Ramainya yang menghantar kami di Airport. Ye lah nak pergi pon 3 tahun lebih. Nak balik pulak kos mahal. maklumlah keluarga besar. Terharu rasanya bila saudara mara rakan taulan dan jiran tetangga memberi dokongan. Bukan hanya di sini sahaja, malah sejak hari diketahui kami akan berangkat ke perantauan. Majlis perpisahan lah, doa selamatlah, segala macam bekalan, dan sebagainya.
Wa silap hitung, wa ingat satu orang 30 kg, tapi tiket kami tu hanya 20 kg sahaja. Maka terpaksalah kami tinggalkan 3 beg yang sarat dengan makanan, termasuk juga makanan yang dibawa oleh semua. Sedih rasanya tak dapat bawa pemberian orang, tapi apa kan daya, kami insan biasa
Sebenarnya, kami boleh bawa 140 kg barangan. Kami terpaksa bayar lebih kurang RM8000 jika ingin bawa semua kelebihan berat barangan tersebut. Rasanya terlalu rugi buang duit begitu sahaja. Setelah berunding, kami diberi kelonggaran untuk menambah 35 kg lagi percuma, Alhamdulillah ! Itupon 3 beg lagi terpaksa dipunggah dan di pos.
Ini adalah gambar maid wa masa di Malaysia. Dia tak mahu ikut wa ke UK. Jauh katanya. Jadi berangkatlah wa ke UK tanpa pembantu rumah. Alhamdulillah ibubapa wa sanggup datang ke UK untuk menjaga anak anak wa jika wa bekerja. memang best kalau dapar kerja di sini. Namun hingga saat ini wa masih belum dapat tawaran pekerjaan. Tugas wa kini adalah driver untuk anak anak wa ke sekolah dan isteri wa ke Universiti.