Friday, 2 November 2007

I'm new

Aku baru dalam blog ini. Aku taklah malu. Tapi aku tak tau bagaimana memulakannya

Aku tahu apa itu blog. Aku terkesan dengan blog Allahyarham Mr D dan keluarganya. Dari situ aku kenal rakan rakannya.

Ada baiknya juga aku punya diari @ blog aku sendiri. Mungkin satu hari nanti anak anak dan cucu cucu aku boleh mengetahui apa yang aku jalani saat ini. Baguskan idea ini.

Hari ini 2 Nov 07. Aku rasa sangat letih. Isteri aku call kata visa dah siap. Dia ambil aku di pejabat, lalu kami terus ke Wisma MCA Jalan Ampang KL. Kami sampai jam 5 petang. Setelah sholat Asar aku jumpa isteri aku di tingkat 19.

Visa dah siap, tapi hanya isteri aku sahaja yang lepas. Aku dan 5 anak aku tak dapat visa. Alasan penolakannya kerana masalah kewangan.

Kawan aku pon menghadapi masalah yang sama 3 minggu lepas. Dia mohon rayuan, dan dapat. Tadi aku telefon, mereka baru sampai di Birmingham. Alhamdulillah, dah hampir sebulan dia dan anak anaknya berpisah dengan isterinya. Mungkin raya tahun ini paling sunyi buat isterinya yang beraya sendiri di Birmingham.

Penatlah. Rumah dah kosong, kereta dah jual. Barang dah pack. Keperluan dapur beli sedikit sedikit. Dah dekat sebulan kami hantar permohonan. Setiap hari menunggu jawapan. Baru hari ini tahu visa tak dapat. Dah anti klimaks dah ni.

Nasib baik aku masih bekerja. Jika aku dah berhenti kerja, gaji pon tak ada lagi. Anak aku dah pon berhenti sekolah. nak masuk sekolah semula mereka dah malu.







Bahagian depan rumah


Dapur basah




Dapur kering




Bilik tidur utama, jadi bilik aku lah ni



Inilah rumah aku kat sana. Sewa dah bayar sejak October lagi. Tapi kami masih di Malaysia. Isk isk ... dekat RM5000 sebulan tu. Kalau kat Malaysia banyak benda aku boleh buat.

Aku nak sangat jadi HUMBLE. Mulai sekarang aku nak tukar nick aku kepada HUMBLE lah. mana tau selalu sebut akan jadi kenyataan.

Oh ye anak anak dan cucu cucu, masa muda Atok HUMBLE suka tukar kereta. Hi hi hi berangan jadi atok pulak. HUMBLE cerita mengenai kereta HUMBLE pula. Kat memana di Malaysia sekarang ni, kerta menjadi satu keperluan. Lainlah kalau di Mainheim atau belahan dunia sebelah barat tu. Pengangkutan awamnya efektif. Lagi pon sejuk, tak berpeluh. Cuba bayangkan kalau di Malaysia HUMBLE pergi kerja kayuh basikal. Pergh ... tak sanggup nak cerita


Maka tak salah lah kalau HUMBLE suka kereta. Pertama Honda Civic (1998). Best kereta ni. Tapi lepas HUMBLE tukar ke Mercedes, (1999) rasa Mercedes ni mantap. Lepas tu HUMBLE tukar lagi ke Mercedes lampu bulat (2002). Akhirnya HUMBLE guna Volvo S40 2.4i (2005). HUMBLE sangat confiden dengan kereta ini, hinggalah HUMBLE terlibat kemalangan. Bukannya HUMBLE tak biasa kemalangan, Honda tu 3 kali masuk kedai ketok. Cuma kali ini agak teruk.








TOTAL LOST !!!. Alhamdulillah HUMBLE ok. Senak sikit kat tulang rusuk kanan. Kejadian ini berlaku pada 16 Mei 07. Sejak hari itu hingga sekarang HUMBLE tak ada kereta. Pergi balik kerja isteri HUMBLE yang hantar dan jemput. Kebetulan pulak tu.

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ