Thursday, 23 July 2009

SAWAL dah sampai Malaya kot

Hari Ahad lalu, Sawal datang rumah wa dari Southampton. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Laju tu wa kira.

Rupanya anak dia, Syafiq kata kat dia, sebelum dia balik Malaya for good, Syafiq nak jumpa kawan dia di Birmingham, Amir, anak keempat wa.

Lihatlah kengkawan, kanak kanak pon pandai berkawan. Ia adalah fitrah manusia dan seluruh makhluk ciptaan Allah swt. Fitrah manusia dan makhluk Allah swt, adalah persaudaraan. Ia ikhlas. Namun manusia itu sendiri yang menambah ramuan agar ia menjadi bertentangan dengan fitrah makhluk ciptaan Allah swt

Wa kenal Sawal ni melalui alam maya. Sebelum wa datang UK lagi. Sungguh wa sangat menghargai persaudaraan ini. Terima kasih Sawal, Anom n Co kerana sudi menerima wa n Co seadanya. Insya Allah kita akan jumpa lagi di Malaya atau di belahan dunia yang lain.




Bertolak dari Soton jam 11:30 pagi, 1:30 tgh dah sampai rumah wa



Gulai Johor tu wa ingat Wan yang masak sebab rasanya memang terangkat. Ghupenya, wife wa yang masak. Tahniah lah anak murid Wan pon dah terrer gitew


Terkadang wa tak faham butir habuk kata kata Madeehah yang berabuk rabuk ini.


Owh, inilah puteri Sawal dan Anom. Sihat walafiat. Baru 2 bulan



Anom depan susunan buku anak anak wa yang banyak itu. Rajin wa beli awwww. Cuma wa rasa hanya Madeehah yang rajin nak baca. Hingga wa pon penat nak bacakan kat dia. Sebab dia suka tambah ceta pada ceta yang wa baca. Udah lah dia rajin tambah ceta, dia mesti pastikan wa dengar tambahan ceta beliau itew




Last time gambo ka sini gak. Wa hajat nak keluo, tapi kat luo tu sejuk. I tak tahan sejuk you know





Sebelum dia balik, sempat wa snap kete dia. Erm ... patutlah singkat je waktu driving dari Soton, kete dia pon dasat. Berdezuppp ! ! !






Selamat Jalan Sawal n CO. Insya Allah jumpa lagi. Sedih pulak rasanya. Tak lama lagi cibil dan kawannya di Lancester lah kot pulak datang, mungkin drive SLK500 awwww, lagi berdezuppp ! ! ! Hati hati memandu. Jangan bawa lelaju. Thak bhaek







3 comments:

Unknown said...

S Class tuuu....so bila lagik?????

Dentist and Me said...

bukan S Class, E240 yr 2004 kot. Wa lambat lagi. the fulus belum sampai seru

CheWal said...

thanks doc sbb buat entry mengenai kepulangan kami ke Malaysia.

sorry lama tak menjenguk ke blog. Ini pun sbb dah lama tak dengar cerita doc. biasanya boleh baca di KBR...

semoga jumpa di Malaysia nanti. dan terima kasih for the great hospitality.

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ