Wa pergi temuduga jawatan porter di Royal Orthopaedic Hospital Selly Oak, dekat je dari rumah wa, 5 minit naik kereta. Kawan wa tunggu kat sana, appointment jam 2:45 ptg, wa disuruh datang jam 2:00 ptg. Pusing pusing cari parking, akhirnya jumpa.
Masuk ikut pintu depan, jenuh pula nak cari tempat pertemuan dengan kawan wa tu, dia kata dia tunggu di theatre. No HP kawan wa pulak wa tak bawa. Ini adalah pelajaran seterusnya. HP itu penting. Namun jika no HP kita tak ingat, HP tu tak guna lagi.
Mengenai HP lagi, kalau ada HP tapi bateri selalu kong pon, tak guna juga. Atau bila berbunyi, kita pulak tak dengar, pon sama juga. Mengenai hal ini, wa selalu tinggalkan pesan kat HP kawan wa yang tak jawab panggilan wa. Bunyinya begini
"Peraturan no 159 wa, jika ada HP tapi lu tak jawab, maka HP tersebut hendaklah dicampak ke dalam sungai Klang sahaja". Ha lu all pernah tak dapat masej wa ni? Kalau dapat bolehlah lu all tiru dan kata kat wa pulak ila wa tak jawab, hi hi hi
Akhirnya wa tanya jelah kat pekerja hospital tu mana arah ke Theatre. Kat sini tuan tuan dan puan-puan, kita kena berhemah kalau nak minta tolong, jangan lupa guna perkataan "PLEASE". Mende ni wa tak perasan hinggalah kawan wa beritau wa sewaktu wa minta dia resepi ABC untuk dijual di car boot sale musim summer nanti.
Jadi, wa pon tanyalah pekerja tu dengan sangat pelat British, di tambah PLEASE di hujung ayat. Ei pelat sungguh wa rasa ayat wa tu. Tapi pekerja yang tolong wa bukan main aik lagi membantu wa hingga wa diketemukan dengan orang yang nak interview wa.
Wa sampai awal beb, 2:10 maka dengan sabarnya wa menunggu giliran wa. Bukan ramai pon yang di interview tu, tapi dah orang kata jam 2:45, lu tunggu sahajalah kan, lebih baik datang awal dari datang lambat
Interviewer tu terperanjat berok lagaknya bila dia tau wa ni awww, professional gitew, makin ternganga dia bila wa kata wife wa pathologist. Hi hi hi. Antara soalan yang wa tak boleh jawab, bila dia tanya what can you bring to the team if we accept you?. Soalan ini adalah soalan wajib semua majikan kat sini, tapi wa rasa kurang selesa menjawabnya, kecuali lah kalau lu all selesa menipu. Yelah tak kan kita nak bagi jaminan yang kita boleh buat itu dan ini tanpa kita pon tau bagaimana bentuk rupa sebenar kerja kita tu
Akhirnya dia suruh wa keluar. 2 minit kemudian dia panggil balik. WELCOME TO OUR TEAM. Hi hi hi wa diterima beb, awwwww ! ! ! Alhamdulillah. Jam kerja pulak ikut suka wa nak pilih mana yang sesuai dengan wa. KERJA KERAJAAN lah pulak. Jadi sekarang ni pagi wa kerja mencuci, malam wa jadi porter. Ni bukan double personality Yg Bhg
Berita baik kedua adalah ..... kawan wa yang wa ceritakan dulu telah membatalkan hasrat mereka untuk bercerai. Alhamdulillah.
Dalam website kengkawan wa, (kawan kawan wa di web tersebut, ada yang muda ada yang tua, ada yang single ada yang dah berkahwin), turut wa ajukan soalan mengapa suatu keluarga itu mahukan perpisahan. Antara jawapan yang wa terima buat pedoman:
Orang A kata
1.Material- wang, pangkat, harta , kedudukan
2.Fizikal- Kepuasan batin, mungkin didera(fizikal atau mental),
3. Rohani- Tidak kuat lawan nafsu(terdorong nafsu) dan menempuh godaan
4. Persekitaran- Sosial tempat kerja, berjauhan
Orang B kata
Biasanya ISTERI akan membuka ruang utk berlaku curang atau bercita2 jadi curang sebab MERASA DIRINYA KURANG DIBERI PERHATIAN. Sayang dan cinta sahaja tak cukup jika PERHATIAN kurang. HARTA BERTIMBUN juga bukan penentu kebahagian. OH YA BANYAK BINI LARI SEBAB SUAMI GAGAL MEMBERI NAFKAH BATIN
Orang C kata
Tapi kalau bini tak sanggup pulak menerima nafkah batin suami yang berlebih2an, ramai suami yang bukak cawangan dan bahagian baru: di utara, di selatan, di timur dan di barat
wak dulupun terjumpa kisah yang sama spt ini. kira kawanlah dgn isteri yg tuntut cerai dari suaminya.wak tanya kenapa boleh terjadi begitu. amboi panjang tul alasannya. tak cukup dgn 1 alasan, berpuluh2 alasan diberikan.kesimpulannya mudah, kalau dah tak suka, semuannya boleh dijadikan alasan. dah jodoh setakat tu je.
Orang D kata
1. It is important that a man helps you around the house and has a job
2. It is important that a man makes you laugh
3. It is important to find a man you can count on and doesn't lie to you
4. It is important that a man loves you and spoils you
Orang E kata
Allah itu maha besar dan maha kaya... so... back to the basic...Perceraian yang buleh dituntut dalam Islam:
1. Persetujuan bersama - kalau dua2 nak bercerai...
2. Fasakh - Hak isteri menuntut cerai. Terdapat beberapa syarat yang membulehkan isteri menuntut cerai... antaranya ialah suami mati pucuk... suami dipenjarakan... suami giler... suami berpoligami tetapi berlaku tidak adil... suami tidak beri nafkah...suami memaksa isteri melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama islam... dan banyak lagi...
3. Taklik - masa selesai nikah... suami ada bertaklik bahawa kalau suami tidak beri nafkah zahir dan batin selama beberapa tempoh... maka... isteri buleh menuntut cerai... gunakan alasan itu kalau suami tidak mampu beri nafkah zahir dan batin dan dalam masa yang sama tak nak lepaskan isteri...
4. Khuluq - tebus talak... iaitu isteri beri sejumlah wang yang dipersetujui oleh suami untuk melepaskan diri dari ikatan perkahwinan... ada pendapat yang mangatakan bahawa jumlah tersebut mestilah tidak lebih daripada jumlah mas kahwin... tapi ada gak kes yang mana isteri beri 50k sebagai syarat suapaya suami lepaskan isteri...
apa yang saya terangkan di atas bukanlah bertujuan untuk galakkan kaum wanita ni tuntut cerai daripada suami masing2... tetapi saya harap agar semua wanita tahun dan faham tentang hak2 mereka di dalam perkahwinan...
Orang F kata
Kita kawin atas banyak sebab.. tak payahlah cerita...semua orang tahu.
TAPI yg selalu orang lepas pandang atau take for granted ialah selain sebagai suami isteri, kita patut dan amat patut, menjadi best fren pasangan kita. macam kita cakap dgn kawan
2 kita. Ini tidak, dgn kawan2 ..kah kah kah boleh gelak, idea bercakap mencurah2 TAPI dengan suami/isteri... asyik cerita anak nakal,, duit tak cukup, jimatkan belanja..etc etc etc.tengok aje bila fon bini... kejap aje..kadang2 yg belah sana tak abis cakap dah off. Tu belum kagi sms..jawab 'k' ale, bila rajin sikit ;ok;....so husband2..ajnganlah terlalu ego..kononnya dialah tuan rumah, so cakap dia aje nak dengar, TV pulak saluran dia aje kena tengok.. GIVE and TAKE lah.
Isteri mana tak boring kalau hubby kat rumah buat dia macam ISTERI tak sebagai kawan. Tak peduli pun kat isteri TAPI bila nak ....., pandai pulak buat2 baik, lepas tu...ampehh...
So...conclusionnya...Kalau tak nak isteri laari...layanlah isteri sebaiknya sebelum lelaki lain melayan isteri kamu dengan sebaiik-baiknya. Untuk isteri yg dah berumur ni, what we need is a friend to talk and to share bukan lagi suami yg dominant...
Orang G kata
ramai orang yang KEKAL perkahwinan hingga ke akhir hayat dan NAMPAK bahagia hingga ke akhir hayat.
ada orang yang KEKAL perkahwinan hingga ke akhir hayat, tapi sentiasa bercerita tentang kekurangan pasangannya, bercerita begini HINGGA ke akhir hayat. bahagiakah mereka dalam perkahwinan mereka.
ada orang TAK KEKAL perkahwinan, dan sentiasa mencari pengganti. ada kes kawan wa - dah suami yang keempat sekarang ni.
ada orang TAK KEKAL perkahwinan, dan BAHAGIA single. tak sibuk cari pengganti.
macam-macam keadaan orang. nama pun orang.
apa2 pun yang berlaku pada orang sekeliling kita, boleh membuatkan kita termenung dan memikirkan sebab musababnya. lebih2 lagi bila terjadi sesuatu yang tidak baik pada anggota keluarga kita sendiri. lebih terasa kebingungannya.
Tapi wa ingin sampaikan my 10cents worth here - cubalah kita jauhkan diri dari judging whatever befalls other people. Sebab kerja judging tu, kerja Tuhan. Bukan kerja kita untuk judge si isteri salah, si suami salah, si anak salah.
Kerja kita, kita doakan yang terbaik untuk kita, keluarga, mereka yang rapat dengan kita dan muslimin muslimah yang lain, dan doakan Allah lindungi kita dari segala kemudaratan, kecelakaan dan nasib yang tidak baik yang disebabkan oleh yang nyata dan yang ghaib.
Insya Allah, kalau ada nasib yang tidak baik berlaku pada kita atau orang yang kita sayangi, kita tidak melatah dan cepat redha kerana iman pada qada dan qadar dapat kita hayati. begitu juga apabila sesuatu yang baik berlaku pada kita, dengan cepat pula kita dapat bersyukur dan memanjangkannya pula dengan doa untuk orang lain.
Bagaimana kita menyelesaikan masalah peribadi, kita minta petunjuk dari Allah. Insya Allah, kalau kita yakin dengan Allah, akan terasa keBAHAGIAan dalam apa jua keadaan, yang tak dapat digambarkan dengan perkataan ... Insya Allah. Halus sekali rasa itu. Wallahualam.
Orang H kata
kisah 1 - adik lelaki kepada kakak ipar wa, kawin dengan anak seorang bertaraf ulama (dah meninggal dah...) di utara nu. he is an engineer... she is a lawyer. anak sorang. kawin katanya suka sama suka tapi rupa2nya, si isteri tak buleh lupakan BF lama dan terus buat hubungan. last last mintak cerai ... dah bercerai pun. anak pun ditinggalkannya.... tapi yg bestnya... mak mentua si suami, sangat sayang kat menantu hinggakan baru2 ni, dia carikkan pengganti isteri untuk bekas menantu dia ...
kisah 2 - boss wa (bujang) kawen dengan janda anak 2... yg 5-6 tahun lebih tua darinya... Cik Sue... ikut sunah kan?? masih berkahwin, ada anak 3 lagi... tapi... sekarang... ish.. wa tamau cerita...
kisah 3 - kazen wa (lelaki), pegang prinsip.."aku malas nak jaga baby, leceh, kena jaga malam... so aku kawen jer dengan janda anak dua... senang... ready made family"... hehehehe wa respek dia ni!!
Orang I kata
1. Untuk menjadi seorang isteri harus kita menyiapkan diri dengan ilmu agama yang cukup, ilmu tangjungjawab dan pelbagai ilmu lagi, sekurang kurangnya tanggungjawab sebagai seorang isteri atau pun peranan sebagai seorang isteri itu haruslah di fahami dengan mendalam.
2. Kahwin bukan sebab nafsu, harta, kedudukan atau darjat tapi kahwin sebab nak beramal ibadah kepada Allah swt dan ikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
3.Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
4. Mengidamkan syurga dan keikhlasan dari Allah SWT.
Awww banyaknya kata kata orang dalam penulisan wa pada kali ini. Maka dengan ini, wa tutup tulisan wa dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al Aas
2 comments:
Ada kisah dah pergi 2nd honeymoon...tapi akhirnya tak berjaya dan berpisah juga..habih camner nak buat?
Sebagai manusia, kita mesti berusaha bersungguh sungguh. Kalau tak boleh juga, kita tak akan keciwa lagi berbanding jika tiada usaha dilakukan sama sekali.
Setelah itu, tugas seterusnya adalah menukar segala kerugian menjadi keuntungan. Kerana kesedihan berpanjangan tidak akan membantu kita di masa depan.
Macam bagus jek wa ni, tapi kalau bagus mengapa ia tidak boleh digunapakai khanz
Post a Comment