Ini adalah gambar teman I, lepas sholat Jumaat. Tak ada kena mengena dengan satu pon cerita di bawah. I letak gambar ini di sini untuk menunjukkan bangunan pejabat pentadbiran Birmingham University.
Alhamdulillah, berjumpa kita di bulan Februari 2008.
Mission untuk minggu ini telah tercapai. Wa target nak dapat GBP60, Alhamdulillah target melebihi apa yang diingini. Insya Allah target minggu depan adalah GBP75. maknanya wa kena jual purata GBP15 sehari dan kena tambah 1 hari extra. Jika minggu sebelumnya 4 hari seminggu, akan datang ini 5 hari seminggu.
Semalam wa jumpa dan berborak dengan seorang rakyat Malaysia yang sedang buat Master di Birmingham University. Umur dia baru 22 tahun. Lepas habis master program yang dijangka pada sep 2008 ini beliau akan sambung Ph D. First degree dia buat di Universiti tempatan
Tanya punya tanya, dia adalah bekas pelajar MRSM Terengganu. Dia juga adalah pelajar no 2 terbaik SPM seluruh Terengganu. Wa tanya dia kenapa dia tak dapat ke luar negeri masa first degree? Dia kata sebab result Bahasa Inggerisnya teruk. Sebjek lain semua A.
Pada asalnya dia pon keciwa juga kerana semua kawan kawan dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tapi dengan kesabaran, Alhamdulillah dia sekarang ini bernasib jauh lebih baik dari kawan kawannya yang lain. Dia tak terikat dengan mana mana Universiti. Maknanya dia bebas nak pergi ke mana sahaja, dan kerja di mana sahaja selepas dia tamat Ph D nya nanti. Oleh itu teman semua, kadang kala kita tak dapat apa yang kita mahu, tapi kita dapat jalan untuk mencapai apa yang kita hajati. Jangan cepat melatah dan berputus asa.
Tapi budak ni patriotik jugak. Wa tanya dia dia nak terus duduk sini ke? Dia kata tak nak. Dia nak balik dan berbakti kepada agama dan bangsa. hi hi hi bagus.
Lu all nak tau tak, ada gak bekas student kat sini, very bright student, punya semangat yang tinggi juga, setelah mendapat Ph D, balik Malaysia, kerja dengan universiti di Malaysia, sangat terkenal Unibesti tu, namun tewas dengan segala politik dalaman universiti. Tak ada persaingan sihat, yang ada banyak adalah dengki dan hasad. Oleh kerana tak mahu terkena 'buatan orang' seperti rakannya di Malaysia, dia kembali ke UK dan menyambung perkhidmatannya di Universiti di London. Menaburkan seluruh kepakarannya di UK., dan juga menaikkan prestasi Uni di UK. Sayang seribu kali sayang. Sebenarnya kita ada ramai cendikiawan Melayu. Tapi dimanakah mereka. hi hi hi tak boleh tunjuk pandai lah kat Malaysia khanz.
Namun begitu tuan tuan dan puan puan sekalian, semuanya terletak pada diri kita sendiri, tak semua orang suka kerja sendiri, tak semua orang juga suka makan gaji. Tak semua boleh berdikari, tak semua juga mahu bersendiri. Ada orang suka menerima gaji, ada juga orang suka memberi gaji. Setiap orang bergantung dengan orang yang lain. Maka tak ada siapa salah dan tak ada siapa benar. Begitu indah ciptaan Allah swt.
Wa ada baca satu buku, hi hi hi duduk kat sini tak ada kerja apa lagi nak buat, buat buat lah baca buku khanz. Penulis ni kalau ikut wa kontroversi juga, tapi ada benarnya apa yang dia kata. Ia bercerita mengenai kekayaan. Dia kata kalau ikut ustaz, sampai bila pon tak ada orang Islam yang kaya, sebab kebanyakannya suruh redha dengan apa yang ada, bukan tak boleh redha, tapi dia kata, kemiskinan itu mendekatkan diri kita kepada kekafiran, awwww mengancam gitew. Pelis lah tuan tuan dan puan puan semua, mari kita berfikir jernih semula. Benarkah apa yang dia kata?
No comments:
Post a Comment