Hari ini kawan Aiman nak datang rumah. nama dia Jalal bungsu dari 8 beradik. dua adik beradiknya meninggal dunia. He is a very nice little boy. He invited us to his house 3 weeks ago. when I ask him why? he said: "So you wil know who my family is".
We went to his house and meet his family. Their house not far from our house. It's about 200 metres. It's a semi D, and it's bigger than our house. His father spoke very fluent English, but his mom a lillte. They are Bangladeshi
Ini keluarga Jalal. Bapa, kakak dan ibunya.
Ha ok lah tu, wa bukannya terer cakap English ni. bapa Jalal dah lama tinggal di UK ni. Dah jadi PR sini. Jalal lahir disini. Mereka beli rumah yang mereka duduki sekarang ini, dan mereka juga ada beberapa rumah sewa. Kira hebat tu. Jadi wa tanya apa kerja bapa Jalal, hi hi hi sungguh kurang sopan wa ni. Dengan rendah diri, bapa Jalal berkata, masa muda dia bekerja di restoren. Bila dah tua dia bawa teksi. Menarik ni
Mereka tak pernah sampai ke Malaysia, namun mereka sangat mengkagumi Malaysia sebagai sebuah negara pembela Islam. Mereka anggap Malaysia negara kaya. Mereka juga mengikuti serba sedikit perkembangan arus politik Malaysia
Hi hi hi wa malu sebenarnya. Lu nak tau kenapa? Kehadiran Melayu di bumi UK ini sama dengan kehadiran Bangla, India dan Pakistan ke UK. namun mereka jauh lebih maju dalam MENJADI MUSLIM YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MUSLIM YANG LAIN
Mengapa? Persoalan menarik ni. Mereka bersatu dan tolong menolong antara satu sama lain. Mereka bergotong royong. Sikap mereka mempertahankan Islam sangat tinggi, hingga jika satu kawasan tersebut ramai penduduk Islam, mereka berjaya menggesa Mc D dan KFC menjual makanan Halal. Sebab tu di beberapa kawasan di Birmingham ini ada Mc D dan KFC halal. Tapi tak semua kawasan ye. hi hi hi cuma wa tetap tak pegi lah Mc D dan KFC tu.
Mereka bina berpuluh mesjid, beratus perniagaan menyediakan makanan halal. bagi gua mereka berani dan mereka ikhlas kerana Allah. Wa bayangkan, jika kita di Malaysia boleh kata, kita kena jaga perasaan masyarakat majmuk di Malaysia, jika kita sampai di UK ni kita juga akan kata, kita tak mampu nak buat apa apa sebab mereka negara bukan Islam. kalau mereka tak kasi kita sholat kita tak boleh sholat. Jika begitu, maka lemah sungguh pegangan kita. hi hi hi ni andaian wa sahaja.
Realitinya, memang tak ada satu pon mesjid yang dibina oleh masyarakat Melayu di Birmingham ini. Malah sangat jarang ada bisnis Melayu yang menyediakan kemudahan untuk orang Islam agar selesa tinggal di Birmingham.
Di Malaysia kita pandang hina Bangla ni. di Uk kita mengharapkan mereka untuk menyediakan kita keperluan sebagai orang Islam. Tak adakah yang boleh kita pelajari dari mereka? Sebenarnya ada, tapi kesombongan kita yang menjadi penghalangnya.
Mereka kumpul duit setiap minggu atau bulan, mereka bina mesjid dan perniagaan. Bila berjaya dana mereka semakin bertambah kerana setiap mereka yang berjaya terus menyumbang bagi menlahirkan lebih banyak kejayaan. Nampak macam ideal giler. Tapi memang itulah yang mereka lakukan, dan mereka bermula dari mesjid.
Wa rasa ianya memang positif dapat dilakukan JIKA tiada perasaan hasad dan dengki. Wa akhiri catatan kali ini dengan teka teki cina
Mengapakah chef cina suka masak ketam Melayu dan sangat tak suka masak ketam cina?
Jawapannya sebab ketam cina selalu keluar periuk, ketam melayu tak akan keluar. Bila ketam cina nak keluar periuk, ketam lain akan bantu menolak ke atas, sedangkan bila ketam melayu nak keluar periuk, ketam lain akan menariknya kembali kedalam periuk.
Suka....., suka juga, masa terus berjalan. Jika tiada apa yang kita lakukan, lama lama sumber kita akan kehabisan jua. Dalam keluarga besar wa, telah dibangkitkan idea membina koperasi keluarga 4 tahun lalu, dah 4 tahun beb ia berlalu. Wa sangat harap ia akan diteruskan. Namun sebelum itu, buang hasad dan dengki. Insya Allah, keuntungan setelah itu akan jauh berlipat ganda dari apa yang kita ada sekarang ini.
Masyarakat Bangla ini, bukan dari kalangan saudara mara, tapi mereka jadi saudara mara dalam ikatan ukhwah Islamiah. Kita disini adalah sudara mara, tapi semakin jauh kerana dipisahkan oleh batasan keluarga. Seterusnya batasan negeri dan negara.
No comments:
Post a Comment