Wa balik keje awal hari ini. Sepatutnya habis jam 10 malam, tapi banyak operation theatre tutup. Jam 7:30 PM dah sampai rumah.
Maka bergegaslah wa masukkan barang ke dalam kete. Lalu kami berangkat ke Egham jam 8:50 malam. Dengan iPhone, wa boleh menjejaki kedudukan pesawat AirAsia dan mendapat maklumat terkini penerbangan. Kami sampai Egham lebih korang jam 10:45 malam.
Seperti biasa, kami makan dulu, awwww. Lepas tu wa sholat jamak qasar Maghrib dab Isyak, lalu wa, wife wa dan abg ipo wa ke Stansted Airport. Pesawat sampai awal 15 minit dari jangkaan asal walaupon mengalami kelewatan penerbangan di LCCT KLIA selama 30 minit.
Kami sampai di Stansted jam 1:15 pagi. Mereka juga baru lepas dari imigresen. Tak ketat pon pemeriksaan mereka. Semua barang kiriman selamat kami terima. Antaranya hadiah hari jadi wa, dari adik adik wa, Qin bagi wa RM50. Cho bagi wa baju melayu, awwww boleh lah wa laram raya tahun ini. Ibu sedara kirim surat, gambar, makanan termasuk 50 keping roti canai. Ma kirim milo dan pelbagai makanan lain. Terima kasih semua. Moga Allah swt membalasnya. Kami sampai Egham hampir jam 3 pagi
Pagi nya wa hantar Yazid ke stesen keretapi untuk ke London, mereka nginap di London hari ini. Balik dari hantar mereka wa terus tido baik punya. Penat baby wa kata kat lu
Bangun tido wa pegi idopkan road tax kete baru wa, £190 setahun hingga 31 May 2010. Wife wa kata tayo kete biru wa lembik. Ingat kurang angin sebab 2 minggu tak pandu. Ghupenye, pancit sebab ada paku terpacak kat tayo kete tu. Alamak ai. Maka sekali lagi abg ipo wa pening kapla, mana mau cari kedai buka petang ini. Esok nak ke Paris pagi pagi.
Pikior punya pikior, wa teringat akan RAC. 15 minit lepas call, lori RAC sampai, naik sikit la rate wa terhadap RAC ni. Depa pon tak boleh nak tampal tayo tu, depa cuma letak gam pada screw dan screw kat tempat paku tersebut. Wa kena tuko taya baru.
Maka dengan itu, perancangan awal kami terpaksa dirubah. Memulanya kami nak ke Paris 2 kete, 14 orang semuanya, termasuk keluarga Yazid. khirnya, Yazid terpaksa jalan sendiri ke Paris ikut eurotrain sedangkan wa, wife wa, Maisarah, Amir, Madeehah, Tok Bak dan Wan naik satu kete, guna euro tunnel. Aiman dan Anas terpaksa tinggal
2 comments:
kalau kat malaya dulu, tyre masuk paku sikit jer lu dah tukaq empat empat tyre tau.ngapa tak buat kat sana?kesian anas ngan aiman tak blrh ikut.tak pe nanti ayah cho dtg sana kita pi Paris k.kalu danish kata 'banyak duit tok'....dah tgk gambaq danial tak?apamacam?
kat sini pon wa tukaq 4 gak tapi staged. Cuma yang memeranjatkan wa harga tayo di London dan di Birmingham jauh giler. Kat Birmingham wa boleh guna tayo budget at £30 sebiji, kat London (KWIKFIT) depa caj wa £92 satu, pengko kaki, pino mata wa saat mengetahuinya
Post a Comment