Thursday, 3 July 2008

BEBAS

Hari ini merupakan hari terakhir wa keje di SBC. Hari ini merupakan hari yang dah seminggu wa tunggu untuk berlaku. Akhirnya dia sampai juga, dan wa telah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk melaluinya. Alhamdulillah

BEBAS ! ! !

Tapi bebas dari apa? Bebas dari menurut telunjuk orang lain? Bebas dari bekerja mengikut waktu yang ditetapkan? Bebas dari mengejar waktu? Bebas dari bangun pagi-pagi? Bebas dari mendengar segala komen boss? Bebas dari apa sebenarnya?

Setiap apa yang telah kita lalui ada pelajaran yang dapat kita timba. Kita diberi hak untuk menggunakan pelajaran tersebut menurut apa yang kita inginkan. Kerana kita adalah makhluk manusia, yang mempunyai aqal dan tanggungjawab. Justeru itulah kita tak sama dengan makhluk Allah yang lain, yang hanya memiliki hak untuk menurut peraturan Allah yang telah ditetapkan.

Semua makhluk Allah swt adalah muslim (yang menurut perintah), jika berdasarkan kepada peraturan pertama, iaitu menurut fitrah kejadian. Planet bergerak dalam orbit, matahari menyinarkan cahaya, bulan memantulkan cahaya, angin bertiup, laut bergelora, ikan berenang, burung terbang, manusia makan dan tidur, muda dan tua, tidak dipengaruhi aqal

Namun kita dipertanggungjawabkan dengan satu lagi peraturan, yang melibatkan aqal. Mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw pesuruh Allah dan menurut segala yang termaktub dibawah perlembagaanNya.

Maka apakah BEBAS sebenarnya ?

7 comments:

SiR KinG TiGeR said...

Hi

Saja jalan jalan terjumpa blog ko. Aku pun suka baca artikel ko. keep postings, Aku akan datang lagi

Best regards

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

Dentist and Me said...

Thanks Datok, kacak Datok ni.

Anonymous said...

Datok yg kacak tu ada berapa Datins?

Anonymous said...

How can you define freedom, for when you define it, it is no longer free?

Adakah mungkin kita mendefinasikan kebebasan, sedangkan apabila kita definasikan kebebasan itu, tidaklah ianya lagi bebas?

Dentist and Me said...

ye memang menarik fakta mengenai BEBAS ini. Wa masih tak dapat menukilkan erti kebebasan tersebut. Namun bila wa dapat membuat keputusan sendiri berdasarkan kepada tuntunan Allah swt, wa rasa wa berada dalam jagaan Allah swt dan wa rasa bebas.

Ia umpama air dalam gelas, jika ia penuh, maka tak ada selain air dalam gelas, namun jika air meruap, dan berkurang, gelas akan dipenuhi oleh udara.

Maka akan ada suatu pengganti kepada apa yang kita ada

Contohnya, jika kita dijaga oleh ibu bapa kita, kita kata kita tak bebas, bila kita lepas dari jagaan ibu bapa kita, adakah kita akan bebas? Jawabnya, tidak, kerana setiap apa yang terlepas tersebut akan ada penggantinya. Jika lebih baik Alhamdulillah, jika sebaliknya, buruk padahnya

Maka sekali lagi, apakah kebebasan yang sepatutnya kita kejar?

Anonymous said...

Good you have made such decision. Wa dulu pun pernah berhenti kerja cleaner. Wa punya supervisor (minah itam) sabotaj wa. Dia report benda yang wa tak buat pada manager. Then wa hantar surat berhenti. Lepas tu manager tanya kalau wa nak kerja tempat lain. So kirim salam le. Lepas tu wa dapat keje yang lebih baik gajinya.

Dentist and Me said...

awwww ! ! ! dasat gitew

Namun, tujuan wa berhenti jadi cleaner ni sebab wa ada keje lain with long working hour. Wa tak larat nak keje lebih lama lagi.

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ