Thursday, 24 January 2008

Cost of living

Kita ingat belanja di UK ni mahal.­ memang mahal jika kita belanja menggunakan ringgit Malaysia.­ setelah tinggal di UK ini, sangat banyak benda yang tak ada di Malaysia.­ Umpamanya car boot sale.­ Car boot sale sangat berjaya di sini kerana mereka datang ke sana untuk memberi barang yang tidak mereka guna.­ bukan untuk meraih keuntungan.­ hasilnya memang sangat murah.­ bayangkan jika jaket kulit hanya berharga GBP3.­ mainan kanak kanak yang relatif masih sangat baru, dan macam macam lagi barangan dengan harga yang lumayan murah.­ tapi jangan samakan car boot sale dengan traders boot sale.­ Barangan di trader boot sale agak mahal namun ia tetap 50% lebih murah dari di kedai.­ terdapat banyak juga charity shop.­ British heart charity shop, dan macam macam lagi lah.­ wa pon tak ingat, main masuk je.­



Anak gua memang suka sangat pergi car boot sale ni. Inilah salah satu sebabnya. GBP1.50 per 5 minutes






Inilah keadaan di Hamshall tempat car boot sale yang dibuka sepanjang tahun. Ada lagi tempat yang lebih besar, tapi dibuka masa summer nanti.



Oleh kerana masyarakat di sini dah terdidik dengan green environment, mereka tak akan sewewenangnya membuang barangan mereka.­ maka wujudlah ruangan sedekah kepada mereka yang menginginkan barangan yang tak diperlukan tadi.­ Antara mereka yang memerlukannya termasuklah mereka yang baru berpindah, mereka yang menyewa dalam waktu jangka pendek dan sebagainya.­

Salah satu tempat di mana kita boleh perolehi barangan ini adalah freecycle.­ (http://groups.yahoo.com/group/birmingham_freecycle). Percuma untuk menjadi ahli.­ Masuk dalam mailing list, dan lihat apa barang yang ada, balas email dan ambil di rumah tuan punya.­ Jika tak ada kerja kita boleh tunggu website tersebut.­ Barangannya lumayan juga dan ia adalah 100% ppercuma ! ! ! wa baru terlepas nak ambil tv CRT 37 inci sebab terlambat balas email.­ hi hi hi.­ hari ni nak pegi ambil coffee table dekat kawasan rumah wa ni.­ tak tau lagi bagaimana keadaannya.­ selain itu kita ada peluang menambah kenalan dengan rakyat tempatan.­

menurut rakan yang dah lama di sini, harga barangan di UK ni dah jauh meningkat.­ mereka pon nak masuk kemelesetan ekonomi.­ kalau sekarang ni GBP30 boleh penuh satu troli wa tak dapat bayangkan bagaimana harga barangan satu troli itu 2-­3 tahun lalu.­ wa tak berapa rasa sangat sebab wa baru di sini.­ tapi menurut mereka harga gula 1 kg sekarang GBP0.­59, 2 tahun lalu GBP0.­29 sahaja.­

wa nak sholat maghrib.­ lepas tu nak ambil wife di University

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ