Saturday, 5 April 2008

LUPA

Suatu ketika dahulu wa pernah berkata, diary ini penting kerana jika tiada catatan, nanti kita akan lupa kejadian yang berlaku sebelumnya



Memang pon wa dah lupa apa yang berlaku sebelum ini. Namun selepas wa membaca kembali apa yang wa tulis, wa teringat semula. Bagi kejadian yang wa tak sempat nak tulis, leburlah ia dalam kenangan. Maklumlah kita hanya manusia hensem yang pelupa.



Islam juga mengajar kita untuk menulis ini. Jika berhutang hendaklah kita menulisnya, jika kita hendak tidur hendaklah kita meninggalkan wasiat. (hi hi hi wa tak tulis wasiat, tak besa buat). Dan tuan tuan dan puan puan, malaikat kiri dan kanan kita tak lupa menulis segala kejadian yang berlaku pada diri kita setiap saat.



Kalau seratus tahun yang lalu, tentu nenek moyang kita pening memikirkan bagaimana pula bentuk catatan malaikat ini nanti, dan bagaimana pula bentuk gambaran yang akan Allah berikan tatkala penghakiman kita di padang mahsyar nanti. Namun kini Allah telah menunjukkan sebahagiannya kepada kita, tayangan sebesar besar skrin tak cukup yang 2 D ada pulak yang 3 D. Catatan tebal beratus buku yang memenuhi sebuah perpustakaan, kini dimuatkan dalam chip yang lebih kecil dari hujung jari. Lalu bahagian mana perbuatan kita yang dapat kita sembunyikan?



Itupon kita lupa juga, kita ingat kita akan terlepas. kita juga ingat kita terer. Kita boleh buat semua benda. Namun kita juga lupa, bahawa benda yang kita buat itu jauh lebih lemah daripada kita. Bayangkan betapa lemahnya sebuah komputer berbanding tuannya. Jika kereta rosak, hanya manusia yang membuatnya dapat memperbaikinya, kerana pembuatnya pasti ada manualnya, lagipon kereta tersebut tak mampu memperbaikinya sendiri.







Lihatlah sekitar alam




Kita terus lupa bahawa Pencipta manusia jauh lebih hebat dari manusia. Kita lupa bahawa jika kita telah rosak, hanya Pencipta kita sahaja yang mampu memperbaikinya. Betapa hebatnya manusia, jauh lebih hebat alam tempat kediaman manusia. Namun, alam ini hanyalah seumpama sebitir pasir di padang pasir. Jika begitu keadaannya, sebesar apakah kita di sisi Pencipta segala makhluk di alam semesta ini?






Langit yang tiada tiang




Makhluk yang membiak


Burung bagaimana ia terbang, siapa yang menerbangkannya

Kejadian belalang (ni bukan belalang, tapi dragonfly, sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Dragonfly)


Lebih parah lagi, bila kita juga lupa kepada Pencipta kita. Di manakah tempat pelupa ini di sisi Allah nanti.






Tumbuhan siapa yang menghidupkan dan mematikannya




Eh jauh pula wa menerawang kali ini. Mengapa alih alih wa teringat tentang benda ini? Oh baru wa teringat, Jom Heboh sedang sangat heboh di Melaka, hingga menteri ketuanya berkata, jika boleh dia mahu jom heboh ini diadakan setiap bulan di Melaka. Wa dengar gak keluhan orang ramai tentang sholat yang terlepas atau terpaksa dilepaskan kerana terlupa dan sangat terhibur dengan acara di Jom Heboh. Heboh .. heboh juga, sholat jangan lupa.


Paman sepupu wa ada di London sekarang ni. Baru datang dua hari lepas. Adik wa kata dia datang atas urusan bisnis. Mak dan Bak baru balik dari Preston semalam, Dol hantar. Hari ini majlis pernikahan Limah, anak Tok Chu. Kad jemputan Tok Chu untuk Mak dan Bak dah sampai Tok Chu. Ei canggih kad tu, hi hi hi. Bekas telor tu pon kami dah lihat, lawa nya, tentu menantu menantu Tok Chu yang uruskan. Inilah kebaikan teknologi. Terima kasih teknologi

Barang yang Ma kirim dari Kuala Lumpur pon kami dah terima. Kawan Ma, Dato' SJ datang rumah pagi tadi bersama isteri dan anaknya Dr S. Dah 12 tahun Dr S tinggal di UK. Sekarang dia sedang buat pakar kanak kanak. Rumah dia di Nottingham.


Hari ini juga salah seorang pelajar PhD mengangkut barang nya ke kontena untuk di hantar pulang ke Malaya. Tradisinya kami akan bergotong royong membantu. Kontena 40 kaki you. Inilah pertama kali pelajar bawa balik barangan guna kontena 40 kaki ni dalam masa setahun ini. Wa ambil kesempatan ini untuk turut menompang 4 kotak barang Bak. Awww banyak you. Sebenarnya ada 6 kotak setakat ini, tapi wa tumpang 4 kotak JERRRR ! ! !

Petang tadi hujan batu di Birmingham, diberitakan esok akan turun snow. Maka wa tak berniaga lagilah esok. Namun wa tetap nak pegi satu tempat car boot yang dijadualkan mula beroperasi esok. Tempat ini, yang terbesar di Birmingham, namun ia hanya dibuka 6 bulan dalam setahun ermula April hingga Oktober. Berniaga kat sini tentu best. Jadi esok wa bercadang nak buat kajian sikitlah tentang tempat baru ni.

4 comments:

Dicken said...

memang melayu mudah lupa.. itu belalang species baru ke?

Anonymous said...

Selain lupa melayu juga selalu dikaitkan dengan procrastination. Tak taulah kenapa tapi jika kita tak cuba untuk mengubahnya sampai bila2 pun kita asyik nak postpone je semua perkara.

Dentist and Me said...

dicken, wa tak dapat fikir apa nama insect tersebut, lalu wa tulis belalang. sebenarnya ia adalah dragonfly, wa ada letak link sourcenya. Terima kasih kerana bertanya.

anonymous, bagaimana kita boleh mengubahnya?

Anonymous said...

bukan melayu saja lupa...malah semua manusia mudah lupa... sebab asal perkataan manusia itu maknanya lupa...

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ