Wa sangat rekomen duduk di sini bagi keluarga besar. Ia lengkap semua peralatan asas rumah, termasuk free wifi broadband internet. Apartment yang wa nginap ni 2 tingkat. 2 biilik, 2 bilik air, dining and living, semua peralatan dapur pinggan dan mangkok segala macam termasuk Cold breakfast untuk 7 orang. Makanan yang wa bawa dari UK pon tak habis. Parking free, ni yang penting ni. Segalanya wa booking di Disneyland Paris. Pakej ini termasuk tambang melintas English Channel menggunakan keretapi bawah laut, penginapan 4 hari 3 malam dan tiket Disney Park untuk 3 hari
Nasihat wa,
jika ada shuttle bus, naik je shuttle bus tu, sebabnya parking di Disneyland tu jauh (20 minit jalan kaki), kalau bas berhenti depan pintu masuk utama
Masuk park seawal jam 10 pagi, cari ride yang ada fast track dulu, book semua ride yang ada fast track. Ia free. Pepandailah manage masa nak pukul berapa. Lepas tu pegilah naik ride yang tak ada fast track. Jimat masa ... banyak you.
Ini depan pintu masuk utama. Terbahagi dua, Disney Studio dan Disney park
Parade dimulakan jam 10 pagi, setiap 2 atau 3 jam sekali. Tak banyak sangat lah. Tapi happening.
Lepas parade, carektor Disney ini akan mencari sudut tertentu untuk sign otograf dan sesi berfoto
Kena beratur beb. Tapi wa malas nak beratur, masuk je kat celah.
Bukan hanya manusia sahaja patuh pada aturan berbaris, stroler pon berbaris juga. Hi hi hi kelako gak bila kerajaan Inggeris ada kursus bagaimana beratur khusus kepada rakyat asing yang nak bermastautin di UK. Sebenonya, UK ni memang agak gentleman. Kalau negara eropah lain, terutama belah timur, tak ado budaya beratur ni, Yang ado, budayo cilok.
Spaco Mountain ni adalah ride pertama yang wa naik, itupon sebab nak temankan Aiman. Aspek keselamatan memang sangat dijaga, hingga wa yang sakit belakang ni pon tak terasa sangat masa naik ride ini. Perjalanannya sungguh mengamcam, tapi kurang trill sebab gelap. Kalau open air, pasti lagi mengkagumkan.
Ride kanak kanak bawah umur (Madeehah) ni tak ado fast track. Jadi menunggu punyo lah lamo.
Dalam Disney Park ada 6 tema. Kat belakang tu, Fantasyland. Menarik
Inilah istana yang jadi lambang setiap movie keluaran Disney Production
Tarik Amir pedang tu, jangan tak tarik.
Patutnya kena diusulkan surau dalam park ni. Memandangkan beso gak jumlah pengunjung Muslim. Kalau datang masa mentari panjang tak apo la, kalau musim winter, waktu pendek, terkejo kejo lah kita. Untuk masa wa datang siang panjang, maka boleh sholat di hotel. Sholat di mano mano memang lah boleh, tapi wa tak selesalah kalau sebelum sholat nak ke tandas dulu.
Ni kawasan lanun.
Sebahagian parade
Tarik Amir pedang tu, jangan tak tarik.
Patutnya kena diusulkan surau dalam park ni. Memandangkan beso gak jumlah pengunjung Muslim. Kalau datang masa mentari panjang tak apo la, kalau musim winter, waktu pendek, terkejo kejo lah kita. Untuk masa wa datang siang panjang, maka boleh sholat di hotel. Sholat di mano mano memang lah boleh, tapi wa tak selesalah kalau sebelum sholat nak ke tandas dulu.
Banyak gak ride yang ada had ketinggian. Wa juga lihat pelbagai mimik raut wajah kanak kanak yang lepas had tinggi mahupon yang tak lepas. Kesian gak bagi yang tak lepas tu. Masalahnya, kalau dia tak lepas, ibubapanya pon tak akan naik gak.
Sebahagian parade
Mickey Mouse Studio
She discovered her own shadow
She was very well behaved.
Hotel Holywood. Naik lift, turun zero gravity
USA Main Street
Bila lapo. Tempat melepak banyak. Nak beli makanan dalam ni pon boleh juga. Sedia je lah duit. Cuma mahalnya ... Nasehat wa, bawak makanan dari luar. Kecuali kalau lu all wang yang banyak
Hotel Holywood. Naik lift, turun zero gravity
Melihat wajah di cermin lengkung
Salah satu kedai jual cenderahati. Wa betul betul terlupa nak beli cenderahati
USA Main Street
Bila lapo. Tempat melepak banyak. Nak beli makanan dalam ni pon boleh juga. Sedia je lah duit. Cuma mahalnya ... Nasehat wa, bawak makanan dari luar. Kecuali kalau lu all wang yang banyak
Last minute shopping
Tempat menunggu shuttle bus. Pon bersih tak ada sampah. Anak anak wa ketika ini sedang mengejar beberapa ekor arnab yang berlari bebas.
Suasana kat sini waktu ini sangat mempersonakan. Wa kira setelah kunjungan wa yang keempat kali ini barulah wa rasa wa suka Bandaraya Paris ini. Next time wa rasa nak duduk lama sikit di Kota Paris.
Motour Motion. Kalau lu all nak masuk sini, pastikan jam berapa pertunjukkannya. Ia tak ada sepanjang hari. Oleh kerana ia pertunjukkan, maka ramailah penontonnya. Jadi tak payah beratur. Penuhkan ruang tempat duduk sahaja.
Walaupon begitu, kena cepat gak la, sebab orang ramai. Kami kebetulan waktu sampai pintu studio dah terbuka, maka dapatlah duduk depan.
Tempat penggambarannya kecik aje, tapi special effect dan penggambaran dalam filem nampak real sangat
Satu lagi tempat dalam dunia telah kami jejaki.
Madeehah dan Minnie Mouse nya. She behaved very well and always happy
Hi hi hi, peace
Walt Disney Studio. All in all, puas hati la, sebab kami duduk sini 4 hari. Apa yang nak naik dah dapat naik.
Restoren
Jam menunjukkan 1:30 tgh. Kami mesti berangkat pulang, kerana nak mengejar Eurotunnel jam 5:20 petang. Check in 4:50. Ini pon wa dah bagi extra time pada anak anak wa. Patutnya ikut jadual asal jam 12:30 kena keluar. Perjalanan dari Paris ke Calais memakan masa 2 jam 44 minit (ikut toll, Euro 20.20). Kalau lu all nak jimat boleh juga, lalu jalan tanpa toll, ambil masa 5 jam. Seperti biasa, wa akan beli masa.
2 comments:
Doc Aji, all in all how much did you spend for this holiday trip?
Lebih kurang GBP1100 jer ! ! !
Post a Comment