Saturday, 11 July 2009

BBQ Summer Private

Beberapa purnama nan lalu, kami geng Selly Oak, (wa sebenarnya Harborne, tak masuk pon Selly Oak) telah bersetuju untuk buat majlis BBQ summer ni. Oleh kerana dikatakan bahawa rumah wa punyai laman belakang nan luas, maka wa telah dipilih untuk menjadi host.

Jadi khanz you, wa phon sarankan lah nak buat birthday party untuk anak wa sekali. Namun cadangan wa tak diterima gitew. Maka jadilah majlis BBQ Selly Oak ketika itu bubar, dan digantikan dengan majlis hari jadi anak wa sahaja.

Kami masih lagi terngiang ngiang akan BBQ summer Selly Oak ini. Puasa pon dah nak dekat. Sedangkan Summer makin ke penghujung. Raya nanti tentu sibuk dengan open house pulak. Maka wa sarankan, kita buatlah BBQ ini. Seorang £10.

Kejap jadi kejap tak jadi. Jadi tak jadi jadi tak jadi, hingga Khamis lalu, kami sepakat kata tak jadi sebab ramalan cuaca hujan. Wa khanz lu dah beli kelengkapan. Tak khanz bior gitu jek khanz lu. Maka Jumaat petang saat ambil anak anak wa di sekolah, wa kata esok siapa nak mai, mai lah, siapa tak nak mai, tak akan di chop pembangkang, awwwww ! ! ! No more £10, just pot luck

Orang kuat yang menjadikan acara tersebut adalah Abg Wahab. Thanks Abg Wahab dan isterinya Kak Ana. Teman sepemergian wa ke Holland Mac lalu. Lagi pon abg ipo wa datang dari Egham hari ni.

Thak sangka pulak ramai yang datang. Acara secara pot luck. Maka makin ramai yang hadir, bermakna makin banyaklah makanan gitew. Jadi cukup tak cukup tu tak jadi hal.



Balik sekolah Malaya wa baru nak beli arang. BBQ set pulak sampai lambat sebab Abg Wahab lambat sampai. Memula hujan, agak lebat. Tapi lepas tu terang nyaman. Tak panas, tak juga dingin. Molek sekali cuacanya. Yang menghidupkan api Tok Bak. Pakarnya Azli turut sama membantu gitew



Gagah tangan tu. Timbul urat tu.


Nasib baik api hidup. Tak guna starter phon. Guna kayu buruk pago rumah wa dan kertas


Maka batch pertama dibakar lah. Wife wa dah bakar dah dalam oven, sebab takut hujan dan tak boleh nak bakar di luar. Jadi atas ni cuma perhangat je, kasi garing, krup krup



Ayam bersama salad rumput. Hi hi hi jangan percaya, ni camera trick





Lamb




Chicken






Girls






Boys








Kids






Smile






Father's love and caring




One more




Mother's ehem




Owch again father and the kids




Men




Which one boy?




Owh Semalam birthday Tok Bak, esoknya pula birthday Abg Wahab. Maka hari ini Kak Ana surpricekan Abg Wahab, hi hi hi thanks Kak Ana, Tok Bak dapat tumpang sekaki




Photographer. Sony ! ! ! Ada hasil pukul gambo SONY Thak lu?



Dalam mana mana majlis seperti ini, peluang berbincang adalah sangat luas terbentang. Kalau tak ada acara seperti ini, susah kita nak bertemu muka. Alhamdulillah, silaturahmi dapat dipereratkan lagi. Terima kasih semua yang hadir, termasuk gerombolan kedua yang datang agak lewat terdiri dari Adeeb, Pok Nik, Muz, Rashidi dan Nidzam dengan keluarga masing masing. Tak dapat hadir, Rahim, Azhar dan Azhar, Shahir dan Gucy. Kepada keluarga lain, yang berada di belahan lain Birmingham ini, wa tak mampu lah nak jadi host semua kali ini, ramai you.


















6 comments:

Unknown said...

Waaa seronoknya.. ngaper tak di post kan sedikit ayam BBQ tu ke Ipoh?

CS said...

Beliau memang THM .. M = masin!

Dentist and Me said...

Why Ipoh?

Unknown said...

oooo. Sebab kiter kat Ipoh dan kiter sedang kelaparan.. adush.. kejamnya kamu! :P

Unknown said...

salam bro tahniah kao dah makin maju sekarang....
masih ingat aku taufik kawan yg duduk kat sebelah meja kao masa form 2 & 3 ni email aku mohdtaufik2008@yahoo.com

Dentist and Me said...

Taufik, siapa tak ingat. Insya Allah sampai mati pon wa akan ingat. Banyak ooo kenangan di SMSM tersebut. macam mana lu boleh dapat blog wa ini?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ