Selepas wa anto Dr A ke station keretapi New Street, maka kami sekeluarga bergegas ke Cannock Chase. MCIB menganjurkan majlis BBQ pembuka musim panas. Acara ini berlangsung saban tahun melibatkan pelajar PhD dan keluarga mereka. Biasanya acara ini diadakan 2 kali iaitu pada pembukaan dan penutupan musim panas
Nasi Chap Ayah dan Anak
Tang bakar sate ini adalah tang yang wa selalu tewas, pedih mata gitew. Maka wa respek pada mereka yang lama bertahan duduk di sini
Kanak kanak ada banyak aktiviti yang dianjurkan oleh kaum ibu. Hadiah disponsor oleh MCIB dan student yang kayo
Kali khanz lu all, penganjur menyewa bouncy castle beso. GBP100 sehari. Buat bisnis ini kat Malaya boleh jalan kah? RM500+++ tu bro ! ! !
Tahun lalu lah bermulanya umat Melayu Birm ini membeli khemah, dimulakan oleh, ehem wa lah baby. Last year memasing masih bersusah payah memasang khemah. Kali ini dah biasa gamaknya, sonang yo pasangnyo
Makanan sangat mewah. Kambing disumbangkan oleh aqiqah dari 3 keluarga. Aktif mereka ini awww ! ! ! Tahniah diucapkan untuk mereka yang menerima ahli keluarga baru. Moga murah rezeki, panjang umur, kuat tenaga, sihat tubuh badan untuk beribadah kepada Allah swt
Seperti biasa, wa phon buka khemah. Alhamdulillah, khemah wa ini telah menjadi surau buat kali kedua. Wa ske you know.
Maka inilah warga ensem Birmingham yang hadir pada hari tersebut. Turut hadir adalah Ustaz Elfino dari London. Alamak, lupa wa jawatan beliau di MSD. Tewas tewas
Ini adalah salah seorang bayi yang telah diaqiqahkan. Namun brader yang pegang bayi tersebut bukanlah papa kepada bayi tersebut. Beliau ini dah lama tak pegang bayi. Wa rasa tentu dia teringin sangat untuk menimang cahaya mata baru khanz lu all. Lihatlah sinar hidung beliau itu.
Kaum ibu tak mau ketinggalan. Nak berfoto juga. Tapi khanz lu all, mereka inilah yang bertungkus lumus memasak you, wa kata kat lu.
Menu utama adalah sate. Kali ini wa akui ia sedap. Wa memang tak berapa gemo makan sate. 1 atau 2 cucuk dah cukup lah buat wa.
Salah 3 orang dari mereka yang hadir. Kalau ada khemah boleh me lay park dalam khemah. Kalau tak kena jadi macam mat salleh, berjemur gitew, awwwww ! ! !
Saat ini adalah saat mereka menunggu pemberian hadiah acara sukaneka. Di akhir acara semua kanak kanak dapat sagu hati.
Inilah naquib kami (sebelah kiri). Tak lama lagi dia nak balik dah. Yang sebelah kanan tu PhD student, masih bujang. First degree di Jepang. Terer cakap Jepang
Begitu lah sekadar sedap rasa catatan wa pada kali ini. Dzaaaa ! ! !

No comments:
Post a Comment