Sunday, 13 July 2008

Kenit

Wa ada kawan. Nama dia Kenit. Hi hi hi kenitnya ! ! !. Kat Johor kenit ni maknanya kecik, segala galanya kecik. Kengkadang, ibu bapa selalu gunakannya sebagai kata ganti untuk anak anak nya bila tak mahu anak anak nya tahu mereka yang diperkatakannya, ci kenit tu tak ikut. Tapi anak yang mahir, cepat dapat tangkap, bahawa mereka yang dimaksudkannya. Lalu bagi ci kenit yang manja, akan meraunglah sebab nak ditinggalkan. Awwww kenit ... kenit

Semalam satu hari wa pegi beli barang untuk meniaga makan kenit kenitan di Lincoln 17-20 Julai ini. Wa pegi dengan Nidzam, isterinya dan isteri wa. Sib baik kete wa tak kenit sangat, jadi bolehlah muat segala benda modal perniagaan tersebut.

Biayanya pon bukan kenit you. Sib bhaek gak wa kongsi perniagaan tersebut dengan abang ipo wa. Abang ipo wa masuk ward semalam sebab demam dah 10 hari tak kambuh kambuh. Wife wa kata kat isteri dia, suruh bawa ke emergency kata kat mereka dah 10 hari demam tak baik baik. Lambat sungguh tindakan general doctor kat sini ye. Dah 10 hari pon tak tau lagi apa penyakitnya. Wa pon jadi heran, mereka ni takut nak ambil tindakan ke atau mereka berpengetahuan kenit tentang penyakit. Wa doa agar abang ipo wa tu cepat sembuh. Dia dah tak ada selera makan dah, tapi kalau dia jadi kenit lepas ni, ok gak tu

Penat semalam sangat terasa. Sepatutnya wa pegi car boot yang beso hari ni, tapi tak jadi sebab penat. Rupanya lu all, kat tepi rumah wa pon ada car boot sale, dekat parking lot coop supermarket. Kenit je saiznya, tapi barangannya ok you, murah sangat sangat. Kerana saiz boternya yang agak kenit itu lah agaknya, depa buat kat situ sebulan sekali je.

Demikianlah ceta wa tentang kenit. Daaaaaaaaa semua

(ps: Kenit sure geram sebab tak dapat komen kat post "kenit" ni)

5 comments:

Anonymous said...

Wa ni lawyer seloroh alam. Si Kenit baru hire wa as his legal advisor. Kenit kata "nampak tak ni?" (haha, apa yg lu nampak?).

BTW, citerlaa sket apa lu nak masak/jual nanti, ok? Acih.

Anonymous said...

Beb, lu ni pesky betul lah:-) dari hari ke sehari nak comment, tapi terhegeh hegeh and each and every time nak post, frozen plak...... hhmmmmmm tricky!
Anwyay bila lagi nak singgah ke Amsterdam? Dekat aje, nak laypark kat rumah I no prob beb:-)
Ajak the whole clan mari sini.
So, from now on, kalau u keep insulting me, I know now where to get hold of Lawter seloroh alam - CikSom leh!
Kenit

Dentist and Me said...

Eh alamak ai, boleh plak lu komen ye Kenit, hi hi hi ei kenitnya

Anonymous said...

Ahaks Kenit, gimmepaiv!

Anonymous said...

Hey CSYM gimmepaiv back jah!
Layannnnnnnnnnnnn :-) Ahaks
Kenit

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ