Kalau lu all nak tau lebih lanjut tentang khemah yang wa beli tersebut, wa persilakan lu all lihat di web ini, http://www.vango.co.uk/index.aspx . Lu all pegi ke TENTS, FAMILY PREMIUM, YUKON, 800.
Wa dapat email comfirmation dari company tersebut hari Sabtu. Isnin wa dapat call dan buat bayaran. Rabu, 2 Julai 08, jam 9:10 pagi, wa terima khemah tersebut, dan wa pasang pada petangnya bersama anak anak wa sebelum wa pegi keje, dalam hujan rintik rintik
Beginilah khemah tersebut. Very good quality, and big too.
Hingga ke hari ini, Ahad, 6 Julai 08, wa tak bukak lagi sebab cuaca di Birmingham asyik hujan. Baru khemah nak kering, hujan turun lagi. Tujuan wa pasang, sebab wa nak lihat saiznya, wa nak periksa jika ada kerosakan, wa juga ingin pastikan ia memang kuat untuk menahan cuaca UK. Memang ia berkesan. Dalam beberapa hari ini, hujan, kadang lebat kadang renyai, kadang angin sepoi, kadang ia kencang diikuti bunyi yang kuat seperti siulan. Dan khemah tersebut utuh, juga rada rada hangat di dalamnya.
Beginilah rupa di dalamnya. Agak tinggi dan beso. Ia boleh memuatkan 8 orang dalam 2 bilik kecil dan satu bilik beso. Hamparan hijau tersebut berada di ruang tamu. Di ruang tamu ini boleh memuatkan 4 orang lagi. Pakej yang wa ambil adalah termasuk, khemah, foot print (alas khemah agar lantai khemah yang di jahit semua tersebut tidak kotor) dan carpet hijau ini, agak tebal dan selesa.
6 comments:
Cantiknyer khemah-khemah ni, tapi nak pasang mesti jenuh kan. khemah ni sesuai tak pakai kat malaya? Dr Dentist, ada satu sleeping bag tu, bila disimpan di dalam beg, kecikjer dan ringan. Sangat handy dan sangat sesuai digunakan untuk mendaki gunung. kawan wa beli dulu semasa duk London. lu tengok-tengoklah kat sana, mesti murah. nanti bila balik malaya boleh bawak satu utk wa. kiahkiahkiah.
Boleh cikgu. Apa jenama sleeping bag tu cikgu?
Mengenai khemah ni khanz cikgu, nak pasang cuma ambil masa 15-20 minit jerr !
Kalau kat Malaya sesuai wa rasa, yang tak sesuai cuma kat Malaya tak ada tempat yang sesuai macam kat sini, awwwww ! ! !
lu dulu masuk pengakap eh? handal bab pasang memasang khemah ni.. kalo lu bagi wa pasang.. 5 tahun lagi belom tentu siap..muahaha!
Bolih pircaya DIA yg pasang? Har3
Pehhhhh.....memang cunn daaa...berapa reger beli tue?..nak beli jugak. Balik malaysia boleh pasang kat taman depan surau rumah tok bak tu..hehehehe
Memang cool....rasa macam nak gi jer islamic camp tu..jual jeans dari bandung..hahahahaha
regenya GBP265 termasuk, foot print bawah khemah dan paded carpet.
Wa harap hujan berhenti, sebab kaji cuaca mengatakan hujan sepanjang Julai. Jika begitu keadaannya, susah wa nak niaga
Post a Comment