Saturday 3 April 2010

Birthday and anniversary

Salam semua.



Birthday Aiman jatuh pada 19 Feb. Kami tak buat apa apa pon. Dia pon tak minta apa apa pon. Tapi dia dapat £20 dari Wan, dan wireless speaker phonr for ps3 dari Ayah Su. Dah besar dah Aiman. Dia kata dia tak mo jadi dentist tapi dia nak jadi pilot sebab terkasima dengan kawan dia, Lockman, yang jadi pilot MAS pada usia 18 tahun. Wa tak janji apa apa, sebab wa memang tak ada apa apa, tapi sebagai bapa tersemat juga dalam hati wa untuk memenuhi impian dia. Bagaimana caranya wa pon tak tau. Tapi kalau di UK ini wa kira ia lebih mudah untuk dia mencapai impiannya

Baru baru ini, dia telah mendapat sedikit semangat. Cikgu sekolah dia target math dia yang perlu dia capai pada hujung term adalah pada level 4, tapi dia dapat level 5. Keep it up Abang. Dia juga dah pon khatam Al Quran baru baru ini, walaupon terlambat setahun berbanding Anas, dan bertahun tahun terlambat dari sepupu dia di Egham. Namun ia suatu pencapaian yang baik buat diri dia.

Wa lihat personaliti dia pon dah banyak berubah. Dari seorang yang kuat mendengus, kepada abang yang dah agak sedikit cool. Kepakaran memasak dia pon dah jauh meninggalkan wa yang tak reti memasak ini. Beberapa bulan lalu dia buat burger daging sendiri, belajar dari Ayah Su, kini semakin banyak resepi Jamie Oliver dah dicubanya. Not bad I tell you.








Aiman pada Dec 2007 di Cannon Hill Park






Bersama adik adiknya Feb 2008







Depan rumah Feb 2009


Pada tahun ini, kami beri ganjaran birthday semua anak anak wa dengan trip to Disneyland Paris. Wife wa belanja. Wa dengan rela hatinya telah memberkan kesanggupan untuk menjadi driver. Mahal ni kalau nak upah orang. Wa kira tentu keluarga wa berasa sangat beruntung mendapat seorang papa yang sanggup bekorban seperti wa ini.




Inilah gambar terbaru Aiman. 27 March 2010, Fantacyland Disney Paris.



25 Feb masuklah lembaran baru untuk wife, birthday juga you wa kata kat lu. Kira Disney Paris tu pon hadiah birthday dia gak la. Sejak wa duduk di UK ini, banyak resepi baru yang wa dah rasa. Ini semua gara gara wife wa yang sangat suka memasak tu la. Tahun ini merupakan tahun ketiga kami di sini. Kalau tak ada aral melintang, kami akan extend pengajian wife wa tu. Kena tambah waktu sebab banyak lagi ujikaji yang belum terlaksanadi lab dia. Itupon supervisor dia dah kurangkan sikit.


Owch ye, hampir wa terlupa. 25 Feb tu pon hari besar untuk wa, kerana pada tarikh tersebutlah wa menikah dengan wife wa. 14 tahun dah lu all. Kejap je khanz. Dari student, keje dengan orang, buat bisnis sendiri, tutup bisnis, jadi tukang cuci jamban, tolak pesakit, lepas ni apa pulak lah agaknya kerja wa. Hanya Allah swt yang tahu.


Mak dan bak wa pon menyambut ulang tahun perkahwinan mereka juga pada 6 March 1969, 41 tahun nan lalu. Lagi lama. Sedangkan adik wa, N baru bertunang pada 21 Mac lalu. Pakat pakat la bebaik. Dalam berpuluh tahun alam perkahwinan tersebut tentu ada suatu sikap yang menyebabkan ia boleh bertahan, iaitu doa, dan toleransi, tidak mementingkan diri sendiri. Mungkin banyak lagi, wa ja tak terfikir apa lagi






Eh sorry Adeq ! ! ! . Wa lupa tulis birthday Adeq yang jatuh pada 31 March lalu.

Moga tahun mendatang dilimpahkan Allah swt dengan umur yang panjang untuk terus beribadah kepada Allah swt, rezeki yang bermanfaat dan sihat tubuh badan. Amin

5 comments:

ciketon fazya said...

happy anniversary to both u..

also to ur parents.. sbb saya dah kawen on their anniversary..next year we will share same aniversary date.. :)

Dentist and Me said...

Owh ye ke Cik Eton? I'm happy for you. Selamat menjalani kehidupan baru

Unknown said...

dan sebelum terlupa n maseh lum terlambat....adeq kesayangan semua menyambut birthday yg ke 35th pada 31 mac 2010.....hehehehe..

Sherhad said...

sampah masyarakat la lu ni parasit UMNO!

Dentist and Me said...

Eh sorry Adeq. Wa lupa tulis birthday adeq. Moga tahun mendatang dilimpahkan Allah swt dengan umur yang panjang untuk terus beribadah kepada Allah swt, rezeki yang bermanfaat dan sihat tubuh badan. Amin

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ