Monday, 8 November 2010

Keje

Pagi hari ini, wa bergegas ke New Street Birmingham. Tiket ke Mancherter Picadilly jam 9:31 AM. Berlari gak la takut tak sempat kejo keretapi. Sampai di Platform 7b, keretapi tunda. Almost 1 hour. Udah le suhu bawah 5 derajat celsius. Angin kat platform tu punya lah kuat. Gigil wa dibuatnya

Dapat tempat duduk ada meja dan soket eletrik. Lalu wa caj iPhone wa. Bateri dah nak kiok. Buka iPad, signal kejap ada kejap tak ada. Tak boleh lah nak buat keje. Keje apa? Layari internet la. Wa nak oder insuran untuk kete yang wa nak ambik kejap lagi ni. Tension jek. Akhirnya, bagi kat teman yang menemani wa, Ustaz Y. Hi hi hi bawa Ustaz ni bagusnya, senang nak tanya kemuskylan agama. Lagi phon, doa dia maqbul.

Wa tak bersarapan. Bukan tak ada sarapan yang wife sediakan di pagi hari tu. Cuma, malas nak ke toilet. Kat sini toiletnya bukan macam di Malaya. Tak selesa la.

Kereta api ni, best, very quiet dan rasa macam tak ada gegaran phon, tapi apa guna best, kalau tertunda. Lu ingat kat Malaya je ke selalu delay ni. Kat sini pon selalu (jarang sebenarnya) delay la. Jadi proud with your LRT kay, har har har. Bukan masalah tertunda sahaja, ada masalah lain lagi akibat tertunda. Dah lambat, jadi tak boleh masuk stasen. Kena la tuko pulak kereta api lain di tengah perjalanan.

First sampai stesen Manchester Picadilly, wa akui bahawa stesennya agak canggih. Lebih canggih dari stesen kereta api Edingurgh. Sayang seribu kali sayang, wa tak punya banyak masa. Wa kena kejo masa akibat penundaan lebih kurang sejam di Birmingham tadi. Tujuan wa adalah ke Hale. 20 minit dari MP. Naik kereta api guna kuasa diesel. Rasa gak la betapa sengsaranya enjin disel ini bertungkus lumus menarik gerabak.

Sampai di Hale. Makin sejuk. Tak tahan sungguh. Lama gak menunggu mat salleh yang patutnya menunggu wa di stesen kereta api ini. Wei copek sikit la, den dah sojuk gaban dah ni. Hujan pulak tu.

Poie bank, setel bayaran. Poie rumah dia, ambik kete terus chow. Ustaz Y keje jam 3:45 ptg. Melepas wa nak poie makan di Al Jazira, Manchester. Perut punya lapo. Bila sojuk sojuk ni, memang la kita akan cepat rasa lapo. Redah gak la dalam lapo, dalam hujan.

Nasib baik kereta cantik, superb condition. Hingga lupa pasal lapo sebab best bawa kete ni. Macam baru. Owch lufa. It’s a Mercedes Benz CLK 200K. Mileage baru 28k. Sampai rumah terus siap sedia untuk poie keje. Itu pon masuk lambat, jam 5:30 petang. Makan dulu lah khanz. Maghrib jam 4:30 petang

Malam ni sepatutnya wa ke rumah Ustaz Zuan. Ada majlis bacaan Yassin dan sholat hajat. Ibu Ustaz Zuan nazak di Terengganu. Tapi wa tak pergi sebab balik keje lambat dan letih.

Begitulah cerita wa hari ini.

2 comments:

CS said...

Salam Doc Aji

Wa dah siap komen on your latest entries. Apsal jarang2 menulis??

Ni haa, wa nak nasihatkan sket. Harap jgn abaikan, okay??

Jangan pergi kerja lewat. Tapikan tapi .. FUN juga bila diorang salah bet, har3.

Dentist and Me said...

Salam Kak Com

Nasihat diterima. Wa jarang menulis sebab tak ada masa depan komputer. Kalau ada depan komputer phon, wa baca email dan FB je. Dan baca laman web pro kerajaan gitew. Masuk gak web pembangkang, tapi geli geleman nak baca. tak masuk akal gitew, har har har

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ