Tuesday, 27 April 2010

Czech Rep

Rabu, 21 April, wa balik keje awal, atas ihsan abg Wahab. Dia tau wa akan memandu ke Egham malam ini. Di rumah semua dah sedia. Lepas sholat Maghrib, kami berangkat. Perlu wa nyatakan di sini bahawa, Thule roof rack was brilliant ! ! !

Menginap semalam di rumah ipo wa, esok seawal jam 6 pagi wa dan wife dihantar oleh abg Ipo dan kakak ipo wa ke Heathrow, Terminal 5. Bagusnya British Airways ini mereka ada online check-in. Masukkan booking code, terus wa print boarding pass sebelum ke airport. Kalau nak lagi bagus, jadi member British Airways executive club, free je.

Pagi tu kami tertinggal poster untuk presentation wife wa. Kalau tak bawa rugi lah dah penat sediakan. Ia perlu untuk perkenalkan Unibesti Putra, seterusnya ia perlu untuk kerjasama wife wa dengan universiti antarabangsa. Nasib baik abg ipo dan kakak ipo wa sporting giler, kalau tak giler pasti mereka tak akan hantar punya mende tu ke airport.

Kebetulan pula flight ada sedikit tergendala. Maklumlah tuan tuan dan puan puan, airport baru sehari dibuka setelah hampir seminggu ditutup gara gara letusan gunung berapi di Iceland yang menghasilkan debu yang boleh merosakkan enjin kapal terbang

Rencana terbang jam 7:55 pagi, tertunda ke 8:15 pagi. BA ni agak selesa dan yakin. Namun seperti biasa wa akan baca Al Fatihah, 3 x Al Ikhlas dan Ayat Kursi. Perjalanan lancar dan kami mendarat seperti diramalkan sebelum penerbangan tertunda, maknanya laju lah tu

Akhirnya, kalau sebelum ini wa hanya melihat di skrin info kapalterbang, sekarang ini wa mendarat di PRAHA atau PRAGUE di Czech Republic. Bekas tanah komunis, yang kini ramai dihuni yahudi.

Namun tuan tuan dan puan puan, Prague bukanlah tujuan utama kami. Kami mesti ke Olomouc, negeri kelima terbesar dalam Czech Rep, negeri kedua terbanyak peninggalan tugu seni ukiran bersejarah dalam Czech Rep ini. Unibesti kedua tertua (Palacky University) di Czech pon terletak di sini. Dari airport ambil bas, AE (Airport Express) Kr 100 untuk 2 orang ke main train station. Kali pertama sampai sini maka ambil sahaja apa keretapi yang ada.

3 jam 14 minit. Kereta api buruk. As expected, jadi tak kisah. Namun sesuatu yang mengkagumkan, baik bas mahupon keretapi, adalah ketepatan waktunya. Tak ada lebih kurang. Sampai waktu, pintu tutup terus jalan. Inilah agaknya impian PM kita nak hapuskan kata lebih kurang tu agaknya

Sampai Olomouc, nginap di hotel, harganya (wife wa nak yang paling murah) maka dapatlah yang paling murah. GBP25 semalam. Depan stesen keretapi dan 2 minit jalan kaki ke tempat konferen.

Pertama wa lihat anak tangganya, maka dalam kepala wa terlintas, aku akan balik ke tahun 70-an. Anak tangganya berkarat. Bilik besar, ada living room dan bilik tido, bilik air besar, ada tv, hu hu hu ada tv you, thak sangka I. Cuma yang sungguh I thak sangka, thak ada esbok, malah kettle phon tak ado. Nasib baik wa lihat ramai gak la orang yang nginap di situ dengan pakaian dan gaya yang agak bertamadun. Lega sikit hati.

Sarapan agak mewah, seperti biasalah hotel 3 bintang. Asal kenyang, wa no hal. Yang penting bagi wa, ada internet, walaupon hanya di lobby. OK lah. GBP25 je yeop. Lu nak harap apa. Itu pon wa kira lebih bagus dari kebanyakan hotel di Malaya tu. La ni, wi-fi patutnya satu kemestian dan patutnya juga kena FREE




Petang tu, lepas letak beg, mandi dah sholat, kami berjalan. Maka dengan itu dapatlah gambo wa dipukul, walaupon dari belakang. Kota Olomouc ini agak sepi dengan populasi 100k. Ia bersih dan nyaman. Cara mereka renung orang yang pakai tudung pon semacam je.


Di salah satu dari banyak sungai dalam kota


Wa ske lihat anak sungai yang jernih ni. Boleh lihat kilasan ikan di dalamnya. Jauh sungguh sungguh, dari kebersihan sungai Klang yang mengalir membelah bandaraya indah Kuala Lumpur. Atau keindahan Kuala Lumpur telah dicemari dengan sungai Klangnya


Beginilah kebanyakan banggunan di sini


The holy trinity coloumn ini adalah tugu setinggi 35 m. Dalam 2000 ia diiktiraf sebagai salah satu dari senarai Peninggalan Kebudayaan Dunia oleh UNESCO. Terletak di dataran Town Hall


Town Hall dengan Astronomical Clock
Pertama dicatat pembinaannya adalah dalam tahun 1378, berstruktur Gothic dengan adaptasi Renaissance, sementara astronomical clock dibina dalam kurun ke 15


Astronomical clock
Ia merupakan jam dengan kelengkapan peralatan bagi memberikan infomasi astronomik seperti kedudukan relatif mentari, bulan, zodiak dan terkadang kedudukan planet planet yang besar


Dalam bulan April setiap tahun, terdapat pesta bunga, FLORA di taman botani di Olomouc. Belon udara ini menjadi tanda ianya telah dan sedang berlangsung.


Olomous city, macam ASDA tempat kami beli kettle, GBP6. Bersama Atikah dan Suhaila

Kunjungan kami di Czech Rep ini relatif singkat. Tapi Alhamdulillah dengan bantuan adik adik mahasiswa di sini, perjalanan kami yang singkat menjadi bermakna kerana bantuan mereka. Untuk itu setinggi penghargaan kepada mereka kerana sudi menyediakan masa untuk kami. Kami dapat menghubungi mereka dari Cikgu Jue. Ada antara mereka pernah datang ke UK untuk menghadiri program siswa


Dengan mereka, langkah kami menjadi bertambah panjang. Dalam tram

2 comments:

Yuzie Amir said...

Salam..hi just bump your blog masa tgh dok google pasal portmeirion.NIce blog anyway..suka baca penglaman hidup org lain diluar negara..coz saya takde peluang.
Salam perkenalan.
-Yuzie-

Dentist and Me said...

Salam Kenal Yuzie

Anything about portmeirion that I can help?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ