Thursday, 31 January 2008

Barang rumah

Alhamdulillah, minggu ni wa target nak dapat GBP60 dari jualan makanan.­ so far so good.­ average GBP15 sehari x 4 hari GBP60.­ hari ni last day for this week.­ hopefully target tercapai.­ Nasi goreng mak telah diterima di surau Universiti Birmingham, hi hi hi kelas gitu.­

hari ini juga mak dapat tempahan tepung bawang dan cokodok pisang untuk majlis perkahwinan seorang Cina Malaysia.­ Ia tak banyak tapi it's good for a start.­

Semalam lepas ambil wife, wa pergi beli barang.­ Hari ini wa jumpa satu lagi tempat murah.­ Kalau di Malaysia ia macam MACRO.­ Khusus untuk mereka yang buat bisnis.­ Nak masuk kena ada card.­ Kami tak ada card, jadi kami pergi dengan kawan yang ada card.­ Murah lah gak tapi tak lah murah sangat.­ ok lah.­ Hasil jualan minggu ni habis buat beli stock.­ awwwwww ! ! ! Minggu ni sikitlah pendapatan kami.­ Tapi tak apa, Insya Allah minggu depan banyak sebab tak ada stok baru nak beli





Ini lebih kurang sama dengan MACRO di Malaysia. Macam macam ada kat sini




Lepas kami beli barang, kami ke rumah kenalan baru dari freecycle.­ Ambil one seater sofa.­ Oleh kerana kami dapat di laman web free cycle, maka ia juga adalah free.­ Sangat bagus sofa tu, kualitinya masih baik, seakan masih baru.­ Mark & Spenser.­ Nama kawan wa tu Haroon, orang Durban South Africa.­ Islam dan sama fikrah dengan kawan wa di Johanesberg, Haroun Rashid.­ dia pharmacist dah 7 tahun menetap di Birmingham.­ Wa kata wa orang Malaysia dan baru 2 bulan sampai sini.­ lalu dia tanya ada apa lagi tak yang wa nak untuk memulakan hidup baru di Birmingham.­ Dia offer washing mechine.­ Wa masih malu gitew, maka (dengan lemah longlai ala Melayu lama zaman P Ramlee) wa kata tak apa lah, lagi pon wa dah ada washing mechine.­






Inilah kerusi Mark & Spenser yang wa terima dari Haroon tu. Tv dan meja tu semua barang free.




Kadang kadang wa pelik.­ Kat sini ukhuwah Islamiahnya sangat ketara.­ Tak ada batasan bangsa dan keturunan, malah agama.­ Sepatutnya umat Islam memang begitu.­ Semua saudara.­ Cuma kita dah terlalu lama dijajah dan dipisahkan menurut agama, negara, negeri dan puak.­ Sebab itu assobiah kita sangat menebal.­ Dan sebab itu juga kita antara penganut Islam yang termundur dalam dunia.­ hi hi hi mengancam gitew kenyataan wa.­ Tapi bila di sini minda wa terus berfikir.­ sebab itukah kita masih mengimport bahan tampalan gigi dari luar? to name it a few

Maka wa terfikir, kita adalah pengeluar glove terbesar di dunia.­ dan pasaran glove di Birmingham sahaja juga sangat besar.­ Takut oo kalau lihat mereka guna glove.­ Pakai kejap buang pakai kejap buang.­ Wa nak buat bisnis ni, tapi harga yang ditawarkan oleh manufacture di Malaysia agak tinggi.­ lagi pon wa bukannya ada duit.­ Jadi orang tengah oklah.­ Inilah yang jadikan harganya tak kompetetif.­ hi hi hi.­ Kalau nak berjaya, masalah ini kena diatasi dulu

Alamak kalau menulis ni memang tak sedo.­ Wa dah nak kena hantar mereka ke sokolah dan wife wa pula nak ke University.­ Oops dah akhir bulan Januari kita.­ sekejap je masa berlalu.­ wa rasa tak cukup masa nak explore UK ni.­ Banyak peluang oooooooooo wa cakap lu

Masa wa hantar isteri wa ke Universiti tadi, hujan lebat disertai dengan salji yang agak tebal.­ Maka hari ini merupakan hari pertama wa memandu dalam salji.­ Ngeri gak, tapi orang lain selamber saja.­ Wa mengeletar gak tadi.­ Sibuk dok mikir nak lalu jalan mana yang tak jem.­ Kalau jem lagilah wa gelabah.­ Alhamdulillah wa selamat.­ Don't worry ok.­ hi hi hi (wa perasan saja yang lu all worry kat wa) wa rasa dok kat sini kena lah perasan sikit.­ Kalau tak sunyi beb.­ Mana ada sedara mara duduk satu taman (macam Uncle Ed, itupon dia dah nak pindah ke Jeh Bee, TAHNIAH kepada Uncle ED, dah naik pangkat dan gaji, beribu riban).­ Nasib baik ada DOL, Abe Yoh dan sedara se Islam kat sini.­





Pagi esoknya, dapatlah lihat selapis tipis salju. Pegang dia macam pegang ABC tu lah. Merasa juga wa pegang salji.

Ooo ye cerita pasal sedara se Islam.­ kat sini, tak kira siapa kenal atau tak, kalau jumpa di surau atau kalau kita ada ciri Islam, (macam mana tu, pakai instinct je lah), mereka pasti akan beri salam dan berjabat tangan.­ dari situ, kita yang malu malu ni pon jadi kurang malu.­ Maka setelah itu, terjadilah persahabatan.­

Ada satu british tu, ancestor dia Bangla, dia kata dia tak ada masalah nak bergaul dengan masyarakat lain, tapi dengan masyarakat Malaysia, agak sukar.­ Sebabnya menurut beliau, masyarakat Malaysia ni kelihatannya seperti malu malu dan takut untuk berinteraksi.­ Seolah olah, bila mereka didekati, maknanya ada lah tu yang kami mahu.­ hi hi hi ye ke?.­ Mungkin ye, sebab pengalaman lampau kot.­ hi hi hi memang kena berhati hati gak.­ Walaupon begitu kita rasa sangat aman di sini

Wa ada masa sikit ni sebelum masuk bulan Februari.­.­.­.­

Berbalik kepada isu di atas, mengenai barangan free yang dah menjadi darah daging masyarakat kat sini, adakah di Malaysia boleh dilakukan begitu?

Menurut wa boleh tapi agak sukar.­ Kerana nilai wang kita tak setimpal beb.­ Banyangkan gaji kita RM3000 sebulan, kita kumpul duit (really hard earn money) untuk beli mesin basuh, RM1200 lebih 1/3 gaji tu, adakah kita akan bagi kat orang free bila kita tak nak guna lagi? isk isk isk boleh tu boleh tapi hi hi hi alamak aiii sayangnya.­ itu kalau gaji kita RM3000

kat sini katakan gaji mereka GBP3000 beli mesin basuh GBP150, apa ada beb nak bagi kat orang free.­ celah gigi je.­ lagi pon dah pakai setahun.­ Semalam wa pegi beli stok gula sebulan, dan barangan lain, tak sampaipon GBP50 tak muat troli wa cakap lu.­

Cuma kalau guna duit Malaysia nak belanja di UK ni, wa kata PARAH beb.­ memang PARAH tahap gaban.­ Eh wa dengar ceta, ekonomi UK bagai nak merudum.­ Dikatakan kerajaan mereka terpaksa berhutang RM315 juta seHARI sekarang ni.­ Apa akan jadi nanti bila meraka rela ditipu BUSH sekali lagi untuk menyerang IRAN? Ni dah bab lain pula ni.­ baik wa berhenti dulu di sini.­

Akhir qalam, wa sangat galakkan saudara mara kita buat Ph D di sini.­ Insya ALLAH tak susah.­ Tapi itu pon sebab Kerajaan Malaysia dah tambah elaun sara hidup.­ Terima kasih kerajaan (hi hi hi Pak Lah lah tu, walaupon orang kata dia lembab, tapi banyak baik dia untuk rakyat marhain, hi hi hi jangan komen sahaja, lebih baik pikir baik dia, baru kita tak terhalang untuk terus maju ke depan).­ Kalau asik cari kesalahan orang, masa kita terbuang beb, wa cakap lu.­ Percayalah cakap wa.­ Ikhlas ni.­ kempen jangan tak kempen.­

Siapa yang nak komen tu sangat digalakkan, cuma komen dari dalam gohmen, baru komen kita boleh didengar.­ Maknanya jadi menteri lah khanz, atau yang sewaktu dengannya.­ hi hi hi kah kah kah.­

Rrmmm wa rasa kalau sedara kita nak jadi ahli politik kita kena sokong, cuma jangan sombong ye.­ amaran ni, kalau sombong, tak cium bau syurga.­ Sombong buat apa.­ Tambah musuh sahaja.­ lagi pon pimpin rakyat Malaysia sahaja bukan pimpin rakyat Galaksi Bimasakti.­ Nanti wa upload satu perumpamaan kita terhadap kerajaan ALLAH swt.­ Maasya Allah, insaf beb.­

Wassalam

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ