Saturday, 3 November 2007
The Dentist
Inilah peralatan asas di klinik gigi. Cangkuk lanun tu untuk cari lubang gigi. hi hi hi seriau den. Cermin tu untuk lihat keadaan gigi, lubang besar ke, gigi patah ke keluarkan sisa makanan ke, aik kesian doktor gigi kena buat keje tu semua. Tapi dia tak lihat itu semua. DUIT DUIT ! ! yang macam kaki pepatung tu mereka guna untuk ambil kapas, dan alat pergigian lain
Yang ini pula mesinnya. part ni lah yang rasa ngilu sangat gigi. Tapi doktor gigi tu selamba je. Kenapa kita tak boleh jadi macam mereka? Selamba je dengar bunyi mesin tu.
Ini adalah peralatan surgery. Di khabarkan seluruh set pembedahan ini menelan belanja RM16,000.00. awwwww ! Patutlah CHARGE dia kaw kaw punya. Pernah satu ketika HUMBLE dengar seorang pesakit tu minta diskaun, doktor tu kata kat dia, ingat ni pasar malam ke ! ! ! merah merah ! ! ! Poie kelinik goh men yo lah.
Dentist atau doktor gigi, hi hi hi. Masa kecil, HUMBLE sanggup cari alasan sakit untuk ponteng sekolah bila jururawat datang sekolah. Jika tak boleh ponteng, pasti HUMBLE akan lari tak ingat dunia saat nama HUMBLE keudara
Akibatnya, gigi HUMBLE masa kecil sangat parah. Hitam rata hampir setinggi gusi. Akhirnya ada satu orang Jururawat, iras muka dia macam anak mat salleh. Dia baik dan pandai pujuk hingga kita tak takut.
Dia yang cabut gigi HUMBLE. Hanya dia yang HUMBLE percaya. Hatta doktor gigi pon HUMBLE tak percaya.
Bila dia berpindah ke daerah lain, amat sukar bagi HUMBLE memulihkan kembali semangat berani tersebut. Hingga gigi HUMBLE berlapis. Susah tau jika gigi berlapis. Sukar membersihkan sisa makanan di celah gigi, gusi bengkak, selalu berdarah, mulut berbau, komunikasi terganggu, keyakinan diri menurun.
Setelah HUMBLE dewasa dan nak masuk alam pekerjaan baru HUMBLE sedar hakikat ini. Sifat malu mengatasi rasa takut. Tapi biaya meluruskan gigi bukan sedikit. Nasib baik buat di Universiti, kos murah.
Setiap kali kawat gigi ditegangkan, kita rasa sangat sakit, hingga tak lalu makan. HUMBLE tau setiap kali ia diketatkan, tentu HUMBLE seakan berpuasa tak makan satu hari. Tapi ia boleh dilakukan. Mungkin bagi kita sangat sukar memikirkan bagaimana caranya, tapi bagi doktor gigi yang merawatnya, ala biasa je niiiii.
Rupanya, penjagaan gigi ini mesti dimulakan sejak dari usia 6 bulan lagi, iaitu sejak gigi pertama tumbuh dalam mulut anak kecil iaitu dengan memperkenalkan mereka dengan berus gigi dan doktor gigi.
Tak sakit jika kita menjaga gigi dari awal. Dan ianya juga tidak mahal. Yang mahal bila kita kena merawatnya. Rawatan gigi memang mahal, tak tipu punya HUMBLE cakap lu
Lebih 1400 tahun yang lalu, Rasulullah saw telah pon memberatkan penjagaan gigi dengan menyuruh kita bersugi setiap kali sholat 5 waktu. Jadi ia memang sangat penting dalam kehidupan kita.
Baru kini kita tahu bahawa gusi berdarah ada hubungan dengan penyakit peradangan pada katup JANTUNG (subacute endocarditis). Kalau tak silap HUMBLE terdapat juga kajian dari Universiti Oxford sekitar September 2006, mengkaitkan hubungan penyakit gusi dengan kanser pankreas.
Seorang yang dikatakan buta huruf yang hidup lebih 1400 tahun yang lalu telah memberitahu kita suatu yang baru kita temui dalam tahun 2006. Dari mana ilmu tersebut diperolehinya? Adakah dia mengada adakan cerita? Tentu tidak, tentu Allah yang mengajarnya. Tentu semua yang datang darinya adalah benar belaka. Kebenaran yang manakah yang kita dustakan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment