Tentu lu all masih ingat mengenai road tax wa yang wa hidupkan online. Semua data wa keluar khanz. Pagi ini wa lihat ada kereta polis duduk tepi jalan dengan satu camera. Tak payah menyorok nyorok, dia duduk dalam kereta je.
Lu all tau apa yang dia tembak? Plat no kereta yang lalu lalang. Jika lu all tak ada road tax, insurans atau MOT, terus depa dapat tau, dan tunggu ajelah surat sampai kat rumah. Untung kalau surat sahaja yang sampai, kawan wa, 2 minggu lepas, kena tarik kereta sebab tak ada insurans. Lepas dia shoot plat kereta, sat lagi ada kereta peronda kejo, dan sita terus kereta tu. Effective kan.
Tapi nak ceta kita juga effective you. Berbagai gaya menyorok sambil pegang kamera nak shoot orang bawa kereta laju. Tempat yang dipilih mestilah strategik, kalau tak mana nak dapat perangkap, nama pon perangkap laju khanz. Ha duduk bawah bukit, kalau kereta lepas clutch pon pasti laju sebab ada graviti. Hebat tu cara berfikir
Wa dah kata dulu, kat sini speed trap terang terang, 50 meter sebelum lalu camera dah ada sign board bagi tau. Kalau pakai sat nav, lagi senang, 300 yard dari kamera kita dah diberi signal. Jadi mereka memang tak nak orang bawa laju lah, kalau langgar jugak memang mencari na'as gitew
Jalan raya kat sini jauh lebih sempit berbanding di federal highway. Tapi wa tak tention bawa kereta kat sini. Tak ada potong Q, tunjuk skill mencilok maksima, aksi rempit popular, (popular kerana ditaja putera U youuu), selalu ada toleransi, no kiasu. Mungkin suatu hari nanti, bila mat mat kiasu sudah makin ramai di sini, barulah timbul ketegangan itu kot. Namun makin hari wa makin terasa pertambahan jumlah mat kiasu ni. Cuma mereka lebih berdisplin
Ehem ... wa dapat gaji hari ni, 4 minggu wa keje, depa bayo 3 minggu je, 1 minggu lagi depa simpan, depa akan bagi bila wa berhenti keje nanti. Awww, pertama wa nak buat lesen L. GBP50. Next week nak buat. Lesen Malaysia hanya boleh diguna selama setahun dari tarikh wa menjejakkan kaki ke sini. Lepas itu wa kena ambil lesen England, kerana lepas tu lesen international wa tak laku.
Banyak kelebihan ada lesen ni, pertama ia sah hingga umur wa 70 tahun. Kedua, insuran kereta jadi lebih murah. Ketiga boleh digunakan sebagai bukti pengenalan diri. Keempat, tak risau memandu di sini atau di Eropah. Ha ha ha Eropah you .....
Balik dari kerja ada surat untuk wa. Bangga gak ada surat atas nama wa tuuu. Wa dah dapat no National Insurans. Ini satu lagi benda yang sangat diperlukan jika lu all nak tinggal di UK. Kad nya Insya Allah wa akan terima lagi 6-8 minggu. Awww makin lama wa rasa wa makin jadi residen British.
Dalam mesjid sholat Jumaat tadi, wa sempat bertanya seorang warga Indonesia yang duduk di sebelah wa. Wa ingat dia belajar di sini. Dia ni wa selalu lihat hantar anak dia di sekolah Aiman. Rupanya dia ada bisnis di sini, kedai runcit, sumber barangnnya dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina. Dah 6 tahun dia disini. Tak sempat wa nak tanya dia banyak banyak, namun wa ada banyak kesempatan bertanya nanti waktu bertemu nya di sekolah.
Wa tanya dia senang tak nak buka bisnis di sini? Dia jawab, senang, yang penting modal, awwwww ! ! ! nampak gayanya kita ketinggalan lagi.
No comments:
Post a Comment