Friday, 25 July 2008

Sekitar kerja wa

Dah sebulan lebih wa keje di Hospital Diraja Ortopedik ni. Keje wa ni ikut jam. Kalau rajin dapat banyak. Kalau malas, dapat sikit. Dah memang hotak wa ni tak boleh nak keje regid, maka, wa perlukan suatu benda baru untuk merangsang wa agar tak jemu.

Jadi, wa dapat lihat, dalam perjalanan kerjaya wa di sini, suatu peningkatan. Tak banyak tapi tetap ada. Di hari pertama, wa tak banyak cakap, sebab tak faham. Kini, wa dah faham apa yang mereka kata. Kalau dulu wa tak boleh sebut gaya orang kata, bercakap macam ada kentang panas dalam mulut, kini wa dah boleh bercakap seperti itu

Kalau dulu, wa tak tau selok belok hospital, kini wa dah dapat bayangkan bagaimana sebuah hospital itu perlu didesign. Team apa yang perlu ada dan bagaimana menjadikan suatu team tersebut mantap. Bagaimana efektifnya sistem yang digunakan

Hari pertama wa dah disuruh buat teh untuk teman seperjuangan. Maka skill teh ala enlgish pon dah improve. Bagaimana tolak dan tarik katil pesakit agar ia berjalan lancar dan baru baru ini wa berjaya pula dapat lesen bawa bed mover. Lu pon tak tau apa itu bed mover dan bagaimana rupanya khanz. Ha ha ha wa lebih sikit pengetahuan dari lu. Tak apa, lu all, nanti wa load gambo bed mover

Terkadang wa juga guna skill mencuci yang wa pelajari di SBC dulu. Iye tuan tuan dan puan puan, segala apa yang kita lalui sebelum ini Insya Allah tidak sia sia, dengan syarat, kita faham bahawa, Allah tak akan bagi kita ujian sesuai kemampuan kita. Lagi pon, setiap apa yang kita lalui tersebut adalah persediaan untuk tugas yang telah ditetapkan di hari depan. Tapi tuan tuan dan puan puan perlu ingat, hanya jika kita bersikap positif. Jika negatif, maka hasilnya negatif juga lah

My aim adalah nak tembus pasaran jarum suntik dan glove. Wa masih belum nampak ruang ke arah itu. Dalam hal ini, public relation adalah sangat penting. KITA TAK SEMESTINYA MENANG UNTUK MENANG. Ingat tak lu all?

Dalam pergaulan wa dengan mat salleh ni, wa dapat lihat bagaimana mereka ini berinteraksi.

1. Ternyata mereka memang sangat suka membaca. Tak kira usia, tanyalah mereka apa sahaja, mereka pasti akan dapat beri pandangan mereka sebab mereka tahu pokok perbahasan

2. Walau apa pon status mereka, mereka ni memang pandai bergaya. Gaya makan, gaya berjalan, gaya duduk, gaya bercakap. Huh banyak sungguh gaya mereka. Hingga kita akan rasa mereka ni macam hebat.

3. Mereka ringan tulang membantu jika kita dalam kesusahan. Tapi jika bersangkutan perihal kerja bergaji, mereka akan hanya buat kerja yang termasuk dalam gaji sahaja. Luar waktu, sorry, lu cari orang lain. Mereka tegas, dan mereka akan luahkan isi hati mereka on the spot

4. Bab gosip pon memang handal, depan lain, belakang pon lain. Jadi konsep hakikat yang wa terangkan dalam post terdahulu sangat perlu supaya kita tak rasa tertekan. Wa ulang ye anak anak, kalau kita bagus, walau seluruh donia kata kita tak bagus, hakikatnya kita tetap bagus. jadi lantok pi lah depa nak kata apa, akhirnya depa akan malu sendiri. Cuma ... ehem, mereka akan percaya dengan apa yang mereka sangka, walau pon apa yang mereka sangka tersebut tidak benar.

Sebenarnya, orang Melayu ni memang bagus dalam banyak hal. Yang tak bagusnya adalah kita senang sangat merendah diri, hingga terkadang kepala kita di pijak.

Alamak ai dah nak pagi ni. Wa blah dulu


Wassalam

4 comments:

Anonymous said...

alamak aii, skali wa rasa macam pegi Afrika la bila dengar lagu baru dlm blog lu ni.. tapi besh! ala2 safari gittew.. hihih!

p/s: cakap mcm ada kentang panas dlm mulut tu wa dpt bayangkan cemana.. masa wa mula2 smpai sini, ternganga gak wa dgr.. sepatah ape wa tak paham.. last2 buat2 paham aje la..hiks!

Anonymous said...

hahhahahah kentang panas dlm mulut, tegolek dog gittew ek ....

hahahahah klakar lah!
Hey lu stand up tall and be strong inshallah, apa yg kita buat jika baik dan benar, org lain akan notice juga. So tak yah nak terhegeh-hegeh bodek kat boss tu :-)
Kenit in Amsterdam.

Dentist and Me said...

lu suka musik ini cibil? best kalau guna head phone power punya, enjoyz ! ! !

Kenit, kalu lu dengar betul betul muzik ini, ada banyak perkataan kenit keluar. Ha cuba dengo betol betol.

Satu perkataan lagi wa nak introduce kat kenit, "nangis guling guling". Kat orang lain, jangan kenit hati ye, maklumlah khanz, Kenit ni dah lebih 10 tahun tak dengo bahasa rock kampung malaya gitew

Anonymous said...

Wa tak dengo apa2 muzik pun sebab dah berkurun wa mutekan volume. Wa selalu kena kacau, ada orang anta antu bhoot..bhoot.. kat ym wa.

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ