Harap semuanya berbahagia hari ini dan hari hari seterusnya. Petang nanti wa akan Insya Allah hadir ke majlis ilmu teman wa di sini. Nama dia Bahagia. 2 minggu lepas wa kirim barang 10 kotak melalui kontena 40 kaki nya. Mula harga sekotak beso £10, tapi masa nak naik kontena, harga dah naik, jadi £15 pula. Opps, jangan lufa, ada caj tambahan untuk kos memunggah. Semua orang dah berniaga sekarang ini.
Wa renung kembali kejadian pada malam Khamis lepas. Wa masuk keje malam. Ghupenya, gaji wa tak masuk sebab wa terlufa menulis nombor pekerja wa. Semalam masa wa ke tempat kerja, wa dapati time slip wa telah tiada di situ, harap seseorang yang bertanggungjawab telah mengembalikannya ke opis untuk urusan gaji wa minggu depan. Amin
Adik ipo wa datang rumah semalam. Pagi ni mereka ke Stoke-on-Trent. Nama lebih popular, Portmeirion. Sebab kat situ ada outlet Portmeirion, Wedgwood, dan Royal Doulton. Sale bermula hari ini. Kakak ipo wa phon pergi ke sana hari ini dengan rekan rekannya seramai 8 orang dari Egham. Aunty ipo wa phon berangkat dari Cambridge pagi ini.
Deringan phone wife wa phon sibuk sekali di terima dari rekan rekannya bertanyakan perihal Portmeirion. Hingga aunty wa dari Kay Ell phon memesan sedikit, (2 kotak khot) barangan Portmeirion. Hingga jika ada antara kita nak kenal orang Malaysia di UK ini, dinasihatkan agar pergi juga ke Stoke pada hari ini.
Cuma vice chanselor Unibesti di Malaya tak usahlah buat program perjumpaan dengan pelajar Malaya di sana hari ini, walaupon bagus gak bagi mereka menyelam sambil minum air, sebab ramai sekali pelajar Malaya berada di sana ketika ini, cuma dikhuatiri mereka tak layan punya.
Sebagai suami yang baik hati, wa tak pegi la. Wife wa je yang pergi dengan adik ipo wa. Ustaz Y phon tak pegi, dia hantar isteri dia je ikut wife wa. Agar wife wa dapat berbelanja tanpa gangguan, wa duduk je kat rumah menjaga anak anak wa.
Lepas sarapan, wa dan Ustaz Y pergi la ke pasar beli buah buah dan sayur. Bhaek sungguh wa khanz. Balik dari pasar, sholat Zohor dan ngadap MBP* ini.
Namun tuan tuan dan puan puan, sedang wa berada di depan MBP* ini, wa terima satu SMS dari wife wa. Aduh ……. longlai wa.
BUNYI SMS wife wa
Dah beratur untuk masuk kedai, 2 jam setengah. 1 jam lagi baru boleh masuk kedai kot. Makan la apa yang ada dulu ye. 13 Nov 2010 14:30
Khar khar khar. Nasib bhaek sungguh wa thak pergi. Wa kira adalah 16.95 kali lebih bhaek bagi wa berada di rumah dari wa beratur 3 jam untuk masuk kedai sahaja. Belum pilih barang, apa lagi beratur nak bayar pula.
Tarik nafas panjang, hembus. Jangan ketawa, thak bhaek. Kawal sikit macho wa tu. OK OK OK. Keadaan terkawal, wa phon kembali macho seperti biasa. Walau phon sheksa nak kawal macho sekarang ini, namun wa berjaya, not too bad mate
Madeehah ada birthday party petang ni. Maka wa la yang kena hantar dia ke birthday party kawan dia tu. Mereka buat di Thumble Jungle. Bukan dalam hutan, dalam banggunan, ada banyak konsep taman permainan dalam banggunan di sini, Ia menjadi lokasi popular majlis hari jadi ini di sini.
Aiman telah mengambil tempat memasak wife wa. Terpaksa la sebab kurang arip bila wife wa akan sampai rumah petang ni. Namun semua dah tersedia, wife wa dah prepare, tinggal masuk dalam oven je. Owch yer, microwave terbakar. Kena beli microwave baru. Insuran kereta nak habis next week, kena renew. Ada niat berbelanja lagi gitew. Sabo sabo.
Adik wa nikah pagi semalam. Selamat Pengantin Baru Enn. Moga panjang umur, murah rezeki dan dikuatkan iman. Amin
Dzaaaa
Nota bena
MBP* = MacBook Pro
2 comments:
Salam Doc Aji,
Lama betul wa tak jenguk umah lu nih. Sementelah wa tgh berehat ni wa pun jln sana-sini. Terliur wa dengo sale RD bagai nih. Kegemeraan English wa teruji. Nak kirim bila lu nak balik nnt boleh ahakkkssss...
Salam Yg Bhg
Bole bole, wa bawa kontena 40 kaki. start your list today
Post a Comment