Selasa nan lalu, wife wa telah pergi ke Brighton selatan Inggeris untuk menghadiri konferen. Alhamdulillah hari ini dia dah pulang dengan selamatnya. Allah sahaja tau risaunya wa, awwww.
Dalam perjalanan pulang, wife wa menaiki keretapi. Singgah sebentar di kota London. Bertemu pula dengan ibu sepupu sedara wa (mak sedara kepada sepupu wa, macam mana tu?) yang datang ke kota London bersama keluarga untuk memeriahkan pesta jualan murah tahun 2009.
Mereka bertemu di Bonn Street dekat dengan Oxford Street. Tempat beli belah yang terkenal bagi golongn berada. Yang tak berada pon suka gak pegi sini, menjamu mata gitew. Lihat, pandang, belek, try, berderau darah lihat harga, lalu letak kembali, dengan alasan tak ada saiz, atau warna tak begitu hijau pokok pisang, atau apa sahaja lah alasan untuk cover tak boleh nak beli. Kena lakukan dengan bergaya sekali serta penuh konfiden hingga salesgirl kat toko tersebut berasa seolah oleh memang barang tersebut kurang sampai tahap kualiti yang kita mahu, gitew.
Bagi mereka yang memang berada, macam keluarga ibu sedara sepupu wa tu yang setiap tahun mai London, Paris, Milano, Vietnam, Kemboja, dsb, seluruh pelosok dunia lah nak kata, duit keluo macam air paip. Kalau penginapan untuk 5 hari pon dah £1500, kira memang jauh sangat lah dengan taraf wa. Takut I you know.
Dulu masa wa di Malaya mereka sekeluarga selalu datang mendokong bisnis wa. Sejak wa datang sini, memang lama tak jumpa. Anyway, Aunty, next time, mai la Birmingham.
Daaaaaa
No comments:
Post a Comment