Semalam wa ajak teman teman wa datang rumah. 3 keluarga je, itu pon dah penuh ruang makan wa. Sempat juga buat doa selamat. Kebetulan salah seorang dari teman wa itu Ustaz. Saja je, panggil mereka. Salah seorang dari mereka pula adalah rakan sekerja wa di South Birmingham College. Wa pergi kerja dengan dia lah setiap pagi
Hari ini wa pergi rumah kawan wa, ada berbeque. Malam tadi lepas balik dari rumah wa, kawan kawan wa ni semua ke rumah teman wa satu lagi sebab keesokan harinya merekan nak buat Barbecue.
Besar rumah kawan wa ni, jadi bolehlah panggil lebih ramai tetamu. Dia menyewa di rumah kuarters Uni Birmingham. Setahun mohon baru dapat. Ada garden yang besar, jadi dapatlah kanak kanak bersukaria berlari lari
Amir dan Maisarah seronok main basikal
Maisarah, mengambil peluang padang yang luas dan cahaya matahari yang bersinar terang
Ini Din, kawan Aiman
Upacara bermula, wa tak boleh kena asap, jadi wa stay at far
Madeehah seperti biasa, tak diam tangan. Bertungkus lumus dengan perasaan ingin tahunya
Sedang makan, salji turun dengan lebatnya. Kalau turun lama sikit wa rasa tentu bersalji lagi kita. Namun tak lama. Walaupon begitu ia diselang seli dengan hujan. Maka terpaksalah barbique in berpayong. Tentu lu all akan tanya mengapa tak buat dalam rumah. Jawapannya, nanti berasap, dan alarm akan berbunyi. Jika berbunyi, bomba pula datang. Susah keje tu tuan tuan dan puan puan
Madeehah pon sangat suka berlari
Dan kerana penat berlari, maka dia tertidur dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah tadi
No comments:
Post a Comment