Sunday 13 December 2009

Jalan sama rata

Pengalaman wa memandu di banyak negara ini, awwww banyak gitew, mendedahkan wa kepada banyak jenis permukaan jalan raya. Wa rasa jalan raya paling rata patut dianugerahkan kepada Germany. Sama rata gitew. Tak rasa phon gegaran lambongan seperti lambongan lebuhraya NKVE. Bila wa tanya kepada kontraktor jalanraya maka mereka berkata bahawa permukaan di Germany itu rata ratanya mendatar dengan batuan yang mendukongnya keras dan tegap namun di Malaya kebanyakannya bertanah gambut. Awwwww ! ! !

Namun tuan tuan dan puan puan, autobahn (sama lah dengan highway, tapi bila sebut autibahn terus otak ingat Germany) di Germany termasuk dalam salah satu binaan terbaik di dalam dunia. Mengapa mereka jadi terbaik, amat mudah untuk kita telusuri. Lihat sahaja hasil kerja let say mercedes benz, kalau tak mau ambil contoh Audi (the finest German car), ia dibuat untuk tahan lama. Belum lagi bila melihat tahap rasuah dan teknologi yang mereka anuti serta lain lain faktor yang turut menyumbang kepada standard autobahn yang sangat tinggi tersebut

Bolehkah Malaysia menyamai taraf seperti autobahn? Jawabnya tentu boleh. Cuma bila melaksanakannya tu juga tentu boleh jadi boleh. You know what I mean khanz. Ala bukan tak pernah dengar kontraktor rumah kata kat lu all masa nak renovate rumah lu. Contohnya, ah tak payah letak besi penguat dalam simen tu, dah biasa buat macam tu, tak ada masalah pon. Dan banyak lagi lah kebolehan meng'otter' spesifikasi.

Wa kira jika Autobahn di German itu dibawa ke Malaysia pon ia tetap tak rata juga. Tapi apa kata kita cuba. Apa kata wokil rakyat Mersing Johor tarik satu autobahn dari Johor Baharu ke bandar indah dan permai Mersing. Make it as good as there is no speed limit on these road. Jadi kereta mewah Ferarri hinggalah Proton (Proton?) boleh lah uji ketangkasan mereka memandu melebihi 300 kmph ke, umphhh ! ! ! baru kick brader. Lagi pon senang sikit Pulau Tioman tu nak naik. Tak le dari dulu sampai sekarang dok macam tu gak, internet pon tak ado.

Owch, keluarga abang ipo wa dah selamat sampai ke bumi bertuah Malaya. Rindunya wa nak menjejak kaki ke Malaya. Kami di sini hari ini, me 'lay park' je dalam rumah. Nak keluo sojuk. Baik duduk dalam rumah, jimat minyak, jimat juga wang. wang ni kena jimat cik Kiah.

5 comments:

CS said...

Yes, wa teringin drive J-gua PROTON diatas lebuhraya apa namanya tu ... bahn? bahn?

Dentist and Me said...

Ini macam semangat lah baru ROCK makcik makcik sekalian. Jom cari YB Mersing... Tenggaroh ke? Ermmm wa kira tentu beliaw ragu. Pasal Adi Putra phon beliaw ragu. Awwww ! ! !

Salt N Turmeric said...

gamaknya lembut sgt lah tanah malaya tu kan sampai jln asyik rosak. kat usa ni pun camtu lah jugak. lobang sana, rendah situ. ada highway yg dlm construction for years tak siap2 jugak. hahaha.

tapi yg pasti, kenapalah toll kat malaya tu mahal sgt? letih kerja asyik bayar toll aje.

Dentist and Me said...

Masa wa jenjalan di USA dulu khanz (Pennsylvania), wa lihat gak jalanraya di sana tu ada gak retak retak yang telah ditampal. Tapi wa kira smooth lah jalanraya mereka. Eh tak perasan pulak wa terlambong lambong. Anyway, Salt N Tumeric yang memang dah menetap di sana tentu lebih teliti dari wa yang hanya melawat 2 minggu sahaja khanz.

Pasal toll tu, wa kira ok lah kot, cukai kerajaan pon sikit je, kalau nak bandingkan dengan di UK ini yang 'boleh' mencapai 50% dari pendapatan

Cuma patutnya kalau ada toll dan highway nya superb berbaloi lah gak. Apa tak nya dulu tiap hari wa bayo RM3.40 sehari dekat RM100.00 sebulan. Kalau bulan puasa jadi double sebab berbuka di rumah, lepas berbuka pegi lagi office.

'Kalau' gaji wa RM1000 sebulan, wa nak makan apa? Belom lagi minyak kereta, api, air, telipon, hanpon, internet, gas, kobis, bawang, lada, cili, ikan bilis, ikan jerong, coklat, mee, beras, minyak makan, kicap, gula, garam, roti, sosej, burger, timon, petai, durian, eh banyak pulak mende yang wa beli ek. Cukuplah sampai di sini komen wa kali ini

RichardToledo said...

Do you mind if I quote a couple of your articles as long as I provide credit and sources back to your weblog? My website is in the exact same niche as yours and my visitors would genuinely benefit from a lot of the information you provide here. Please let me know if this alright with you. Many thanks!orthodontist near me open saturday

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ