Thursday, 31 January 2008

Ke alam universiti

Ini adalah gambar teman I, lepas sholat Jumaat. Tak ada kena mengena dengan satu pon cerita di bawah. I letak gambar ini di sini untuk menunjukkan bangunan pejabat pentadbiran Birmingham University.


Alhamdulillah, berjumpa kita di bulan Februari 2008.­



Mission untuk minggu ini telah tercapai.­ Wa target nak dapat GBP60, Alhamdulillah target melebihi apa yang diingini.­ Insya Allah target minggu depan adalah GBP75.­ maknanya wa kena jual purata GBP15 sehari dan kena tambah 1 hari extra.­ Jika minggu sebelumnya 4 hari seminggu, akan datang ini 5 hari seminggu.­



Semalam wa jumpa dan berborak dengan seorang rakyat Malaysia yang sedang buat Master di Birmingham University.­ Umur dia baru 22 tahun.­ Lepas habis master program yang dijangka pada sep 2008 ini beliau akan sambung Ph D.­ First degree dia buat di Universiti tempatan

Tanya punya tanya, dia adalah bekas pelajar MRSM Terengganu.­ Dia juga adalah pelajar no 2 terbaik SPM seluruh Terengganu.­ Wa tanya dia kenapa dia tak dapat ke luar negeri masa first degree? Dia kata sebab result Bahasa Inggerisnya teruk.­ Sebjek lain semua A.­



Pada asalnya dia pon keciwa juga kerana semua kawan kawan dia melanjutkan pelajaran ke luar negara.­ Tapi dengan kesabaran, Alhamdulillah dia sekarang ini bernasib jauh lebih baik dari kawan kawannya yang lain.­ Dia tak terikat dengan mana mana Universiti.­ Maknanya dia bebas nak pergi ke mana sahaja, dan kerja di mana sahaja selepas dia tamat Ph D nya nanti.­ Oleh itu teman semua, kadang kala kita tak dapat apa yang kita mahu, tapi kita dapat jalan untuk mencapai apa yang kita hajati. Jangan cepat melatah dan berputus asa.

Tapi budak ni patriotik jugak.­ Wa tanya dia dia nak terus duduk sini ke? Dia kata tak nak.­ Dia nak balik dan berbakti kepada agama dan bangsa.­ hi hi hi bagus.­

Lu all nak tau tak, ada gak bekas student kat sini, very bright student, punya semangat yang tinggi juga, setelah mendapat Ph D, balik Malaysia, kerja dengan universiti di Malaysia, sangat terkenal Unibesti tu, namun tewas dengan segala politik dalaman universiti.­ Tak ada persaingan sihat, yang ada banyak adalah dengki dan hasad.­ Oleh kerana tak mahu terkena 'buatan orang' seperti rakannya di Malaysia, dia kembali ke UK dan menyambung perkhidmatannya di Universiti di London.­ Menaburkan seluruh kepakarannya di UK., dan juga menaikkan prestasi Uni di UK.­ Sayang seribu kali sayang.­ Sebenarnya kita ada ramai cendikiawan Melayu.­ Tapi dimanakah mereka.­ hi hi hi tak boleh tunjuk pandai lah kat Malaysia khanz.­

Namun begitu tuan tuan dan puan puan sekalian, semuanya terletak pada diri kita sendiri, tak semua orang suka kerja sendiri, tak semua orang juga suka makan gaji.­ Tak semua boleh berdikari, tak semua juga mahu bersendiri.­ Ada orang suka menerima gaji, ada juga orang suka memberi gaji.­ Setiap orang bergantung dengan orang yang lain.­ Maka tak ada siapa salah dan tak ada siapa benar.­ Begitu indah ciptaan Allah swt.­

Wa ada baca satu buku, hi hi hi duduk kat sini tak ada kerja apa lagi nak buat, buat buat lah baca buku khanz.­ Penulis ni kalau ikut wa kontroversi juga, tapi ada benarnya apa yang dia kata.­ Ia bercerita mengenai kekayaan.­ Dia kata kalau ikut ustaz, sampai bila pon tak ada orang Islam yang kaya, sebab kebanyakannya suruh redha dengan apa yang ada, bukan tak boleh redha, tapi dia kata, kemiskinan itu mendekatkan diri kita kepada kekafiran, awwww mengancam gitew.­ Pelis lah tuan tuan dan puan puan semua, mari kita berfikir jernih semula.­ Benarkah apa yang dia kata?

Barang rumah

Alhamdulillah, minggu ni wa target nak dapat GBP60 dari jualan makanan.­ so far so good.­ average GBP15 sehari x 4 hari GBP60.­ hari ni last day for this week.­ hopefully target tercapai.­ Nasi goreng mak telah diterima di surau Universiti Birmingham, hi hi hi kelas gitu.­

hari ini juga mak dapat tempahan tepung bawang dan cokodok pisang untuk majlis perkahwinan seorang Cina Malaysia.­ Ia tak banyak tapi it's good for a start.­

Semalam lepas ambil wife, wa pergi beli barang.­ Hari ini wa jumpa satu lagi tempat murah.­ Kalau di Malaysia ia macam MACRO.­ Khusus untuk mereka yang buat bisnis.­ Nak masuk kena ada card.­ Kami tak ada card, jadi kami pergi dengan kawan yang ada card.­ Murah lah gak tapi tak lah murah sangat.­ ok lah.­ Hasil jualan minggu ni habis buat beli stock.­ awwwwww ! ! ! Minggu ni sikitlah pendapatan kami.­ Tapi tak apa, Insya Allah minggu depan banyak sebab tak ada stok baru nak beli





Ini lebih kurang sama dengan MACRO di Malaysia. Macam macam ada kat sini




Lepas kami beli barang, kami ke rumah kenalan baru dari freecycle.­ Ambil one seater sofa.­ Oleh kerana kami dapat di laman web free cycle, maka ia juga adalah free.­ Sangat bagus sofa tu, kualitinya masih baik, seakan masih baru.­ Mark & Spenser.­ Nama kawan wa tu Haroon, orang Durban South Africa.­ Islam dan sama fikrah dengan kawan wa di Johanesberg, Haroun Rashid.­ dia pharmacist dah 7 tahun menetap di Birmingham.­ Wa kata wa orang Malaysia dan baru 2 bulan sampai sini.­ lalu dia tanya ada apa lagi tak yang wa nak untuk memulakan hidup baru di Birmingham.­ Dia offer washing mechine.­ Wa masih malu gitew, maka (dengan lemah longlai ala Melayu lama zaman P Ramlee) wa kata tak apa lah, lagi pon wa dah ada washing mechine.­






Inilah kerusi Mark & Spenser yang wa terima dari Haroon tu. Tv dan meja tu semua barang free.




Kadang kadang wa pelik.­ Kat sini ukhuwah Islamiahnya sangat ketara.­ Tak ada batasan bangsa dan keturunan, malah agama.­ Sepatutnya umat Islam memang begitu.­ Semua saudara.­ Cuma kita dah terlalu lama dijajah dan dipisahkan menurut agama, negara, negeri dan puak.­ Sebab itu assobiah kita sangat menebal.­ Dan sebab itu juga kita antara penganut Islam yang termundur dalam dunia.­ hi hi hi mengancam gitew kenyataan wa.­ Tapi bila di sini minda wa terus berfikir.­ sebab itukah kita masih mengimport bahan tampalan gigi dari luar? to name it a few

Maka wa terfikir, kita adalah pengeluar glove terbesar di dunia.­ dan pasaran glove di Birmingham sahaja juga sangat besar.­ Takut oo kalau lihat mereka guna glove.­ Pakai kejap buang pakai kejap buang.­ Wa nak buat bisnis ni, tapi harga yang ditawarkan oleh manufacture di Malaysia agak tinggi.­ lagi pon wa bukannya ada duit.­ Jadi orang tengah oklah.­ Inilah yang jadikan harganya tak kompetetif.­ hi hi hi.­ Kalau nak berjaya, masalah ini kena diatasi dulu

Alamak kalau menulis ni memang tak sedo.­ Wa dah nak kena hantar mereka ke sokolah dan wife wa pula nak ke University.­ Oops dah akhir bulan Januari kita.­ sekejap je masa berlalu.­ wa rasa tak cukup masa nak explore UK ni.­ Banyak peluang oooooooooo wa cakap lu

Masa wa hantar isteri wa ke Universiti tadi, hujan lebat disertai dengan salji yang agak tebal.­ Maka hari ini merupakan hari pertama wa memandu dalam salji.­ Ngeri gak, tapi orang lain selamber saja.­ Wa mengeletar gak tadi.­ Sibuk dok mikir nak lalu jalan mana yang tak jem.­ Kalau jem lagilah wa gelabah.­ Alhamdulillah wa selamat.­ Don't worry ok.­ hi hi hi (wa perasan saja yang lu all worry kat wa) wa rasa dok kat sini kena lah perasan sikit.­ Kalau tak sunyi beb.­ Mana ada sedara mara duduk satu taman (macam Uncle Ed, itupon dia dah nak pindah ke Jeh Bee, TAHNIAH kepada Uncle ED, dah naik pangkat dan gaji, beribu riban).­ Nasib baik ada DOL, Abe Yoh dan sedara se Islam kat sini.­





Pagi esoknya, dapatlah lihat selapis tipis salju. Pegang dia macam pegang ABC tu lah. Merasa juga wa pegang salji.

Ooo ye cerita pasal sedara se Islam.­ kat sini, tak kira siapa kenal atau tak, kalau jumpa di surau atau kalau kita ada ciri Islam, (macam mana tu, pakai instinct je lah), mereka pasti akan beri salam dan berjabat tangan.­ dari situ, kita yang malu malu ni pon jadi kurang malu.­ Maka setelah itu, terjadilah persahabatan.­

Ada satu british tu, ancestor dia Bangla, dia kata dia tak ada masalah nak bergaul dengan masyarakat lain, tapi dengan masyarakat Malaysia, agak sukar.­ Sebabnya menurut beliau, masyarakat Malaysia ni kelihatannya seperti malu malu dan takut untuk berinteraksi.­ Seolah olah, bila mereka didekati, maknanya ada lah tu yang kami mahu.­ hi hi hi ye ke?.­ Mungkin ye, sebab pengalaman lampau kot.­ hi hi hi memang kena berhati hati gak.­ Walaupon begitu kita rasa sangat aman di sini

Wa ada masa sikit ni sebelum masuk bulan Februari.­.­.­.­

Berbalik kepada isu di atas, mengenai barangan free yang dah menjadi darah daging masyarakat kat sini, adakah di Malaysia boleh dilakukan begitu?

Menurut wa boleh tapi agak sukar.­ Kerana nilai wang kita tak setimpal beb.­ Banyangkan gaji kita RM3000 sebulan, kita kumpul duit (really hard earn money) untuk beli mesin basuh, RM1200 lebih 1/3 gaji tu, adakah kita akan bagi kat orang free bila kita tak nak guna lagi? isk isk isk boleh tu boleh tapi hi hi hi alamak aiii sayangnya.­ itu kalau gaji kita RM3000

kat sini katakan gaji mereka GBP3000 beli mesin basuh GBP150, apa ada beb nak bagi kat orang free.­ celah gigi je.­ lagi pon dah pakai setahun.­ Semalam wa pegi beli stok gula sebulan, dan barangan lain, tak sampaipon GBP50 tak muat troli wa cakap lu.­

Cuma kalau guna duit Malaysia nak belanja di UK ni, wa kata PARAH beb.­ memang PARAH tahap gaban.­ Eh wa dengar ceta, ekonomi UK bagai nak merudum.­ Dikatakan kerajaan mereka terpaksa berhutang RM315 juta seHARI sekarang ni.­ Apa akan jadi nanti bila meraka rela ditipu BUSH sekali lagi untuk menyerang IRAN? Ni dah bab lain pula ni.­ baik wa berhenti dulu di sini.­

Akhir qalam, wa sangat galakkan saudara mara kita buat Ph D di sini.­ Insya ALLAH tak susah.­ Tapi itu pon sebab Kerajaan Malaysia dah tambah elaun sara hidup.­ Terima kasih kerajaan (hi hi hi Pak Lah lah tu, walaupon orang kata dia lembab, tapi banyak baik dia untuk rakyat marhain, hi hi hi jangan komen sahaja, lebih baik pikir baik dia, baru kita tak terhalang untuk terus maju ke depan).­ Kalau asik cari kesalahan orang, masa kita terbuang beb, wa cakap lu.­ Percayalah cakap wa.­ Ikhlas ni.­ kempen jangan tak kempen.­

Siapa yang nak komen tu sangat digalakkan, cuma komen dari dalam gohmen, baru komen kita boleh didengar.­ Maknanya jadi menteri lah khanz, atau yang sewaktu dengannya.­ hi hi hi kah kah kah.­

Rrmmm wa rasa kalau sedara kita nak jadi ahli politik kita kena sokong, cuma jangan sombong ye.­ amaran ni, kalau sombong, tak cium bau syurga.­ Sombong buat apa.­ Tambah musuh sahaja.­ lagi pon pimpin rakyat Malaysia sahaja bukan pimpin rakyat Galaksi Bimasakti.­ Nanti wa upload satu perumpamaan kita terhadap kerajaan ALLAH swt.­ Maasya Allah, insaf beb.­

Wassalam

Friday, 25 January 2008

Jiran




Hari ini kawan Aiman nak datang rumah.­ nama dia Jalal bungsu dari 8 beradik.­ dua adik beradiknya meninggal dunia.­ He is a very nice little boy.­ He invited us to his house 3 weeks ago.­ when I ask him why? he said: "So you wil know who my family is".­

We went to his house and meet his family.­ Their house not far from our house.­ It's about 200 metres.­ It's a semi D, and it's bigger than our house.­ His father spoke very fluent English, but his mom a lillte.­ They are Bangladeshi


Ini keluarga Jalal. Bapa, kakak dan ibunya.


Ha ok lah tu, wa bukannya terer cakap English ni.­ bapa Jalal dah lama tinggal di UK ni.­ Dah jadi PR sini.­ Jalal lahir disini.­ Mereka beli rumah yang mereka duduki sekarang ini, dan mereka juga ada beberapa rumah sewa.­ Kira hebat tu.­ Jadi wa tanya apa kerja bapa Jalal, hi hi hi sungguh kurang sopan wa ni.­ Dengan rendah diri, bapa Jalal berkata, masa muda dia bekerja di restoren.­ Bila dah tua dia bawa teksi.­ Menarik ni

Mereka tak pernah sampai ke Malaysia, namun mereka sangat mengkagumi Malaysia sebagai sebuah negara pembela Islam.­ Mereka anggap Malaysia negara kaya.­ Mereka juga mengikuti serba sedikit perkembangan arus politik Malaysia

Hi hi hi wa malu sebenarnya.­ Lu nak tau kenapa? Kehadiran Melayu di bumi UK ini sama dengan kehadiran Bangla, India dan Pakistan ke UK.­ namun mereka jauh lebih maju dalam MENJADI MUSLIM YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MUSLIM YANG LAIN

Mengapa? Persoalan menarik ni.­ Mereka bersatu dan tolong menolong antara satu sama lain.­ Mereka bergotong royong.­ Sikap mereka mempertahankan Islam sangat tinggi, hingga jika satu kawasan tersebut ramai penduduk Islam, mereka berjaya menggesa Mc D dan KFC menjual makanan Halal.­ Sebab tu di beberapa kawasan di Birmingham ini ada Mc D dan KFC halal.­ Tapi tak semua kawasan ye.­ hi hi hi cuma wa tetap tak pegi lah Mc D dan KFC tu.­

Mereka bina berpuluh mesjid, beratus perniagaan menyediakan makanan halal.­ bagi gua mereka berani dan mereka ikhlas kerana Allah.­ Wa bayangkan, jika kita di Malaysia boleh kata, kita kena jaga perasaan masyarakat majmuk di Malaysia, jika kita sampai di UK ni kita juga akan kata, kita tak mampu nak buat apa apa sebab mereka negara bukan Islam.­ kalau mereka tak kasi kita sholat kita tak boleh sholat.­ Jika begitu, maka lemah sungguh pegangan kita. hi hi hi ni andaian wa sahaja.­

Realitinya, memang tak ada satu pon mesjid yang dibina oleh masyarakat Melayu di Birmingham ini.­ Malah sangat jarang ada bisnis Melayu yang menyediakan kemudahan untuk orang Islam agar selesa tinggal di Birmingham.­

Di Malaysia kita pandang hina Bangla ni.­ di Uk kita mengharapkan mereka untuk menyediakan kita keperluan sebagai orang Islam.­ Tak adakah yang boleh kita pelajari dari mereka? Sebenarnya ada, tapi kesombongan kita yang menjadi penghalangnya.­

Mereka kumpul duit setiap minggu atau bulan, mereka bina mesjid dan perniagaan.­ Bila berjaya dana mereka semakin bertambah kerana setiap mereka yang berjaya terus menyumbang bagi menlahirkan lebih banyak kejayaan.­ Nampak macam ideal giler.­ Tapi memang itulah yang mereka lakukan,­ dan mereka bermula dari mesjid.­

Wa rasa ianya memang positif dapat dilakukan JIKA tiada perasaan hasad dan dengki.­ Wa akhiri catatan kali ini dengan teka teki cina

Mengapakah chef cina suka masak ketam Melayu dan sangat tak suka masak ketam cina?

Jawapannya sebab ketam cina selalu keluar periuk, ketam melayu tak akan keluar.­ Bila ketam cina nak keluar periuk, ketam lain akan bantu menolak ke atas, sedangkan bila ketam melayu nak keluar periuk, ketam lain akan menariknya kembali kedalam periuk.­

Suka....., suka juga, masa terus berjalan.­ Jika tiada apa yang kita lakukan, lama lama sumber kita akan kehabisan jua.­ Dalam keluarga besar wa, telah dibangkitkan idea membina koperasi keluarga 4 tahun lalu, dah 4 tahun beb ia berlalu. Wa sangat harap ia akan diteruskan.­ Namun sebelum itu, buang hasad dan dengki.­ Insya Allah, keuntungan setelah itu akan jauh berlipat ganda dari apa yang kita ada sekarang ini.­

Masyarakat Bangla ini, bukan dari kalangan saudara mara, tapi mereka jadi saudara mara dalam ikatan ukhwah Islamiah.­ Kita disini adalah sudara mara, tapi semakin jauh kerana dipisahkan oleh batasan keluarga.­ Seterusnya batasan negeri dan negara.


Bull Ring di malam hari

Thursday, 24 January 2008

Cost of living

Kita ingat belanja di UK ni mahal.­ memang mahal jika kita belanja menggunakan ringgit Malaysia.­ setelah tinggal di UK ini, sangat banyak benda yang tak ada di Malaysia.­ Umpamanya car boot sale.­ Car boot sale sangat berjaya di sini kerana mereka datang ke sana untuk memberi barang yang tidak mereka guna.­ bukan untuk meraih keuntungan.­ hasilnya memang sangat murah.­ bayangkan jika jaket kulit hanya berharga GBP3.­ mainan kanak kanak yang relatif masih sangat baru, dan macam macam lagi barangan dengan harga yang lumayan murah.­ tapi jangan samakan car boot sale dengan traders boot sale.­ Barangan di trader boot sale agak mahal namun ia tetap 50% lebih murah dari di kedai.­ terdapat banyak juga charity shop.­ British heart charity shop, dan macam macam lagi lah.­ wa pon tak ingat, main masuk je.­



Anak gua memang suka sangat pergi car boot sale ni. Inilah salah satu sebabnya. GBP1.50 per 5 minutes






Inilah keadaan di Hamshall tempat car boot sale yang dibuka sepanjang tahun. Ada lagi tempat yang lebih besar, tapi dibuka masa summer nanti.



Oleh kerana masyarakat di sini dah terdidik dengan green environment, mereka tak akan sewewenangnya membuang barangan mereka.­ maka wujudlah ruangan sedekah kepada mereka yang menginginkan barangan yang tak diperlukan tadi.­ Antara mereka yang memerlukannya termasuklah mereka yang baru berpindah, mereka yang menyewa dalam waktu jangka pendek dan sebagainya.­

Salah satu tempat di mana kita boleh perolehi barangan ini adalah freecycle.­ (http://groups.yahoo.com/group/birmingham_freecycle). Percuma untuk menjadi ahli.­ Masuk dalam mailing list, dan lihat apa barang yang ada, balas email dan ambil di rumah tuan punya.­ Jika tak ada kerja kita boleh tunggu website tersebut.­ Barangannya lumayan juga dan ia adalah 100% ppercuma ! ! ! wa baru terlepas nak ambil tv CRT 37 inci sebab terlambat balas email.­ hi hi hi.­ hari ni nak pegi ambil coffee table dekat kawasan rumah wa ni.­ tak tau lagi bagaimana keadaannya.­ selain itu kita ada peluang menambah kenalan dengan rakyat tempatan.­

menurut rakan yang dah lama di sini, harga barangan di UK ni dah jauh meningkat.­ mereka pon nak masuk kemelesetan ekonomi.­ kalau sekarang ni GBP30 boleh penuh satu troli wa tak dapat bayangkan bagaimana harga barangan satu troli itu 2-­3 tahun lalu.­ wa tak berapa rasa sangat sebab wa baru di sini.­ tapi menurut mereka harga gula 1 kg sekarang GBP0.­59, 2 tahun lalu GBP0.­29 sahaja.­

wa nak sholat maghrib.­ lepas tu nak ambil wife di University

Wednesday, 23 January 2008

Berita dari Malaya

Lepas wa hantar anak anak wa ke sekolah, wa dan wife pergi ASDA.­ tempat beli barangan dapur yang murah.­ lebih kurang jam 9:36 pagi atau 5:36 petang waktu Malaysia wa dapat sms dari Cho.­ Bahar suami Liza, telah kembali ke Rahmatullah.­ Terkejut wa.­ terus terbayang raut wajah Liza dan anak anak nya.­ wa jarang jumpa Allahyarham.­ tapi sekali berjumpa rancak juga bertukar kata

Benarlah kata mereka di saat ini orang yang paling rapat dengan kita sekalipon hanya boleh kata bersabarlah, hakikatnya, rasa yang kita alami hanya kita sendiri yang tahu.­ wa harap Liza kuat.­ Al Fatihah untuk Allahyarham Bahar.­ Moga dia ditempatkan bersama dengan roh para anbia.­ gerun juga memikirkannya.­ waktu kita, tak tau bila.­ Namun untuk meneruskan hidup buatlah apa yang kita rasa patut untuk kita lakukan

hari ini hari terakhir dalam minggu ini untuk wa berniaga.­ Minggu depan mula pula minggu yang baru.­ Jadi tibalah saat untuk wa mengira keuntungan.­ wa dapat GBP46 bersih.­ wa bagi 3.­ 1 porsi untuk wa, 1 porsi untuk mak dan 1 porsi lagi sebagai saving bisnis wa.­ Dapatlah seorang GBP15.­ Alhamdulillah berharga sungguh duit tu.­

Tuesday, 22 January 2008

My First Journey in UK

Dah hampir 3 bulan gua dan keluarga menetap di ENGLAND ini.­ macam ragam macam kelakuan gua jumpa.­ bulan pertama gua sangat terkejut dengan kesopanan mat salleh ni di atas jalan raya di Birmingham.­ mereka bagi kita laluan kalau nak keluar simpang, mereka tunggu kita jika kita berhenti di tepi jalan to name it a few




beberapa minggu lepas tu gua pergi menjelajah ke tempat lain.­ berdikit dikit dulu, lama lama pandai lah.­ gua pergi ke Stoke on trent tempat pinggan mangkuk Royal Daulton, Royal Albert, dan macam macam lagilah, jenama yang masa di Malaysia gua tak kisah pon sebab kalau kisah pon banyak tahun lah nak kumpul duit kalau nak beli.­ tapi kat sini, esp waktu sale, winter ke ester, summer ke, harganya paling murah 50p sahaja, tak sampai pon 1 pound.­ beli jangan tak beli.­ perjalanan 45 minit.­ dalam hujan pulak tu.­ Gua, wife, Maisarah, Amir, Madeehah dan mak naik van.­ gua memang tak berapa yakin dalam hujan ni, apa lagi setelah kejadian yang meragut hayat VOLVO gua tahun lalu.­ tapi kereta gua sangat stable, ALHAMDULILLAH



lalu gua ke Egham, Surrey 29 batu dari LONDON.­ ke rumah abang Ipar gua.­ kawasan ni kawasan orang kaya agaknya.­ kereta besar, rumah besar.­ mostly white.­ kat sini lagilah mereka berhemah.­ katanya, di sinilah kediaman artis Malaysia yang kawin ngan kerabat Pahang tu, Julia Rais.­









Sempat sambut birthday anak sedara wa di Egham. Suka melihat mereka semua gembira





Ni lah rumah BIL I. Bunglow you, I tell you. Lepas balik dari rumah BIL I, I rasa rumah I kecik sangat. Dan van biru tulah kete I.



ini pulak, tempat kerja SIL I. Glamer you unibesti ni, tapi bila I lihat, banggunan lama ni, I rasa macam takut je


Selang seminggu lepas tu gua ke Preston tempat Dol.­ atas lagi dari Manchester.­ waktu ni mak dan bak dah seminggu sampai.­ kawasan ini cantik.­ nampak macam peaceful.­ tapi mat salehnya macam geram sangat ngan orang asian terutamanya cina.­ setelah gua selidiki, patutlah mereka macam geram, mat cina kat sini bawa gaya kiasu nya.­ ooo patut lah.­ sorrylah mat cina, bukan semua, segelintir sahaja, namun kerana nila setetes, rosak susu sebelanga. hinggakan gua yang berhati mulia ini pon disamaratakan oleh mat salleh.­ tak patut lah mereka buat begitu kat gua

Esoknya Gua ke Cheshire Oak.­ Dol dan kawan kawan dia sewa kereta jadi semua orang dapat ikut.­ hi hi hi maklum, ramai.­ besonya.­ tapi harga barangannya mak aii mahal.­ memang lah agak murah dari kat bandar, tapi nak ke sana dah satu hal, jauh, kalau lebih murah di city centre, baik beli di city centre.­ Namun pengalaman dan exposure tu yang best.­ mereka boleh buat seperti itu.­ mengapa kita tak boleh buat seperti itu? hi hi hi banyak nak kena jawab ni.­ huyooo ramainya mat salleh keluar shopping.­ macam tak ingat dunia lah gaya mereka ni.­ nak sambut christmas lah katakan

Gua sempat gak singgah di Menchester, lawa gak bandarnya.­ yalah khanz, nak lawan jadi bandar kedua terbesar lepas LONDON.­ banggunannya banyak yang baru.­ kat sini pon, mat salleh ni kalau nampak muka gua yang seakan akan Dato' Jimmy Choo je mulalah merah muka depa.­ gua rasa cukup lah dulu gua jalan jalan.­ masalahnya duit gua dah merosot dengan banyaknya.­ maka gua balik ke Birmingham.­.... bertapa ! ! ! .­ Jadi sekarang ni gua tengah pening lah ni.­ mana nak cari duit ni?.­
lalu ALLAH lorongkan gua untuk berniaga makanan.­ sebab itulah gua pergi UNIBESTI BIRMINGHAM tu.­ duduklah gua di surau Unibesti dari Dzohor hingga Asar.­ ALHAMDULILLAH dapat solat berjemaah.­ kat sini kalau tak iye iye, susah nak berjemaah ni.­ rezeki pon Insya Allah ada.­ selalunya masak guna duit, sekarang ni masak dapat duit lagi.­ Tapi yang masak mak gua dengan wife gua la.­ lepas 5 bulan ni mak dan bak nak balik ke Malaysia, bagaimana pula cetanya nanti tak taulah? Tapi tak apa berkat doa semua gua yakin ALLAH akan beri lorongan penyelesaian masalah.­
Sekarang ni dah jam 12 tengahari.­ gua nak keluar pergi kerja.­ Kerja gua jam 12 ni adalah hantar makanan ke surau UNIBESTI.­ ok semua.­ jaga diri baik baik.­ jangan berlaku curang baik dengan ALLAH mahupon dengan manusia.­ dirikan sholat keluarkan zakat.­

jumpa lagi di lain lembaran


wassalam
Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ