Saturday, 12 April 2008

Barbeque




Semalam wa ajak teman teman wa datang rumah. 3 keluarga je, itu pon dah penuh ruang makan wa. Sempat juga buat doa selamat. Kebetulan salah seorang dari teman wa itu Ustaz. Saja je, panggil mereka. Salah seorang dari mereka pula adalah rakan sekerja wa di South Birmingham College. Wa pergi kerja dengan dia lah setiap pagi


Hari ini wa pergi rumah kawan wa, ada berbeque. Malam tadi lepas balik dari rumah wa, kawan kawan wa ni semua ke rumah teman wa satu lagi sebab keesokan harinya merekan nak buat Barbecue.


Besar rumah kawan wa ni, jadi bolehlah panggil lebih ramai tetamu. Dia menyewa di rumah kuarters Uni Birmingham. Setahun mohon baru dapat. Ada garden yang besar, jadi dapatlah kanak kanak bersukaria berlari lari










Amir dan Maisarah seronok main basikal












Maisarah, mengambil peluang padang yang luas dan cahaya matahari yang bersinar terang












Ini Din, kawan Aiman









Upacara bermula, wa tak boleh kena asap, jadi wa stay at far










Kambing





Madeehah seperti biasa, tak diam tangan. Bertungkus lumus dengan perasaan ingin tahunya







Sedang makan, salji turun dengan lebatnya. Kalau turun lama sikit wa rasa tentu bersalji lagi kita. Namun tak lama. Walaupon begitu ia diselang seli dengan hujan. Maka terpaksalah barbique in berpayong. Tentu lu all akan tanya mengapa tak buat dalam rumah. Jawapannya, nanti berasap, dan alarm akan berbunyi. Jika berbunyi, bomba pula datang. Susah keje tu tuan tuan dan puan puan










Madeehah pon sangat suka berlari







Dan kerana penat berlari, maka dia tertidur dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah tadi

Friday, 11 April 2008

Perkara perlu

Tentu lu all masih ingat mengenai road tax wa yang wa hidupkan online. Semua data wa keluar khanz. Pagi ini wa lihat ada kereta polis duduk tepi jalan dengan satu camera. Tak payah menyorok nyorok, dia duduk dalam kereta je.

Lu all tau apa yang dia tembak? Plat no kereta yang lalu lalang. Jika lu all tak ada road tax, insurans atau MOT, terus depa dapat tau, dan tunggu ajelah surat sampai kat rumah. Untung kalau surat sahaja yang sampai, kawan wa, 2 minggu lepas, kena tarik kereta sebab tak ada insurans. Lepas dia shoot plat kereta, sat lagi ada kereta peronda kejo, dan sita terus kereta tu. Effective kan.

Tapi nak ceta kita juga effective you. Berbagai gaya menyorok sambil pegang kamera nak shoot orang bawa kereta laju. Tempat yang dipilih mestilah strategik, kalau tak mana nak dapat perangkap, nama pon perangkap laju khanz. Ha duduk bawah bukit, kalau kereta lepas clutch pon pasti laju sebab ada graviti. Hebat tu cara berfikir

Wa dah kata dulu, kat sini speed trap terang terang, 50 meter sebelum lalu camera dah ada sign board bagi tau. Kalau pakai sat nav, lagi senang, 300 yard dari kamera kita dah diberi signal. Jadi mereka memang tak nak orang bawa laju lah, kalau langgar jugak memang mencari na'as gitew

Jalan raya kat sini jauh lebih sempit berbanding di federal highway. Tapi wa tak tention bawa kereta kat sini. Tak ada potong Q, tunjuk skill mencilok maksima, aksi rempit popular, (popular kerana ditaja putera U youuu), selalu ada toleransi, no kiasu. Mungkin suatu hari nanti, bila mat mat kiasu sudah makin ramai di sini, barulah timbul ketegangan itu kot. Namun makin hari wa makin terasa pertambahan jumlah mat kiasu ni. Cuma mereka lebih berdisplin

Ehem ... wa dapat gaji hari ni, 4 minggu wa keje, depa bayo 3 minggu je, 1 minggu lagi depa simpan, depa akan bagi bila wa berhenti keje nanti. Awww, pertama wa nak buat lesen L. GBP50. Next week nak buat. Lesen Malaysia hanya boleh diguna selama setahun dari tarikh wa menjejakkan kaki ke sini. Lepas itu wa kena ambil lesen England, kerana lepas tu lesen international wa tak laku.

Banyak kelebihan ada lesen ni, pertama ia sah hingga umur wa 70 tahun. Kedua, insuran kereta jadi lebih murah. Ketiga boleh digunakan sebagai bukti pengenalan diri. Keempat, tak risau memandu di sini atau di Eropah. Ha ha ha Eropah you .....

Balik dari kerja ada surat untuk wa. Bangga gak ada surat atas nama wa tuuu. Wa dah dapat no National Insurans. Ini satu lagi benda yang sangat diperlukan jika lu all nak tinggal di UK. Kad nya Insya Allah wa akan terima lagi 6-8 minggu. Awww makin lama wa rasa wa makin jadi residen British.

Dalam mesjid sholat Jumaat tadi, wa sempat bertanya seorang warga Indonesia yang duduk di sebelah wa. Wa ingat dia belajar di sini. Dia ni wa selalu lihat hantar anak dia di sekolah Aiman. Rupanya dia ada bisnis di sini, kedai runcit, sumber barangnnya dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina. Dah 6 tahun dia disini. Tak sempat wa nak tanya dia banyak banyak, namun wa ada banyak kesempatan bertanya nanti waktu bertemu nya di sekolah.

Wa tanya dia senang tak nak buka bisnis di sini? Dia jawab, senang, yang penting modal, awwwww ! ! ! nampak gayanya kita ketinggalan lagi.

Thursday, 10 April 2008

Makan

Dalam sehari, berapa kali lu all makan? Bila wa perati, kehidupan wa di UK ini, nampak gayanya, wa makan lebih banyak dari semasa wa berada di Malaya. I'm not the only one. All my friends also eat a lot. They said it is because of the weather. If it's cold, you will eat a lot, and more fat will be burnt due to the need of body heat. As a result, some time you will lose weight.

Again, I'm telling you my personal experience, I have lost 13 kgs in 5 months. O yeah, I'm losing weight because I do a lot of walking too. It's cold, and walking is not a big deal. Sometimes you walk faster, to keep maintaining your body heat.

If I keep eating, and my friends also do the same, then, the logic theory will tell you that every people eat, whatmore in the cold weather. 'Every' here means all human, babies, kids, adults, elderlies, whites, blacks, coloured, to name a few.

The difference are, what, when, where, how they eat. It's easy to find the answer. Just look around you. When you are in an aeroplane, MAS as an example, you will see people eat. During my trip to Birmingham 5 months ago in MAS, I noticed, most mat sallehs will choose nasi lemak. It's a Malaysian traditional meal. Why do they like it? I think it's because they have tried it before on their trip to Malaysia and they must have loved it. Or else they won't choose nasi lemak.

And now, I'm in England. I should think that there are certain mat salleh now who love nasi lemak. So the market is there. We are not talking about other types of Malaysian food. Oh yes! I have heard from Hj Ojay, about Malaysian Kitchen. That's it. Now mat sallehs have known Malaysia. The latest is Sufiah right. So Malaysia is popular you, I tell you.. hi hi hi

I'm not talking about ready market. There are many Malaysians living in the UK. And tourists also. They really miss Malaysian food. Malaysian means Malay, Cina, and India lah khanz. Those are the majority group. Nak masak kekadang tak sempat, kalau pelancong pulak, bangga ooo makan nasi lemak kat London. Kalau boleh ambil gambo letak dalam blog, awwwwwww glamer youuu.

Through my experience also, I do strongly believe, that food business can make money. Clean money, no need to give percentage to that fella, this fella, awww very troublesome. Go Uncle N. It's a good investment. Kat sini ada brand Uncle Ben. Tak tau lah apa dia, tapi masa singgah Sainsbury semalam, nampak mat salleh tu bagai nak rak bersuara lantang bila nampak tin Uncle Ben. Hi hi hi, mereka ni memang sebut dengan lantang dan kuat. jadi not a big deal.

Sunday, 6 April 2008

Ulit

Dalam perjalanan dari Preston ke Birmingham





Awal pagi tadi Birmingham dihujani dengan salji yang tebal. Maka bangun pagi tadi salji memenuhi bumi Birmingham. Kalau rumah wa ni dipenuhi salji yang tebal, maka tempat lain di Birmingham ini lebih lebih lagi tebalnya memandangkan biasanya kawasan rumah wa kurang dihujani salji ni.




Inilah kali pertama dalam memori wa, wa bertemu dengan salji yang agak tebal. Dikatakan ia dibawa angin dari Rusia.







Depan rumah pagi tadi





Belakang rumah wa lepas subuh




Baring you, pengalaman ni memang siapa yang tak duduk kat negara sejuk, tak tau. Nak suruh lu all buat ABC banyak banyak pon tak sama




Aiman berlari. Gambo ni Bak yang ambil, artistik sungguh



Tok Bak dan cucu cucunya.




Mak belakang rumah wa.






Amir ... tak sah kalau dia tak nangis dalam sehari. Namun wa terbaca satu artikel mengatakan, menangis ini mengelakkan sell kanser menjadi aktif





Wa nak cerita mengenai anak anak wa pulak. Dah bertahun wa kata kat mereka, kalau orang ejek, jangan anggap ia sebagai suatu yang melukakan. Nak buat apa nangis. Dasarnya memang tidak melukakan fizikal pon. Mungkin terluka hati sahaja. Apa ada pada ejekan baby. Tak luak pon






Ada jemaah T bagi tau kat wa. Jika satu dunia nak hancurkan kita tapi Allah tak berkehendakkan begitu, kita tetap tak akan hancur. Jika seluruh dunia kata kita tak hancur, tapi ketentuan Allah mengatakan kita hancur, kehancuran pasti akan terjadi






Jika kita adalah seorang engineer, tapi seluruh dunia kata kita pencuci tandas, kita tetap engineer. Tak terjejas sedikit pon kerjaya kita. Jika tak luak mengapa kita nak susah hati? Yang perlu kita susah hati, jika orang anggap kita engineer namun hakikatnya kita adalah pencuci tandas.






Kita sembunyi bahawa kita merokok, hingga tak ada orang tau kita merokok, hakikatnya kita tetap perokok. Kita kata kita miskin, walaupon kita kaya, miskin macam manapon penampilan kita, kita tetap kaya. Kita kata kita bahagia, namun dalam hati kita tidak, hakikatnya, kita tetap tak bahagia, walaupon kita menang anugerah keluarga bahagia 42 tahun berturut turut.






Adakah kebahagiaan kita itu dirasai oleh orang lain? Hakikatnya tidak. Jika kita berjaya dalam kehidupan kita, orang yang paling dekat dengan kita hanya mampu mengucapkan tahniah, hakikat kejayaan hanya kita merasainya. Begitu jugalah jika kita menderita kesedihan, orang yang paling dekat dengan kita pon hanya mampu mengucapkan takziah, hakikat kesedihan itu hanya kita sahaja yang benar benar menanggungnya. Sama macam makan durian, kita tau bagaimana kita merasainya, orang lain tahu mengikut cita rasanya. Dan ia tidak sama antara satu dengan yang lain






Maka dengan itu tuan tuan dan puan puan, jika kita nak buat sesuatu yang kita pasti ia adalah untuk kebaikan, teruskanlah. Jangan kerana orang lain beranggapan ia tidak baik untuk kita, maka kita meninggalkan apa yang kita fikir baik tersebut. Jangalnlah kita jadikan kehidupan kita diatur oleh orang lain.






Seterusnya apabila berdepan dengan masalah, kita boleh lari, kita boleh hadapi. Dasarnya melarikan diri jauh lebih mudah untuk dilakukan, namun kita akan terus dikejar dengan bayang bayang. Kita akan semakin panik. Sentiasa menyembunyikan diri. Sengsara tuan wa cakap lu





Jika kita berdepan dengan masalah, pada awalnya ia sangat menyakitkan. Namun akhirnya kita akan rasa kemanisannya setelah kita dapat merubahnya dari suatu yang buruk kepada suatu yang lebih baik. Tak kiralah apa sahaja. Contohnya rumahtangga yang berantakan, jika kita dapat memperbaikinya, tentunya dengan mengenali pokok masalahnya, Insya Allah hari demi hari, akan ada sinar, dan tentulah mengingati suatu keadaan dari yang buruk menjadi suatu yang baik itu suatu yang sangat mengasyikkan dari mengenang suatu yang buruk dari keadaan yang baik sebelumnya.





Keyakinan diri kita juga pasti akan bertambah, dan ketahan dan kesediaan kita untuk mengharungi masa mendatang turut bertambah juga, Insya Allah, inilah pelajaran alam




Maka atas sebab tersebut wa tak mahu anak anak wa terlalu susah hati dengan komen orang lain, ejekan orang lain, kata nista orang lain. Ia perlu diperkasakan sejak dari kecil lagi, agar bila mereka dewasa, mereka boleh menerima semua bentuk kekurangan untuk ditukar menjadi keuntungan. Ia memerlukan suatu ketabahan




Zasssss ! ! !




Saturday, 5 April 2008

LUPA

Suatu ketika dahulu wa pernah berkata, diary ini penting kerana jika tiada catatan, nanti kita akan lupa kejadian yang berlaku sebelumnya



Memang pon wa dah lupa apa yang berlaku sebelum ini. Namun selepas wa membaca kembali apa yang wa tulis, wa teringat semula. Bagi kejadian yang wa tak sempat nak tulis, leburlah ia dalam kenangan. Maklumlah kita hanya manusia hensem yang pelupa.



Islam juga mengajar kita untuk menulis ini. Jika berhutang hendaklah kita menulisnya, jika kita hendak tidur hendaklah kita meninggalkan wasiat. (hi hi hi wa tak tulis wasiat, tak besa buat). Dan tuan tuan dan puan puan, malaikat kiri dan kanan kita tak lupa menulis segala kejadian yang berlaku pada diri kita setiap saat.



Kalau seratus tahun yang lalu, tentu nenek moyang kita pening memikirkan bagaimana pula bentuk catatan malaikat ini nanti, dan bagaimana pula bentuk gambaran yang akan Allah berikan tatkala penghakiman kita di padang mahsyar nanti. Namun kini Allah telah menunjukkan sebahagiannya kepada kita, tayangan sebesar besar skrin tak cukup yang 2 D ada pulak yang 3 D. Catatan tebal beratus buku yang memenuhi sebuah perpustakaan, kini dimuatkan dalam chip yang lebih kecil dari hujung jari. Lalu bahagian mana perbuatan kita yang dapat kita sembunyikan?



Itupon kita lupa juga, kita ingat kita akan terlepas. kita juga ingat kita terer. Kita boleh buat semua benda. Namun kita juga lupa, bahawa benda yang kita buat itu jauh lebih lemah daripada kita. Bayangkan betapa lemahnya sebuah komputer berbanding tuannya. Jika kereta rosak, hanya manusia yang membuatnya dapat memperbaikinya, kerana pembuatnya pasti ada manualnya, lagipon kereta tersebut tak mampu memperbaikinya sendiri.







Lihatlah sekitar alam




Kita terus lupa bahawa Pencipta manusia jauh lebih hebat dari manusia. Kita lupa bahawa jika kita telah rosak, hanya Pencipta kita sahaja yang mampu memperbaikinya. Betapa hebatnya manusia, jauh lebih hebat alam tempat kediaman manusia. Namun, alam ini hanyalah seumpama sebitir pasir di padang pasir. Jika begitu keadaannya, sebesar apakah kita di sisi Pencipta segala makhluk di alam semesta ini?






Langit yang tiada tiang




Makhluk yang membiak


Burung bagaimana ia terbang, siapa yang menerbangkannya

Kejadian belalang (ni bukan belalang, tapi dragonfly, sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Dragonfly)


Lebih parah lagi, bila kita juga lupa kepada Pencipta kita. Di manakah tempat pelupa ini di sisi Allah nanti.






Tumbuhan siapa yang menghidupkan dan mematikannya




Eh jauh pula wa menerawang kali ini. Mengapa alih alih wa teringat tentang benda ini? Oh baru wa teringat, Jom Heboh sedang sangat heboh di Melaka, hingga menteri ketuanya berkata, jika boleh dia mahu jom heboh ini diadakan setiap bulan di Melaka. Wa dengar gak keluhan orang ramai tentang sholat yang terlepas atau terpaksa dilepaskan kerana terlupa dan sangat terhibur dengan acara di Jom Heboh. Heboh .. heboh juga, sholat jangan lupa.


Paman sepupu wa ada di London sekarang ni. Baru datang dua hari lepas. Adik wa kata dia datang atas urusan bisnis. Mak dan Bak baru balik dari Preston semalam, Dol hantar. Hari ini majlis pernikahan Limah, anak Tok Chu. Kad jemputan Tok Chu untuk Mak dan Bak dah sampai Tok Chu. Ei canggih kad tu, hi hi hi. Bekas telor tu pon kami dah lihat, lawa nya, tentu menantu menantu Tok Chu yang uruskan. Inilah kebaikan teknologi. Terima kasih teknologi

Barang yang Ma kirim dari Kuala Lumpur pon kami dah terima. Kawan Ma, Dato' SJ datang rumah pagi tadi bersama isteri dan anaknya Dr S. Dah 12 tahun Dr S tinggal di UK. Sekarang dia sedang buat pakar kanak kanak. Rumah dia di Nottingham.


Hari ini juga salah seorang pelajar PhD mengangkut barang nya ke kontena untuk di hantar pulang ke Malaya. Tradisinya kami akan bergotong royong membantu. Kontena 40 kaki you. Inilah pertama kali pelajar bawa balik barangan guna kontena 40 kaki ni dalam masa setahun ini. Wa ambil kesempatan ini untuk turut menompang 4 kotak barang Bak. Awww banyak you. Sebenarnya ada 6 kotak setakat ini, tapi wa tumpang 4 kotak JERRRR ! ! !

Petang tadi hujan batu di Birmingham, diberitakan esok akan turun snow. Maka wa tak berniaga lagilah esok. Namun wa tetap nak pegi satu tempat car boot yang dijadualkan mula beroperasi esok. Tempat ini, yang terbesar di Birmingham, namun ia hanya dibuka 6 bulan dalam setahun ermula April hingga Oktober. Berniaga kat sini tentu best. Jadi esok wa bercadang nak buat kajian sikitlah tentang tempat baru ni.

Thursday, 3 April 2008

Berita baik

Wa pergi temuduga jawatan porter di Royal Orthopaedic Hospital Selly Oak, dekat je dari rumah wa, 5 minit naik kereta. Kawan wa tunggu kat sana, appointment jam 2:45 ptg, wa disuruh datang jam 2:00 ptg. Pusing pusing cari parking, akhirnya jumpa.



Masuk ikut pintu depan, jenuh pula nak cari tempat pertemuan dengan kawan wa tu, dia kata dia tunggu di theatre. No HP kawan wa pulak wa tak bawa. Ini adalah pelajaran seterusnya. HP itu penting. Namun jika no HP kita tak ingat, HP tu tak guna lagi.



Mengenai HP lagi, kalau ada HP tapi bateri selalu kong pon, tak guna juga. Atau bila berbunyi, kita pulak tak dengar, pon sama juga. Mengenai hal ini, wa selalu tinggalkan pesan kat HP kawan wa yang tak jawab panggilan wa. Bunyinya begini



"Peraturan no 159 wa, jika ada HP tapi lu tak jawab, maka HP tersebut hendaklah dicampak ke dalam sungai Klang sahaja". Ha lu all pernah tak dapat masej wa ni? Kalau dapat bolehlah lu all tiru dan kata kat wa pulak ila wa tak jawab, hi hi hi



Akhirnya wa tanya jelah kat pekerja hospital tu mana arah ke Theatre. Kat sini tuan tuan dan puan-puan, kita kena berhemah kalau nak minta tolong, jangan lupa guna perkataan "PLEASE". Mende ni wa tak perasan hinggalah kawan wa beritau wa sewaktu wa minta dia resepi ABC untuk dijual di car boot sale musim summer nanti.



Jadi, wa pon tanyalah pekerja tu dengan sangat pelat British, di tambah PLEASE di hujung ayat. Ei pelat sungguh wa rasa ayat wa tu. Tapi pekerja yang tolong wa bukan main aik lagi membantu wa hingga wa diketemukan dengan orang yang nak interview wa.



Wa sampai awal beb, 2:10 maka dengan sabarnya wa menunggu giliran wa. Bukan ramai pon yang di interview tu, tapi dah orang kata jam 2:45, lu tunggu sahajalah kan, lebih baik datang awal dari datang lambat



Interviewer tu terperanjat berok lagaknya bila dia tau wa ni awww, professional gitew, makin ternganga dia bila wa kata wife wa pathologist. Hi hi hi. Antara soalan yang wa tak boleh jawab, bila dia tanya what can you bring to the team if we accept you?. Soalan ini adalah soalan wajib semua majikan kat sini, tapi wa rasa kurang selesa menjawabnya, kecuali lah kalau lu all selesa menipu. Yelah tak kan kita nak bagi jaminan yang kita boleh buat itu dan ini tanpa kita pon tau bagaimana bentuk rupa sebenar kerja kita tu



Akhirnya dia suruh wa keluar. 2 minit kemudian dia panggil balik. WELCOME TO OUR TEAM. Hi hi hi wa diterima beb, awwwww ! ! ! Alhamdulillah. Jam kerja pulak ikut suka wa nak pilih mana yang sesuai dengan wa. KERJA KERAJAAN lah pulak. Jadi sekarang ni pagi wa kerja mencuci, malam wa jadi porter. Ni bukan double personality Yg Bhg

Berita baik kedua adalah ..... kawan wa yang wa ceritakan dulu telah membatalkan hasrat mereka untuk bercerai. Alhamdulillah.

Dalam website kengkawan wa, (kawan kawan wa di web tersebut, ada yang muda ada yang tua, ada yang single ada yang dah berkahwin), turut wa ajukan soalan mengapa suatu keluarga itu mahukan perpisahan. Antara jawapan yang wa terima buat pedoman:

Orang A kata
1.Material- wang, pangkat, harta , kedudukan
2.Fizikal- Kepuasan batin, mungkin didera(fizikal atau mental),
3. Rohani- Tidak kuat lawan nafsu(terdorong nafsu) dan menempuh godaan
4. Persekitaran- Sosial tempat kerja, berjauhan

Orang B kata
Biasanya ISTERI akan membuka ruang utk berlaku curang atau bercita2 jadi curang sebab MERASA DIRINYA KURANG DIBERI PERHATIAN. Sayang dan cinta sahaja tak cukup jika PERHATIAN kurang. HARTA BERTIMBUN juga bukan penentu kebahagian. OH YA BANYAK BINI LARI SEBAB SUAMI GAGAL MEMBERI NAFKAH BATIN

Orang C kata
Tapi kalau bini tak sanggup pulak menerima nafkah batin suami yang berlebih2an, ramai suami yang bukak cawangan dan bahagian baru: di utara, di selatan, di timur dan di barat

wak dulupun terjumpa kisah yang sama spt ini. kira kawanlah dgn isteri yg tuntut cerai dari suaminya.wak tanya kenapa boleh terjadi begitu. amboi panjang tul alasannya. tak cukup dgn 1 alasan, berpuluh2 alasan diberikan.kesimpulannya mudah, kalau dah tak suka, semuannya boleh dijadikan alasan. dah jodoh setakat tu je.

Orang D kata
1. It is important that a man helps you around the house and has a job
2. It is important that a man makes you laugh
3. It is important to find a man you can count on and doesn't lie to you
4. It is important that a man loves you and spoils you

Orang E kata
Allah itu maha besar dan maha kaya... so... back to the basic...Perceraian yang buleh dituntut dalam Islam:

1. Persetujuan bersama - kalau dua2 nak bercerai...

2. Fasakh - Hak isteri menuntut cerai. Terdapat beberapa syarat yang membulehkan isteri menuntut cerai... antaranya ialah suami mati pucuk... suami dipenjarakan... suami giler... suami berpoligami tetapi berlaku tidak adil... suami tidak beri nafkah...suami memaksa isteri melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama islam... dan banyak lagi...

3. Taklik - masa selesai nikah... suami ada bertaklik bahawa kalau suami tidak beri nafkah zahir dan batin selama beberapa tempoh... maka... isteri buleh menuntut cerai... gunakan alasan itu kalau suami tidak mampu beri nafkah zahir dan batin dan dalam masa yang sama tak nak lepaskan isteri...

4. Khuluq - tebus talak... iaitu isteri beri sejumlah wang yang dipersetujui oleh suami untuk melepaskan diri dari ikatan perkahwinan... ada pendapat yang mangatakan bahawa jumlah tersebut mestilah tidak lebih daripada jumlah mas kahwin... tapi ada gak kes yang mana isteri beri 50k sebagai syarat suapaya suami lepaskan isteri...

apa yang saya terangkan di atas bukanlah bertujuan untuk galakkan kaum wanita ni tuntut cerai daripada suami masing2... tetapi saya harap agar semua wanita tahun dan faham tentang hak2 mereka di dalam perkahwinan...

Orang F kata
Kita kawin atas banyak sebab.. tak payahlah cerita...semua orang tahu.

TAPI yg selalu orang lepas pandang atau take for granted ialah selain sebagai suami isteri, kita patut dan amat patut, menjadi best fren pasangan kita. macam kita cakap dgn kawan

2 kita. Ini tidak, dgn kawan2 ..kah kah kah boleh gelak, idea bercakap mencurah2 TAPI dengan suami/isteri... asyik cerita anak nakal,, duit tak cukup, jimatkan belanja..etc etc etc.tengok aje bila fon bini... kejap aje..kadang2 yg belah sana tak abis cakap dah off. Tu belum kagi sms..jawab 'k' ale, bila rajin sikit ;ok;....so husband2..ajnganlah terlalu ego..kononnya dialah tuan rumah, so cakap dia aje nak dengar, TV pulak saluran dia aje kena tengok.. GIVE and TAKE lah.

Isteri mana tak boring kalau hubby kat rumah buat dia macam ISTERI tak sebagai kawan. Tak peduli pun kat isteri TAPI bila nak ....., pandai pulak buat2 baik, lepas tu...ampehh...

So...conclusionnya...Kalau tak nak isteri laari...layanlah isteri sebaiknya sebelum lelaki lain melayan isteri kamu dengan sebaiik-baiknya. Untuk isteri yg dah berumur ni, what we need is a friend to talk and to share bukan lagi suami yg dominant...

Orang G kata
ramai orang yang KEKAL perkahwinan hingga ke akhir hayat dan NAMPAK bahagia hingga ke akhir hayat.

ada orang yang KEKAL perkahwinan hingga ke akhir hayat, tapi sentiasa bercerita tentang kekurangan pasangannya, bercerita begini HINGGA ke akhir hayat. bahagiakah mereka dalam perkahwinan mereka.

ada orang TAK KEKAL perkahwinan, dan sentiasa mencari pengganti. ada kes kawan wa - dah suami yang keempat sekarang ni.

ada orang TAK KEKAL perkahwinan, dan BAHAGIA single. tak sibuk cari pengganti.

macam-macam keadaan orang. nama pun orang.

apa2 pun yang berlaku pada orang sekeliling kita, boleh membuatkan kita termenung dan memikirkan sebab musababnya. lebih2 lagi bila terjadi sesuatu yang tidak baik pada anggota keluarga kita sendiri. lebih terasa kebingungannya.

Tapi wa ingin sampaikan my 10cents worth here - cubalah kita jauhkan diri dari judging whatever befalls other people. Sebab kerja judging tu, kerja Tuhan. Bukan kerja kita untuk judge si isteri salah, si suami salah, si anak salah.

Kerja kita, kita doakan yang terbaik untuk kita, keluarga, mereka yang rapat dengan kita dan muslimin muslimah yang lain, dan doakan Allah lindungi kita dari segala kemudaratan, kecelakaan dan nasib yang tidak baik yang disebabkan oleh yang nyata dan yang ghaib.

Insya Allah, kalau ada nasib yang tidak baik berlaku pada kita atau orang yang kita sayangi, kita tidak melatah dan cepat redha kerana iman pada qada dan qadar dapat kita hayati. begitu juga apabila sesuatu yang baik berlaku pada kita, dengan cepat pula kita dapat bersyukur dan memanjangkannya pula dengan doa untuk orang lain.

Bagaimana kita menyelesaikan masalah peribadi, kita minta petunjuk dari Allah. Insya Allah, kalau kita yakin dengan Allah, akan terasa keBAHAGIAan dalam apa jua keadaan, yang tak dapat digambarkan dengan perkataan ... Insya Allah. Halus sekali rasa itu. Wallahualam.

Orang H kata
kisah 1 - adik lelaki kepada kakak ipar wa, kawin dengan anak seorang bertaraf ulama (dah meninggal dah...) di utara nu. he is an engineer... she is a lawyer. anak sorang. kawin katanya suka sama suka tapi rupa2nya, si isteri tak buleh lupakan BF lama dan terus buat hubungan. last last mintak cerai ... dah bercerai pun. anak pun ditinggalkannya.... tapi yg bestnya... mak mentua si suami, sangat sayang kat menantu hinggakan baru2 ni, dia carikkan pengganti isteri untuk bekas menantu dia ...

kisah 2 - boss wa (bujang) kawen dengan janda anak 2... yg 5-6 tahun lebih tua darinya... Cik Sue... ikut sunah kan?? masih berkahwin, ada anak 3 lagi... tapi... sekarang... ish.. wa tamau cerita...

kisah 3 - kazen wa (lelaki), pegang prinsip.."aku malas nak jaga baby, leceh, kena jaga malam... so aku kawen jer dengan janda anak dua... senang... ready made family"... hehehehe wa respek dia ni!!

Orang I kata
1. Untuk menjadi seorang isteri harus kita menyiapkan diri dengan ilmu agama yang cukup, ilmu tangjungjawab dan pelbagai ilmu lagi, sekurang kurangnya tanggungjawab sebagai seorang isteri atau pun peranan sebagai seorang isteri itu haruslah di fahami dengan mendalam.

2. Kahwin bukan sebab nafsu, harta, kedudukan atau darjat tapi kahwin sebab nak beramal ibadah kepada Allah swt dan ikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

3.Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

4. Mengidamkan syurga dan keikhlasan dari Allah SWT.

Awww banyaknya kata kata orang dalam penulisan wa pada kali ini. Maka dengan ini, wa tutup tulisan wa dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al Aas

Tuesday, 1 April 2008

Menggamit April

1 April 2008 memula bicara. Wa terima email dari Bak mengenai kisah Rasulullah swt ketika hampir wafat. Ia merupakan satu email yang diforwardkan namun wa rasa ia bagus untuk kita mengenangnya dan menjadi salah satu dari catatan wa untuk masa depan




Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurunenggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas
memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

A
bu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimahyang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir,wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" TanyaRasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan,berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukahkita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wasalim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya,seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.


Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ