Saturday, 17 April 2010

Back Country Museum Dudley

Salam semua

Minggu depan bermulalah kembali alam persekolahan setelah mereka bercuti selama 2 minggu. Maka bermulalah juga hari hari sibuk wa menghantar dan menjemput mereka ke/dari sekolah. Namun dari segi baiknya, wa dapat bekerja full time. Undang undang di sini tidak membenarkan kanak-kanak bawah 14 tahun tinggal dirumah tanpa penjagaan oleh orang dewasa. Maka atas sebab tersebut, wa tak boleh lah pergi kerja jika mereka ada di rumah

Bekerja full time bermaksud tersirat banyak sikitlah income, gitew. Maklumlah makan gaji part time, begitulah kisahnya. Kalau dapat kerja di rumah bagus khanz lu all. Lu all tak nak terfikir ke buat aplikasi iPhone ? Pengguna iPhone seluruh dunia telah melepasi jumlah 45 juta orang, dan jumlahnya sentiasa meningkat. Pada pengguna Blackberry dan Xperia, jangan marwah, iPhone is SIMPLY THE BEST, BETTER THAN ALL THE REST, awwwww ! ! !

Dah nak menyimpang dah, lupa pula akan kisah wa kali ini. Inilah cik Kian, wa nak ceta, wa mulakan cuti sekolan anak anak wa dengan Disneyland Paris, lepas tu wa perok anak anak wa di rumah selama dua minggu. Maka tergeraklah gak nak habiskan cuti sekolah mereka dengan suatu yang boleh mereka ingat. Lalu kami approve kunjungan ke Black Country Museum Dudley. Dekat jer dari rumah wa, 25 minutes. Beli tiket online, kalau tak pasti jenuh beratur

Tips : Kalau lu all tak tau nak pegi mana, lu all type je www.enjoyengland.com. Isikan mana yang patut, lalu click search.




Sesampai je kami naik bas lama yang disediakan dalam museum berkeluasan 20ha ini. Berhenti dekat sekolah 'infant' ini. Di sini kanak kanak boleh masuk sekolah apabila dah berumur 3 tahun.


Bagi yang nak merasa pengalaman bagaimana persekolahan zaman 1800an di UK bolehlah duduk dalam kelas ini.


Inilah sekolahnya tuan tuan dan puan puan. Untuk pengetahuan semua, banggunan banggunan dalam museum ini adalah banggunan asli yang dipindahkan dari tempat asalnya. Angkot naik lori. Lori khusus


Kami sampai agak pagi dalam 10:30 AM. Orang tak ramai lagi. Tapi lepas tu berderu pengunjung yang terdiri dari semua lapisan umur. Kebanyakannya orang tua. Memang agak relevan, kerana ia boleh mengembalikan nostalgia kehidupan muda mereka. Relevan juga untuk kanak kanak yang tak pernah merasa kehidupan seperti itu sekarang


Konsepnya 'live'. Kita boleh temuramah mereka yang ditugaskan berada dalam setiap bahagian pekan tersebut dan mereka 'pretend' bahawa mereka hidup dalam zaman tersebut. Macam di Kuching Sarawak tu lah kalau pernah sampai di sana


Kedai jahit ini adalah kedai jahit yang sangat mahal pada waktu itu. Ia tak menerima kredit kerana menurut mereka kredit adalah duit mati


Depan salah satu kedai cookies


Tahun 1800-an dah ada farmasi macam ni, haaa jangan main main. Kita pon apa kurangnya khanz. Diberitakan bahawa KERAJAAN MELAYU MELAKA telah pon wujud sejak tahun 1200-an. Sebelum kedatangan bukan Melayu. Jangan buat buat tak tau pula. Kalau tak tau, wa minta tolong lu all yang telah menjadi ahli PERKASA agar buat saranan untuk diajar balik sejarah ini di sekolah. Ha ahli sejarah pon boleh buat duit jika dia pandai buat aplikasi iPhone tentang sejarah TANAH MELAYU ini


Belakang farmasi ni ada taman, yang menurut wa, mungkin ada ditanam dengan tumbuhan perubatan


Dikhabarkan bahawa, ini adalah keadaan asal kedai serbaguna ini.


Salah satu pekerjaan turun temurun rakyat Black Country ini adalah membuat rantai. Dari sekecil kecilnya hinggalah sebesar besarnya. Elok je hasilnya. Temurun lah katakan


Sauh kapal


Setiap rumah yang dibawa ke sini mewakili taraf kehidupan masyarakat pada ketika itu. Rumah ini kira sederhanalah, namun semuanya lebih kurang sama, 1 bilik, 1 living room, kalau kaya sikit, adalah bilik membasuh pinggan dan kain. Unggun api itu pelbagai guna. Di situlah mereka memanaskan badan, keringkan pakaian, memasak dan juga mandi dalam bath tub. Dikhabarkan, bapa merupakan orang istimewa, iaitu pertama masuk tub tu, kemudian diikuti ibu dan anak anak mereka. Air tak ganti, hanya ditambah air panas sahaja. Hari minggu giliran mandi berdasarkan kepada siapa yang bersih dahulu, yang yang paling kotor terakhir.


Polizia.


Dengan pemandu canal. Canal ini merupakan salah satu jalan pengangkutan masyur


Canal tunnel, maknanya canal ini lalu dalam tunnel


Sejuk



Pada jam 1:30 tgh, ada pertandingn 'egg rolling'. Permainan kanak kanak zaman dulu kala la. Mana ada PS3 khanz. Siapa yang nak sertai kena decorate telor tu dulu. Menang dapat hadiah


Beginilah agaknya petrol station di kala itu.


Bas jaman dulu


Ada gak fun fair dulu dulu. Laju bukan main. Mungkin digerakkan guna steam


Marry go round. Menariknya, ia digerakkan oleh tenaga manusia. Tu nampak tak gadis berbaju hitam sedang memusingkannya.


Bas ni tahun bila wa tak tau. Mungkin 1900-an


Latest edition of Aiman


Yeehaaaa. Dah nak balik. 5 jam lebih kami di sini. Jangan lupa bawa makanan. Ada banyak tempat melepak. Bawa lah makanan yang senang dimakan seperti burger, untuk alas pewut jer. Cuaca sangat elok hari ini.


Duduk atas sauh kapal


Ini adalah Amir. Jangan tak tau. Belakang tu talian letrik untuk kegunaan bas dua tingkat eletrik. Owch ye, Black Country terkenal dengan arang batunya. Maka di sini juga ada pengembaraan masuk dalam kawasan lombong. Sejuk, gelap gulita. One of the best experience in this museum.


That green bus was using electric power.


16:05 tamatlah pengembaraan kami ke Black Country Museum. Verdict : sangat menarik. Cost : 7 orang GBP40 (korang lebih). Naik baj dalam tunnel GBP25.

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ