Untuk pengetahuan semua yang hantar barang dari UK ke Malaysia melalui wa, hari ini tepatnya jam 1:30 tengahari, 28 Jun 09, telah berlangsungnya pemungahan barangan tersebut ke dalam lori untuk dibawa ke kontena dan Insya Allah akan menaiki kapal dalam waktu terdekat ini
Dijangka ia akan sampai ke rumah masing masing berdasarkan alamat yang telah dibekalkan kepada wa, dalam masa 6-8 minggu. Sabo ye semua. Wa tau lu all pasti tak sabo sabo. Bagi yang tak boleh sabo tu, wa nasihatkan, sabo juga !
Sebahagian dari barangan tersebut yang memenuhkan ruang rumah wa, lepas ni lapang sikit rumah wa.
Ini pula lorinya. Bukan kete , ye tuan tuan dan puan puan, nun yang dibelakang tu. Depan tu kete wa
Dan yang belakang tu kete lama wa, Sharan biru. Sementara yang didepan ini adalah teman wa, Azam yang bertindak sebagai juru IT di serikat shipping tersebut. Total kotaks wa hantar hari ini, 8 kotak. Terlebih beso ghupenya kotas tersebut, jadi wa kena tambah £10 setelah dapat diskaun dari owner kompeni tu. Thanks N. Wa ukur saiz kotaks tu tak betul. Next time, kena ukur betul betul. Kalau tak malu I you know. Reputasi I akan merudum gitew.
6 comments:
wahai lu yang bijaksana, lu guna service company mana utk hntr barang2 tu? ada servis malaysia-uk tak lu?
Malaysia - UK ada lu, bila lu nak hantaq barang tu lu?
wa nk hntr by this month lah lu, could pls tell me the price from KL-UK? Thanks!
Assalamualaikum,
Saya nak hantar barang ke Malaysia dalam bulan ni boleh tak? Saya tinggal di Selly Oak.
Terima kasih!
Waalaikumussalam Sahana
Boleh. Minimum £40 lebih kurang 2 kotak sedang.
Lu lambat sikit je, kalau tak, boleh tumpang kontena mereka yang dah habis belajar di sini.
Anyway, kalau lu nak dan telah terlepas segala peluang yang lain, lu boleh menggunakan perkhidmatan teman wa, wa ambil kotak kat rumah lu, 2 minggu terakhir bulan Ogos. Penghantaran dibuat akhir bulan pada setiap bulan
Ok takpe terima kasih. Baru confirmkan dengan satu company dari Manchester. Minggu depan diorang datang Birm.
Thanks!
Post a Comment