Menu kegemaran umat Malaya ini adalah satay dan briani pelbagai rasa, sebab ada 6 tukang masak memasak dari rumah masing masing. Wife wa kena masak beriani. Ia diiringi dengan 3 ekor kambing aqiqah dari 3 keluarga yang tak perlulah wa sebutkan nama mereka, kerana mereka tak mahu glamer, sambil menyanyi, lagu Ramli S yang diubah liryk itew, "kami aqiqah bukan kerna namaaaaaa"
Oleh karena di sini, di tempat dan saat ini, kami dibenarkan membakar, maka kami bakarlah satay. Wa tak join bako ni sebab wa tak tahan asap, awwww ! ! ! hangit gitew. Wah kah kah, aleh macam la lu tak kenal wa.
Seperti biasanya, acara ini diikuti dengan pelbagai acara sampingan. Wa tabik spring la ngan mereka ni. Memacam aktiviti diisi terutama buat kanak kanak.
Haa perhatikanlah Maisarah, wa tak ingat dia menang ke idok, wa rasa idok
Amir steady baby
Beso sungguh khemah wa ini.
Oleh karena kami di UK, maka mestila ada nama ENGLAND dalam gambo khanz, kalau tak nanti tak tau lak kat mana ni.
Sibuk sungguh mereka membakar. Angkat habis angkat habis. Lambat tak merasa
Suatu ketika dahulu, wa beli sebuah layang layang di car boot sale. GBP1.00 je. Wa ingat senang, ghupenye payoh nye yeop.
Madeehah berpuas hati dapat duduk kat sini
Ada gak anak teman wa sambut hari jadi di sini, maka dapatlah ole ole sorang satu Pada ketika inilah Amir mencipta pelbagai ceta dan undang undang, demi menukar apa yang tidak disenanginya dengan apa yang ada pada Madeehah. Sep baik ada kakak menjaga khazanah Madeehah, yeehaaaa
Khemah wa yang beso tersebut dapat memberi manfaat kepada Muslim yang lain dengan menjadi tempat kami menunaikan sholat
Eh gambo wa ke ni. Jemur sikit je dah nak gelap kulit wa. Layang layang tak naik naik juga. Hampa sungguh sanubari wa
Dan upacara tak lengkap kalau tak pukul gambo beramai ramai.
Terima kasih pada sdr Izwan atas sumbangan sebahagian dari gambo ini.
Maka berakhirlah laporan praktikal wa kali ini.
1 comment:
Uish .. banyak pahala khemah tu.
Selamat berpuasa.
Post a Comment