Hari tersebut adalah hari Khamis. Minggu lepas kami gagal memperbaharui visa kami disebabkan kurang satu surat. Hari ini, appointmentnya lebih awal, jam 11 pagi. Anak anak wa semuanya diarahkan memakai baju sekolah. Jika urusan cepat selesai maka mereka akan terus ke sekolah
Kami sampai awal di home office Solihull (http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/studyingintheuk/) 10:30 pagi. Tak berapa lama nombor giiran wife wa dipanggil. Wa menunggu dengan tenang. Berbekalkan iPad, wa buat keje gitew. Tapi tak lama, Madeehah kidnap iPad wa. Lebih kurang 15 minit, wife wa keluar. Senyum. Alhamdulillah, 10 minit lepas tu semua kami dipanggil untuk cap jari biometrik. 10 jari setiap orang kecuali Madeehah sebab bawah 6 tahun.
Ia tak habis di situ. Untuk mendapatkan surat mengatakan bahawa permohonan panjang visa kami diterima mengambil masa 1 jam setengah lagi. Wa lapar. Semua anak anak wa pon dah lapar. Tiba tiba, wife wa nampak kedai makan, halal pulak tu. Maka kami phon apa lagi. Makanla, baby
Wa malu, jadi wa ambik ni je dulu. Kemudian tu semua benda wa rasa. Buffet lunch, £6.50 sorang, kanak kanak separuh harga
Madeehah makan keropok udang je. Baik sungguh dia. Dia bagi kat wa. »Do you want some crackers Pa?. Yezza thank you «
Tahun lalu waktu winter, tangan wa tak tahan sejuk. Maka wa beli la glove kulit di Costco (£10). Wa suka sangat glove tu. Tapi salah satu dari glove tu, terjatuh hingga wa hanya ada satu je. Wa bukan Michael Jackson, thak khanz nak pakai satu glove je khanz. Jadi wa lihat je glove wa tu.
Kini winter datang lagi. Tangan wa sejuk lagi. Wa kira wa perlu lagi glove. Wa temui glove yang wa suka. Gore-Tex. Best ni, tangan tak akan berpeluh. Pegang, telek, belek, letak, pegang lagi, telek lagi, belek lagi dan letak lagi. Mak ai regenya £49.99, lebih dari RM250 tu. Untuk glove je. Kalau terjatuh lagi, pakat buat tengok je la lagi. Tak mau den pakai sebolah yo. Hai dengan berat hati, wa tinggalkan kedai tu. Hanya teringat dalam kepala je.
Surat dah dapat. Passport dipulangkan kembali. Ada kengkawan wa diberikan hanya 6 bulan sahaja. Kalau nak extend lagi kena lagi £1200.00. Itu kalau harga dia tak naik lagi. Kat sini fee asik naik je. Wife wa memang tengah writing sekarang ni, tapi SV dia nak suruh tambah sikit lagi lab work. Kalau tak siap dalam 6 bulan kan naya.
Alhamdulillah, kami diberi 1 tahun 4 bulan. Awwww ! ! ! Suka I you know. Cumanya, biaya hidup kami hanya hingga April 2011 jer. Maka wa mesti cari kerja tambahan lagi. Wa amat berharap rezeki yang Allah kurniakan kepada kami mencukupi.
Owch yer, lupa I nak cerita, Alhamdulillah, mulai 1 January 2011, wa cuba nasib di London, 2 hari seminggu. Gaji Insya Allah lebih dari 5 hari kerja di Birmingham. Wa tak yah berhenti di Birmingham, cuma wa kena bagi masa Sabtu dan Ahad di London. Wa harap bila Tok Bak dan Wan ada di sini, tak la sunyi sangat anak anak wa bila wa ke London hujung minggu khanz.
Dzaaa ! ! !
2 comments:
Ok la tu turun London, boleh tidor rumah wa. Rumah wa banyak gloves you know.
Har har har. Kelako la you ni. Nanti la kami datang beramai ramai.
Post a Comment