Wa mendengar keluhan dari owang itew tentang betapa thak bestnya beliau beratur panjang dan tak dapat beli apa yang beliau mahu. Maka Ustaz Y cadangkan untuk pergi semula ke Portmeirion Isnin dek kerana khabar burung mengatakan bahawa stok baru akan sampai Isnin. Plan bhaek itu mengusulkan kami pergi semula Isnin pagi setelah hantar kanak kanak ke sekolah
Namun, dek kerana pelbagai rintangan, program dibatalkan. Diberitakan bahawa isteri Ustaz Y tak boleh tido disebabkan pembatalan aktiviti yang telah dirancang dengan begitu semangatnya.
Maka tepat jam 9:10 pagi Ustaz Y talipon wa. Jom pegi Stoke? Wa tanya bila? Dia kata sekarang. Har har har. Lalu berangkatlah kami berlima, termasuk Madeehah ke Stoke-on-Trent
Perjalanan yang sama jauhnya itu begitu lambat rasanya bagi isteri Ustaz Y. Hi hi hi isteri Ustaz phon terancam dengan Portmeirion. Saat sampai, jualan baru di unload. Luar marque lengang. Eh tak ada sale ke hari ini. Kereta tak sempat parking lagi, wife wa dan Ustaz Y dah pon keluar kereta. Sekali kerdipan mata, mereka sudah tak kelihatan lagi, awwwww, ninja gitew
Dalam marque, orang beratur, tapi masih boleh berjalan. Wife wa, seperti biasa selalu advance, grab troli dulu. Wa sampai, keje wa tunggu troli je la. Bagus sebab tak yah keluo duit, dalam hati wa. Terus masuk barisan untuk bayar. Beratur untuk pembayaran begitu lama. Jadi sambil beratur, sambil hangkot barang yang nak beli.
Akhirnya dekat sejam beratur nak bayar, barang dah penuh troli, maka wa phon angkat kaki. Dengan harapan, wife wa la yang meneruskan ke kaunter. Lalu wa keluar marquee, jalan kat kedai dia, ada gak diskaun tapi 15% jer, dalam marquee masih ada lagi barangan berharga £1.
Wa kira dah lama dah wa jalan jalan, wa ingat dah bayo lah. Ghupenya tak bayo bayo lagi. Lastly, wa jugek kena hulur visa debit. Nasib badan. Dalam kete, terus wa penat.
Pagi ini adalah hari Raya Aidil Adha. Maka wa ucapkan Selamat Aidil Adha. Maaf zahir batin. Sholat sunat raya di Muath Centre. Yang lelaki je pergi. Keluarga wa, keluarga Ustaz Y dan Azli. Sempat gak la bergambo depan mesjid. Balik sholat pegi rumah Jurie Kak Asmah. Makanan mantap. Lepas tu wa balik rumah main PS3. Wife wa dan anak perempuan wa, pergi rumah Kak Suzie hantar makanan sambil melawat anak anak Kak Suzie. Dia dan Abg Syed, menunaikan haji. Moga segala urusan mereka dipermudahkan Allah swt
Petang, Aiman dan Anas pegi tuition, Wa duduk rumah lagi jaga 3 anak wa yang kecil. Ada jemputan di rumah Arif, wa tak pegi juga. Sebab wife wa pergi terus dari tempat tuition Aiman dan Anas.
Malam, isteri bos wa datang rumah. Bos wa jet leg, dah terbaring di rumah dia tak dapat datang.
Begitulah kesibukan wa hari ini. Har har har duduk rumah phon sibuk. Hari ni wa tak keje.
Taraaaa
No comments:
Post a Comment