Perjalanan dari Edinburgh ke Newcastle melalui jalan yang agak hampir dengan pantai. Lalu pemandangan apakah yang akan kita lihat? Awwww macam dalam bilik derajah pula khanz. A'ah apa lagi cik Kiah, pemandangan laut la khanz.
Hui chanteknya wa kata kat lu. Dulu masa salah sorang bos PNB datang dan cadangkan kat wa akan perjalanan ini, wa cuma melopong je, ghupenya memang betol lah pak. Berbaloi lalu sini. Namun apa khan daya, ianya hanya terakam dalam otak wa sahaja. Tak terakam dalam D90.
Ini sebahagian perjalanannya.
Wan ngan Tok bak memang dah letih. Jauh you perjalanannya, dari Asia ke Eropah ke Britain lalu ke Scotlandia mau tak penat. Wa lagilah penat, sebab wa drebar.
Setelah hampir 2 jam, kami sampai ke Newcastle. Sepupu SIL wa, yang duduk di Egham tu lah, menetap di New Castle ni. Mereka PR di sini. Nama dia Dr A. Hubby dia Dr F. Sorry lah ye, kebetulan kenalan wa ni banyak Dr gitew. Lalu kami pon singgahlah ke rumah beliau, sambil makan tengahari.
Inilah suasana di suatu sudut di Newcastle. OK gak la, walau tak sehebat Birmingham awwww ! ! ! , namun ia suatu kota yang hening dan bersih. Makanan halal pon banyak gak la wa kira
Ini dapur rumah dia. Macam dapur rumah wa, cuma dia beso lagi.
Ini pula belakang rumah dia. Wife wa dan Wan bergambo dengan mereka lah ni.
Dan ini pula ruang tv beso mereka. Bersih je rumah mereka, Dr lah kata khan. (Eh wa rungsing, mengapa rumah wa pon bersih, wa tergolong golongan chop Dr gak la kiranya, pembersih gitew, awwww ! ! ! )
Teman wa nak singgah factory outlet (York) dalam perjalanan balik tu, tapi menurut segala pengalaman yang penuh di dada wa selama wa berada di ENGLAND ini, wa mengusulkan kepada beliau, bahawa kita mesti terus pulang memandangkan penerbangan mereka ke Malaya pada keesokannya, dan mereka kena naik bas ke Stransted malam nanti.
Ternyata telahan wa tepat, kita mesti bagi ruang waktu yang agak selesa untuk kemungkinan kemungkinan tak terduga. Sorry bro, memang nak datang lagi bukan senang, tapi kita juga tak boleh dapat semua dalam waktu yang singkat
Maka dengan itu, wa sangatlah cadangkan kepada jiran wa tersebut untuk menyambung pelajaran di sini. Jadi nak jalan tu santai sikit khanz. Tak terburu buru gitew.
Kami sampai rumah jam 6:30 petang. Makan mandi dan berkemas (kotak kotak yang tak sempat dikemas tersebut, telah dikemas oleh Tok Bak), lebih kurang jam 12 malam wa hantar mereka ke perhentian bas. Bas jalan jam 1 pagi dan sampai airport jam 3:48 pagi (dah terang benderang dek panahan mentari)
Begitulah hikayat kunjungan mereka ke benua Eropah kali ini. Segala terlebih terkurang layanan kami, kami harap dihalalkan. Insya Allah kotak kotak tersebut akan dihantar balik ke Malaya pada akhir Jun ini ye.
Dzaaaaaa ! ! !
2 comments:
New Castle yang lu maksudkan adalah bekas "kampung halaman" wa ke lu? kalau begitu ejaannya Newcastle la lu.. tidak dijarakkan antara New dan Castle tersebut.. maklumlah, tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat wa timba ilmu.. hehehe..
Terima kasih lu.
Post a Comment