Monday, 12 April 2010

Menyedut udara segar atas bukit

Ahad lepas, 11 April merupakan hari pertama car boot Studley dibuka, setelah ditutup sepanjang musim sejuk lalu. Wa kira mungkin tak ramai orang yang datang sebab mereka mungkin tak tahu lagi. Seminggu sebelum itu, wa dah kumpulkan barang barang yang wa tak mahu guna lagi yang memenuhi ruang garage wa tu. Banyak gak tapi tak la memenuhi belakang van sharan wa.

Wa berangkat sendiri membawa barangan untuk jualan. Isteri dan anak anak wa menaiki kereta satu lagi. Oleh kerana dah biasa sangat datang ke sini tahun lalu, maka wa tak perlu lagi sat nav. Jauh juga perjalanan wa lebih kurang 15 batu.

Sampai jam 8 pagi, ruang padang tempat jualan hampir penuh. Kalau tak silap wa, lebih dari 30 lane. Sewa tapak £10. Park kereta, buka meja, susun barang. Tak sempat susun pon dah ada pelanggan. Nasib baik isteri wa dan anak anak wa sampai tak lama lepas tu, maka kurang sikit debaran wa.

Seronok sebenarnya duduk menjual ni. Wa harap anak anak wa pon akan dapat sedikit sebanyak 'feel' sebagai peniaga. Orang punyalah ramai. Bertali arus. Jauh di sudut sana, kereta masuk dan keluar berderet deret. Maknanya wa tak akan kehilangan jelingan pelanggan terhadap barangan wa.

All in all, bersih dapatlah wa kumpul £16 pada hari tu. OK for a start. I think I will set an aim for this year car boot sale business. How about £500 nett until end of summer. I will need another £484 to make my dream come true.

I took my revision book with me. I was thinking maybe I can read it in a beautiful sunny day, cool temperature of course, but I didn't have time to read.








This guy in front of me can sell a cloth for £5 each. I only sell £0.50 each.


My collection. Can't wait to have a feel of how great receiving money from business again after too long depending on wages. These photos were taken at 1 PM
Taraaaaa ! ! !

2 comments:

CS said...

Nape lu jual murah sangat?

Dentist and Me said...

Sebab baju second yang mamat depan tu jual, berjenama mahal mahal, atas GBP50 kalau baru di kedai

Wa punya, hi hi hi wa jual balik apa yang wa beli dulu di car boot juga, awwww ! ! ! Dulu pon wa beli tak melebihi GBP2. kebanyakannya wa beli GBP0.50.

Selain itu barangan lain, wa dapat di freecycle. Maka tak kisahlah asal dapat jual.

Lagi pon duduk kat sini seronok you wa ceta kat lu. Sebabnya wa suka melihat kerenah manusia. Eh sama macam Arwahyarham Bapa mertua ku. Dia suka melihat telatah manusia, lalu dinukilkan pada hasil karya buku dan cerpen pendek beliau. 14 Tahun dah dia pergi

Al Fatihah

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ