Wednesday, 25 February 2009
Break in
Sampai di rumah wa cuba hubungi tempat keje konon nak bagi tau mereka wa lambat sikit hari ini. Wa dail banyak kali tak dapat juga. Tiba tiba wa lihat di back garden wa, ada orang berjalan. Gayanya terhendap hendap sambil melihat di kiri kanan rumah jiran wa. Pergerakannya pantas menghampiri french door belakang rumah wa.
Belum sempat dia menuruni tangga garden wa, wa ketuk cermin tingkap hingga dia melihat wa. Berderau darah wa, terfikir kalau dia terus menghampiri wa. Aksinya seperti tak ada apa kesalahan yang dia lakukan. Dia lalu angkat tangan dan berlari keluar memanjat pagar belakang rumah wa.
Macam macam yang wa fikir, hingga wa lupa sepatutnya wa boleh terus call 999. Sungguh wa tak sangka, selama ini wa rasa selamat berada di bumi Birmingham ini. Kini wa meraguinya.
Sebelum wa pergi kerja, wa pergi ke rumah jiran kiri kanan wa. Mereka suruh wa buat police report, mereka juga buat sama kerana ia juga melibatkan mereka. Sampai ke tempat keje, rakan taulan menunjuki cara buat police report. Guna telepon je. Ambil masa lebih kurang 5 minit. Langkah selanjutnya, wa mesti beli home insurans. Wa nak consider cctv
Teringat wa kepada Sopian di BBP dulu. Sebelum kami semua pulang bercuti ke kampung masing masing dia selalu akan pagar rumah dam taman perumahan kami dengan Ayat Kursi pada semua 6 dinding (depan belakang, kiri kanan dan atas bawah)
Alhamdulillah tak sempat pecah masuk. Namun akan datang wa tak tau. Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari kejahatan manusia dan jin dan dari tipu daya syaitan dan iblis. Amin ! ! !
13 tahun nan lalu
Jadi wa dah biasa jalan sendiri sendiri. Kemana mana sendiri. Wa tak perlu teman untuk membuat sesuatu. Mungkin itu yang menyuburkan jati diri WA PEDULIK HAPER dalam diri wa. Setiap yang dilalui memang suatu pelajaran. Allah menguji suatu kaum itu berdasarkan kepada kemampuan mereka.
Hidup dalam keadaan wa pedulik haper ini menjimatkan banyak perbelanjaan wa. Wa tak kisah kalau pakai baju dan seluar bundle, jahit pulak tu. Wa beli di jualan lelong di pantai Mersing. Wa tak kisah jika kasut wa koyak. Jalan dalam hujan berbunyi, mengingatkan wa akan perjalanan Rasulullah saw ke Thaif. Cuma bedanya Baginda saw berjalan dengan keadaan kasut dipenuhi darah akibat dilempar batu oleh kaum jahiliah.
Bak akan gunting rambut wa, wa tak kisah bagaimana fesyennya, biasanya pendek hampir botak. Bila Bak tak gunting, rambut wa akan panjang, dan wa bior panjang hingga Bak gunting lagi. Seingat wa hanya 3 orang pernah gunting rambut wa, selain Bak, waktu belajar di Indonesia wa gunting di belakang rumah sewa wa. Masa dah keje, wa gunting di kedai Pak Hadi, hard core PAS. Ada lagikah kedai gunting tu, ada lagikah Pak Hadi, masih samakah perjuangan Pak Hadi, wa dah lost contact.
Rezeki wa selalu murah. Udah lah murah, tak guna pulak tu. Maka wa selalu jadi banker kepada kengkawan atau siapa yang memerlukan. Ada yang bayar balik, yang tak bayar balik tu wa dah halalkan. Wa pon tak ingat lagi. Wa rasa ikut moyang wa ni, nick name dia pon Aji Lon (Loan).
13 tahun nan lalu juga menyebabkan wa agak gusar. Umur dah 25, tapi tak kahwin kahwin lagi. 4 tahun sebelum itu wa selalu sholat hajat dan istikharah, minta petunjuk dari Allah swt. Memang agak pelik, sebab biasanya orang buat istikharah bila ada 2 pilihan, sedangkan wa tak ada pilihan langsung. Memang wa bulat bulat harap bulan jatuh ke riba.
Awwww, namun 13 tahun nan lalu juga merubah hidup wa. Wa kahwin you. Sungguh wa tak sangka. Everything smooth. Bak dan Mak lah yang bersusah payah dari awal hingga akhir. Alhamdulillah mulus semuanya. Ramai kengkawan wa terkejut, tapi tak ada yang meninggal gara gara wa kahwin. Curious I you know
Maka pada hari ini, 25 Feb 2009, wa menyambut usia perkahwinan wa yang ke-13. Wa juga antara yang memilih tarikh ini kerana wa menghargai isteri wa yang sanggup menerima wa seadanya, seorang yang penuh dengan tema WA PEDULIK HAPER ini. Ia satu penghargaan untuk wife wa kerana pada tarikh ini juga adalah hari lahir wife wa
Saturday, 21 February 2009
Majlis Ilmu
Antara yang hadir juga adalah Dr Hariri yang telah pulang berkhidmat di Malaya August tahun 2008. Dari dia wa tahu bahawa 10 saat pertama adalah sangat kritikal bagi penjual kereta atau apa sahaja barangan yang dijual. Jika dalam 10 saat pertama itu pelanggan suka pada pandangan pertama, maka dia tak akan berganjak dari keputusannya untuk membeli kereta tersebut walaupon mengambil masa lama untuk mendapatkannya. Hi hi hi inilah agaknya asas peribahasa melayu pada cinta pandang pertama
Thursday, 19 February 2009
Aiman's Birthday
Tak macam dua adik adiknya, Aiman tak minta diadakan birthday party. Dia pon tau kami baru sahaja adakah majlis adik adiknya.
Aiman : Mama tak payah buat party abang. Berapa mama habis buat party Arah dan Amir?
Mama : GBP100
Aiman : Kalau gitu mama bagi je abang GBP100
Awwwww ! ! ! Terer
1998 bersama Tok Bak. Waktu ini dia selalu menangis malam hari. Tepat jam 12 malam setiap hari dia akan menangis extreme hingga ke pagi. Sewaktu dilahirkan Aiman ada cleft palate. Penyambungan soft palatenya dilakukan di University Hospital UM. Beberapa bulan setelah itu dia mula boleh menyebut perkataan ringkas
Bristol Jun 2001. Masih ingat lagikah dia waktu ini
London Eye 2001, kerana keextreman dia, wa cubit kedua belah pipi dia hingga lebam. Ketika gambar ini diambil, wa sedang kawal macho memegang dia dengan kuat, sebab dia nak turun dari gemgaman wa.
Gold Coast Australia Aug 2004.
Dream World Gold Coast
Lone Pine 2004, dia memang suka binatang sejak kecil. Waktu dia kecil dia suka lihat semut bergerak
Queensland 2004
Ming Tom Beijing Oct 2005. Masa ini dia sangat sayang dan bertanggungjawab kepada adik adiknya. Cuma gurauannya tetap extreme
Aiman mendapat tempat ketiga di sekolahnya pada 2005
Bersama sepupu dan bapa saudaranya pada hari raya 2005
2005, Kami tak pernah lupa sambut Birthday Aiman waktu di Malaya
Mei 2006 KLIA masa hantar wa ke Pittsburgh USA
Aiman Feb 2009, Harborne Birmingham England
Selamat hari lahir ke 11 Abang. Papa harap abang akan jadi lebih dewasa dan bertanggungjawab terhadap keluarga, bangsa dan agama. Amin
ucapan Ayah Cho untuk Aiman
Aiman, Happy 11th Birthday. Syukur ke hadrat Ilahi yang telah panjangkan umur. Semoga murah rezki & hati, dipertingkatkan iman & amal, menjadi anak yang sholeh & membanggakan kedua ibubapa dan adik adik
Dari Ayah Cho, T Eza, Danish, Dania dan Danial
Thursday, 12 February 2009
Sejuk
Hari ini salji turun lagi dengan lebat. Cuma tak lama. Tak ada lah sampai memutih lapangan hijau di luar sana. Wa suka salji tapi wa tak tahan sejuk. Best lihat salji turun dari langit. Berputar putar. Putih bersih je lapangan dan jalan.
Tahun ini memang lain dari tahun lalu. Seingat wa, Nov 2008 2 kali salji turun. diikuti salji yang agak lebat dalam bulan April 2008. 25 Dec tak ado lak salji. Sampai wa kata kat kawan mat salleh wa, eh patutnya lu tuko tarikh Krismas tu ke Februari. Baru sesuai.
Apa tidaknya, Krismas digambarkan dengan santa clause jalan dalam salji poie bui hadiah di corong rumah naik kete ruso. Owh tapi nape plak Krismas ado di Khatulistiwa yang memang tak ado salji khanz. Cerito apo pulak depa terpaksa reka nanti. Sapa nak jawab ni.
Tadi kawan wa tanya wa, wa suka salji ke? wa kata wa suka. Dia tanya lagi kat Malaya tak ada salji ke? Awwwww lu tak tau kah Malaya di Khatulistiwa. Eh brader, Malaya tak ada salji la, hujan banyak la.
Banyak tempat di engrand ni dilanda banjir. Teruk gak. Lepas beku dia cair pula. Semalam england kalah dalam perlawanan persahabatan dengan Spain (2-0). Wa minat gak bole, bukan apa tapi terikut bahang bola di sini.
Ceta pasal bola ni, memang gila. Lu bayangkan betapa kayanya pemain bola di sini. CR (Christiano Ronaldo) dibayar GBP120k seminggu beb wa kata kat lu. Tapi ada gak kejadian, duit tak boleh beli segala. Kaka menolak tawaran Man City (milik pak arab) dengan tawaran harga termahal dalam arena sepak bola ini. Dia sepatutnya menerima gaji GBP500k seminggu. Pergh ! ! !
Tersebut pulak pasal pak arab ni. Kayo tu, tapi heh heh heh kalah ngan yahudi. Malu sungguh. Eh cuba lu bayangkan banggunan setinggi 1 kilometer. Gilo gilo. Kalau wa kayo pon wa tak mo duduk kat banggunan tinggi seperti itew. Susah nak selamatkan diri wa kata kat lu.
hah sedo sikit ye lu all. Kita tak ado duit sebanyak itu. Nak boli petrol pon berkira. Boleh lah kita kato mereka tu gilo. Bak mai duit GBP 1 billion kalu. Ha baru tau lupo tak lupo.
Aih pening la palo den. Daaaaa ! ! !
Nota:
Nama banggunan bakal tertinggi di dunia : Burj Mubarak al Kabir, Kuwait
Cost USD 7.37 Billion
Anggaran siap : 2016
Cabaran : Membina ketinggian 3300 kaki yang kuat menahan angin pada kelajuan 150 batu sejam
Tuesday, 3 February 2009
Sun shine
London and the south-east could see up to 15cm of snow in the most widespread fall for 18 years. This winter has been the coldest for 14 years and the last time Britain experienced such widespread snow was in February 1991, when about 15cm of snow fell in London. Everyone talk about tomorrow weather. I'm not working tomorrow, so no big deal
Today I have set my mind not to deliver food to Birm U's surau. Alhamdulillah Mama had an order from Malaysian student Assoc, for GBP30. They come and collect the food from my house. All my kids stayed at home and not going to school.
But, no snow in the morning, not in the afternoon. The sun shining. Some of the snow keep melting.
Snowman, at last, after using all of the snow at the back garden
Monday, 2 February 2009
Sweet snowy
Yesterday Anas mention his history to Wan. Wan was very happy and ask if Anas wanna something from her. Awwww dengerous ! ! ! He said, he want 50 (I told you). Wan very calm say ok, RM or Pound? Anas replied Pound Sterling ! ! ! I know ! ! ! Hi hi hi so Wan have to ask around hak hak hak !
Madeehah like to play outside and don't want to get in the house. I noticed her finger was very cold. So I have to take action, bring her inside
Owh, forget to tell, Anas was not going to school today because of a fever. I'm not going to work because Anas not going to school. Mama late to school because Maisarah have to go to GP for checking her infection in the ear. And everybody have to packed their thing because the school have to close because of a bad wheather. It's believed that tomorrow will be worst.
Sunday, 1 February 2009
Anas Khatam Quran
Demikian berita hari ini