Birmingham, England, dari mana lak la datang berita kata ia product Belanda.



Minggu lepas juga, semua barangan yang wa oder dari ebay dan amazon.com tiba. Antaranya buku ini, mengisahkan perjalanan hidup seorang yang tiada apa apa yang pada satu ketika tiada rumah untuk dia dan anaknya berteduh, akhirnya jadi jutawan berbekalkan semangat dari ibunya, JIKA KAMU ADA CITA CITA, PEGANGLAH HINGGA IA TERCAPAI. Kalau lu all malas nak baca buku, ala kebanyakan Melayu memang malas sikit nak baca buku, hi hi hi macam tak biasa pula, lu all tonton je movienya, lakonan Will Smith. Memang best wa kata kat lu



Ok la, cukup la buat saat ini. Dah malam ni. Psssst ! ! !, sekarang ni kat Birmingham, selalu hujan, suhu pon dah agak sejuk.




Daaaaa

Thursday, 14 August 2008

Tiba tiba menda ni datang

Malaya pada hari ini membayangkan akan menurunkan harga minyak petrol, walaupon seminggu lebih dah harga pasaran minyak dunia mula menurun. Semalam wa tuang minyak di ASDA GBP1.09 per liter, seminggu lalu ia GBP1.15 per liter. Ha ha ha ! ! ! Eh wa ketawakan siapa ek ? ? ?

Ada desas desus menyatakan perdebatan agama perlu dibajai. Namun Rasulullah saw tak mengemari perdebatan agama seperti itu. Kita nak debat nak buat apa. Lagi pon kalau debat pon bukannya kita dapat menarik mereka kepada Islam.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah
Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat
Dam kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat
Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku
(Surah Al Kafiroon : 1-6)

Al Quran itu adalah khabar gembira kepada orang beriman, dan ia adalah peringatan kepada orang kafir. Tentu orang kafir tak akan suka punya wa kata kat lu

Sunday, 10 August 2008

Majlis Ilmu

Hari ini hari Ahad ye sedara sedara sekalian. Ceta wa bermula semalam. Wa ke rumah teman wa ada birthday perty. Hari hujan. Dia pasang khemah di belakang rumah beliaw. Khemah tersebut baru dibelinya. Wa pon bercadang nak beli gak satu khemah untuk wa bawa balik. Senang sket kalau nak buat kenduri, tak yah sewa khanz




Lepas itew, wa ke rumah teman wa yang lain, anto wife wa gi majlis ilmu wanita. Depa buat majlis ilmu ini 2 minggu sekali. Last two week, wa bagi ceramah perihal bidang kerjaya wa masa wa di Malaya dulu. Lu all, wa dah lupa banyak benda la lu all. Dah dekat setahun wa tinggalkan bidang wa tu wa kata kat lu. Lepas tu wa dapat saguhati, berupa bekas Queen Ann you, tak mainlah tupperware, awwwww ! ! !






Queen Ann



Lepas wa anto wife wa ke majlis ilmu, wa melilau ke IKEA Wednesbury Birmingham. Lebih kurang 10 batu dari rumah kawan wa tersebut. Begini kisahnya. Dah beberapa kali wa ke rumah BIL wa di Egham. Wa selalu guna penyendal kasut IKEA tu. Wa dapati ia sangat bagus. Masa di Malaya dulu, wa tak kisah kan benda ni, sebab wa guna shoe horn kayu yang wa beli di Beijing dulu. (Tengah gasak Olimpik di Beijing sekarang ni cik Som)







Inilah ghupenya. Praktikal you wa kata kat lu. Ikea Snake Shoe Horn




Tiba di sini, puas wa cari IKEA. Memula wa ingat kat Birmingham ini tak ada IKEA. Ghupenya baby, dia letoknya IKEA di di Wednesbury, sebab tu wa tak jumpa IKEA di Birmingham. Ini kesempatan untuk wa ke IKEA. Sampai di IKEA memang niat nak cari benda tu je. Eiii you, rasa macam kat Malaya pulak. Suasana dalam IKEA tu sama je ngan di Malaya. Cuma kat sini ramai mat salleh.




Eh tak ada la pulak. Sebelum tu wa cari dalam internet. Masalah wa wa tak tau apa ke nama benda tersebut. Jadi cari dalam gelap la you. La ni wa dah tau, nama dia SHOE HORN. Wa cari di ebay, yang ada hanya shoe horn plastik biasa je, maka wa beli di ebay, tak sampai pon lagi. Hari ni Ahad, ada pulak snake shoe horn ini. Wa ingat wa nak beli la sebab memang best menggunakannya






Ha lepas wa ke IKEA, hampa tak jumpa benda tersebut, wa singgah ke B&Q. Kat daerah sini, memang tempat jualan beso beso. Semua mega store ada, B&Q, PC World, Currys, Comets, IKEA, Homebase, dan berbagai lagilah, Hi hi hi kalau lu all nak tau, ada sesetengah tu nama je lain, owner sama. Jadi pi mai pi mai tang tu gak





Kat B&Q wa beli cordless screw driver. BOSCH IXO, sekali ngan angle screw adaptor, GBP22.00. Dah lama wa ngintai benda ni, harga asal GBP58.00. Summer sale di B&Q Sally Oak dekat rumah wa GBP28.00. Jadi wa rasa wa memang dah boleh beli lah ni.








Inilah dia.





Wa sangat rekomen lu all beli. Sebab memang memudahkan kerja terutama melibatkan sudut yang sukar dicapai dengan screw driver biasa





Masa wa ambil wife wa, wa dijemput sekali makan, awww mee rebus Malaya, marvellous. Lepas tu, wa ke rumah rakan niaga wa masa di Lincoln dulu, ambil barangan yang lebih tak habis pakai, dan duit lepas return barang yang tak pakai. Kat sini boleh return. Kat Malaya jawabnya SORRY la brader. Non refundable yeeee ! ! ! (Tulisan merah lagi)



Malamnya pulak wa ke rumah teman wa yang lain pula. Kali ni majlis ilmu lelaki, ia diadakan seminggu sekali. Jamuan ringannya, nasi lemak ayam goreng dan sambal sotong. Wa respeklah teman wa ni, sebab dia boleh buat rumah dia muat untuk semua hadirin. Dan lagi you, rumah dia bersih wa kata kat lu, maklumlah, dia teman cleaner wa masa di SBC dulu. Tapi ngape la rumai wa, bekas cleaner, tak bersih gitew



Haaa baru masuk ceta hari ini. Ahad, wa tak ke car boot, wife wa je pegi car boot sebelah rumah. Balik car boot, kami bawa barang lebih niaga ke kedai lain untuk dipulangkan. Balik singgah Dunelm Mill, tempat barangan hiasan dalaman. Murah baby, tengah sale, bedding items Dorma dll sangat mengancam wa kata kat lu. Parak wallet wa.




Wife wa beli expandable bed with mattress di car boot GBP10, lupa lak nak tawar

Wa ada beli blind untuk tutup tingkap bilik air rumah wa. Sampai rumah tak muat, maka terpaksa wa pegi lagi ke mega store tu untuk pulangkan. Sekali lagi, depa pulangkan duit with out ask. Kat Malaya, setau wa, Tesco pon buat macam ni. Hui penat sungguh wa rasa. Namun 2 hari cuti (Sabtu dan Ahad) kali ini wa rasa agak panjang sebab dapat buat banyak benda. Selalunya sabtu dan Ahad wa berada di atas jalan raya, travel.



Esok wa keje lagi, wa sedang tunggu barangan yang wa order di internet, ebay.



1. Cordless keyboard untuk PS3



2. Shoe horn



3. Buku ceta "Persuit of Happyness", ceta benar. Teman wa suggest wa baca buku ni, setelah dia baca blog wa. Thanks teman.



4. Hal lain : Wa call mak wa. Akak Mak pergi Umrah semalam setelah 5 hari tertunda sebab visa tak lepas. Paman wa terbang ke London tadi balik 15 Aug urusan bisnis, wa harap dia sempat singgah Birmingham kali ini.



Ok semua, sekarang ni dah jam 8:29 malam, tak lama lagi masuk waktu Maghrib

Saturday, 9 August 2008

Senja di Endau



Ni belakang rumah Bak di Endau Johor. Wa beso di sini hingga umur wa 13 tahun. Banyak kenangan kat sini. Tapi rumah asal dah tak ada lagi. Sekarang ni dah direnovate. Tanah kiri kanan pon dah dijual ke cha ya nun alif. Hanya tinggal tanah Bak sahaja di sini. http://www.flickr.com/photos/8409244@N06/2742267889/

December ni Bak dan Mak datang Birmingham lagi. Insya Allah

Lebih caj

Samalam Jumaat, awww Jumaat hari mulia dalam Islam. Wa pi ituang minyak kete. Minyak khanz mahal. Wa guna debit card wa, belum selesai transaksi, wa tarik keluo debit card tu, tertulislah kat situ, error processing. Maka wa terfaksa masukkan semula debit card wa. Baru ok

Namun tuan tuan dan puan puan sekalian, bila wa periksa online akaun wa, wa dapati bahawa, debit card wa telah di caj sebanyak 2 kali. Maka wa yang agak panik ini (tapi tetap cool, panik sikit je, maklumlah, bukan banyak beno duit wa kat dalam situ, jadi kehilangan beberapa quid itew amat terasa parahnya), minta kebenaran boss wa untuk pegi balik ke shell (awww kepunyaan Dutch you)

Boss wa ni memang sedari dulu very understanding. Sampai di Shell, depa kata, depa tak boooleh caj lebih dari 1 kali. Jadi wa kena tunggu proper account from the bank. Sometime it takes time for the real transaction on account.

Hari ini pula, wa lihat ada transaksi pelik dalam akaun wa. Mungkin wa lupa wa ada gunakannya, namun wa memang tak ingat untuk apa wa gunakannya.

Maka pelajaran hari ini

1. Ada cooling period dalam akaun bank. Transaksi yang tak sepatutnya akan dikeluarkan dari akaun

2. sentiasa simpan resit, sebab kita adalah golongan makhluk yang cepat lupa.

Demikianlah catatan wa untuk dunia dan akhirat buat kali ini

Tuesday, 5 August 2008

Egham lagi

1 August 08, kami berangkat ke Egham 20 minutes from London. Cuti sekolah lah kata khanz. Nak pegi Scotland tak lepas budget, maka ke London saja lah kita


Banyak tempat kat London ni yang boleh dilawati. Tapi kena plan baik baik punya lah, kalau tak fulus berlari sangat kencang gitew. Maka kali ini mari kita melawat taman Thorpe (sebut Thop). Dekat je dengan Egham tu. Pandai betul BIL wa pilih rumah tu, dekat ngan banyak tempat attraction. Ada Thorpe Park, Legoland, Windsor Castle dll. Ok tanpa membuang masa, mari kita layanz



Ini adalah pintu masuk taman itew. Maka kami pon bergambo sakan tahap 1.5/10 lah. Kira tak sakan sangat lah tu.




Seperti biasa, siapa lagi nak kena jaga Madeehah, wa la. Sebab tu banyak tempat wa tak le naik. Anyway lu all, taman ni memang tempat umur remaja ke atas. Memandangkan 75% dari permainannya memerlukan ketinggian 1.4 m.



Nama permainan hebat ini adalah flying fish. Hi hi hi wa lihat biasa jer rendah gitew. Namun tah kenapa orang dewasa pon kalut gitew, hi hi hi



Benda ini wa respek sebab air sungai buatannya nampak real, kira tak miskin airlah, bukan seperti di sunway lagoon (kat mana nih?) tu, airnya secoet je, nak jalan pon tersendat sendat





Lagi permainan untuk budak budak, tapi dewasa pon terpaksa ikut naik, sebab kena teman budak budak. Yang peliknya, orang dewasa phon teruja gitew. Tinggi ek, hi hi hi





Haaaaa wa terpaksa naik menda ini sebab nak bawa Madeehah, sabo je la kenit. Lu lihatlah mak budak mat salleh tu, bukan main posing lagi. Semuanya ni gara gara temankan anak anak mereka






Ini baru thrill tuan tuan dan puan puan. Pusing 360 derajat. Best giler, tapi wa tak naik, biasalah kena jaga Madeehah, bukan tak nak naik ! ! !







Dalam taman ini ada gak tasik yang tenang begini, mungkin untuk mereka berehat sejenak setelah pening kepala. Namun tuan tuan dan puan puan, di sela sela waktu tertentu, terdapat pertunjukan ski air








Wa naik yang ini, sebab nak bawa amir naik. Pusing 360 derajat, kepala kebawah wa kata kat lu. Ala biasa je, lu naik lah, cuba, tak cuba tak tau gitew. Ha naik naik sila sila. Biasa jerrrr ! ! ! !









Ini adalah pemandangan 1/3 dari taman tema ini. Banyak roller coaster kat sini, yang paling famous masuk dalam national geography dan discovery channel adalah roller coaster berbentuk U terbalik tu. 90 derajat naik 90 derajat turun. Wow best gitew. Naik naik naik, thrill you. Tapi wa tak naik.



Haaaa huuuyoooooo lu tak ske ke ?






Keesokan harinya pulak kami ke Madame Tussaud London. Beratur panjang giler. Ada 4 lorong. Antaranya untuk yang dah beli online, belum beli tiket, orang tua dan kanak kanak. Kalau lu all tak beli tiket awal, nak berturnya lebih kurang 1 km panjang. Nasib baik kami bawa Madeehah dalam stroler, jadi kami diberi keutamaan, fast lane, ada gak ambil masa 2o minit sebelum dapat beli tiket. Bukan apa tuan tuan, wa dok pikior makin lama masa makin banyak bayo parking. Hari ni je kami bayo GBP12 per kete, dua kete dah jadi GBP24 dekat RM250 tu baby.



Albert Einstine. Dengo ceta Tunku Abdul Rahman pon ada. Yang wa tak puas hati tu, artis Bollywood pon ader, eiii tak ske la wa.






Dalam banyak banyak patung tu, QE paling nampak real. Kat dalam ni ada gak diperlihatkan keadaan jaman dahulu kala, tahanan perang, cara hukuman pancong dilakukan, penjenayah fofuler, dan sedikit pendedahan bagaimana proses patung dihasilkan





Gambo ni kat luar dome hijaunya. Ramai ooo pelancong. Terlalu sesak kat dalam tu. Rimas wa





Kat luar gak best, dapat hirup udara sego



Balik rumah, BIL wa kata ada projek. Ghupenya SIL wa buat birthday cake untuk Anas (14 Aug) dan Madeehah (11 Aug). Maka adalah sedikit sambutannya





Dan Hadiah




Hi hi hi salam dulu



Tiup


Potong dan makan lah baby
Daaa, demikianlah laporan bernas wa kali ini. Jumpa lagi di lain kali. Jaga diri bebaik
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ