Kalau memandu dalam snow ini, kena lebih berhati hati. Sebabnya licin cik Kiah. Kalau cik Kiah nak tau, masa snow baru turun tak berapa bahaya sangat, tapi bila ia mencair dan membeku, ia jadi sangat bahaya. Bagi cik Kiah yang dah berada di negara snow ini, kira dah tau lah. Namun kepada cik Kiah di luar negara bersnow ini, mungkin tak dapat bayangkan lagi keadaannya, kesian khanz kat cik Kiah cik Kiah tersebut.
Hari ini wa keje dari pagi terus hingga malam. Jam 4 dah malam tuan tuan dan puan puan. Patutnya wa balik jam 10 malam, tapi kerana tiada lagi pesakit yang memerlukan porter, maka wa balik jam 7 malam.
Terkejut gak wa melihat jalan ke kereta wa dipenuhi salji. Tebal gak. Krup krup bunyinya bila wa pijak. Kereta wa dipenuhi salji yang baru turun, belum mengeras lagi, jadi senang nak kuak buang.
Start kereta nak jalan tayar memusing. Maka tahulah wa bahawa wa kena jalan perlahan lahan. Keluar dari hospital, jalan jem. Wa pon tak berani nak pandu kereta pada kelajuan 100 batu sejam. Maka wa pandu <20 batu sejam je. Itu pon sebab wa lihat kereta lain pon pandu selaju itu sahaja. Licin beb, wa kata kat lu
Alhamdulillah wa selamat sampai di rumah. Wa parking kereta tepi jalan je sebab tak boleh masuk driveway rumah wa. Tayar mutar. Sampai rumah, Aiman sambut wa dengan kueh yang dia buat bersama mama dia hasil dari rancangan memasak tv dikelolakan oleh Gordon Ramsey. Erm sodap wa kata kat lu. Thak sangkha mereka terer membuatnya. Lepas ini boleh lah buat lagi. Disertakan photonya.
Prirng Portmeirion, £1 satu. Harga oder lain, tapi wa thak ambik oder ye tuan tuan dan puan puan.
3 comments:
Wa ingat nama kueh tu TEBAL sementelah terpandang foto tersebut. Owh, yg tebal adalah salju rupanya. Wa nak teka apa nama kueh tu wpun lu tak buat apa2 quiz. Adakah kueh itu sedara sepupu minced pies?? Kueh jenis nih memang femes tatkala hari Natal (Natal ya bukan Gatxx).
BTW, wa terperanjat gak bila baca nama 'tebal' dlm blog lu sebab apa tau? Sebab kawan anak wa nickname dia is tebal sbb he's so chubby. Hehehee, kelakar kan?
Yes cik Som, nama dia Minced pies. Tapi kerana ia di 'roll'kan maka nama dia jadi minced roll
sedapnyer....mince pies...
Post a Comment