Ayo mana boleh jadi, dah dekat dengan rumah wa, tak singgah, ini merupakan satu keterujaan yang hampir merudum. Lalu wa buat keputusan mendadak. Wa call opis wa, kata wa cuti ini hari. Wife wa pon terpaksa balik keje awal. Lalu meluncurlah wa dan wife wa ke Egham. Anak anak wa tinggal dengan Wan dan Tok Bak.
Misi ke Egham diselitkan dengan penghantaran barangan car boot Umi Aqil. Dari jauh telah ku khabarkan bahawa kami akan singgah rumah Anne Oshin untuk makan malam gitew. Lepas sholat maghrib, meluncur lagi ke Gatwick.
Inilah pertama kali wa sampai Gatwick. Heathrow sudah, Birmingham Airport sudah, Strensted pon sudah, maka Gatwick menjadikan siri lawatan wa ke lapangan terbang di UK yang ke empat. Lepas ni wa tak tau lah ke mana lagi airport yang akan wa kunjungi.
Flight tergendala. Akhirnya dekat jam 12:30 malam baru kami keluar dari airport. Berhenti kejap di Mc Donald. Kena kopi sket. Untuk makluman, setelah jam 12 malam, Mc D hanya serve di drive through counter.
Sampai Birmingham dekat jam 2 pagi. Wa kata kat Wan kami sampai jam 11 malam. Jadi Wan dah siapkan makan malam. Jadi kiranya kami bersahur lah pagi itu. Lepas sholat subuh, baru tido
Esok paginya, pagi pagi lagi mereka dah keluar rumah menuju car boot sale. Wa sambung tido, penat baby, wa ceta kat lu. Lepas balik dari majlis penganugerahan sijil tamat sekolah Malaya Birmingham, kami ke Stoke on Trent pula. Di khabarkan ada diskaun 50%. Tapi wa telek telek, tak sehebat boxing day. Namun bagi mereka yang bukan senang nak datang semula ke Stoke, terpaksalah beli juga. Walaupon begitu, ia jauh lebih murah lah kalau nak banding beli di Malaya
Tak puas hati dengan car boot sale hari Sabtu, maka kita ada lagi ar boot sale hari Ahad. Depa (depa lagi) wa tido wa kata kat lu. Wa rasa sangat berbaloi perbelanjaan mereka kali ini.
Yang jadi wa teruja sangat nak bawa mereka ke car boot sale ini adalah kerana wa kira mereka sengsara gak lah belanja di Benua Eropah. Amsterdam wa rasa, ok lagi, tapi Norway, mak datok, mahal baby wa kata kat lu. Secawan kopi pon 5 Euro.
Ini adalah spot fofuler tetamu wa lah. Lagi pon, wa tak ada spot menarik yang lain. Tak khanz nak bergambo dalam bilik air pulak khanz. (hi hi hi, yang tersirat, nak kata, bilik air wa changgih, awww ! ! ! )
Hari ini, Ahad 26 Julai, mereka ke London, ada satu lagi appointment. Banyak sungguh appointment beliau. Wa dengo pon letih, apa lagi depa yang melaluinya. Tapi, pepatah mengatakan alah bisa kekal biasa.
Begitulah kunjungan singkat mereka ke rumah wa. Wife wa hantar mereka ke stasion kereta (api), sebab wa kena tunggu rombongan penghantaran barangan ke Malaya tiba
Zasss ! ! !
2 comments:
airport baru di London? Strensted?
hi hi hi wa paham wa paham wa salah eja. STANSTED gitew
Post a Comment